Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS

TADARUS
AL-

TEKS BERCERITA KISAH-KISAH DARI AL-QURAN BAGI SEKOLAH RENDAH

(PEREMPUAN)

Tajuk : KISAH ASHABUS SABTI

SEKOLAH KEBANGSAAN BERCHANG

27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR


TAJUK: KISAH ASHABUS SABTI

Assalamualaikum warah matullah hi wabaraka tuh..


Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para
hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para
hadirin yang dihormati sekalian.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan bicara.

(Pantun)
Bunga Melor Di dalam Taman
Dipetik jangan Dipandang Indah
Ashabus Sabti Kisah Teladan
Dalam Al-Quran Terbukti Sudah

Marilah kita selusuri sebuah kisah dari al-quran iaitu Kisah Ashabus Sabti.

Para hadirin yang dimuliakan,

Ashabus Sabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi
Daud a.s. Mereka tinggal di sebuah desa bernama Ailah, di tepi Laut Merah.
Kebanyakan daripada mereka adalah menangkap ikan, berniaga dan
pertukangan. Mereka diperintah oleh Allah swt agar pada setiap hari Sabtu
dikhususkan untuk beribadah sahaja kepada Allah swt dan meninggalkan
segala urusan dunia.

(Nasyid)
Urusan dunia ditinggal seketika
Perintah Allah janganlah alpa
Ashabus Sabti laksanakan segera
Syariat Nabi Musa harus sempurna

Surah An-Nisa,ayat 103







Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang
diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu
di Mekah semua urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat
fardhu.

Pengajaran bernilai ialah walau sesibuk manapun urusan kita, ibadah


kepada Allah swt jangan diabaikan kerana leka sebagaimana bunyi
gendang begitulah tarinya.

Allah telah menguji Ashabus Sabti. Pada hari tersebut banyak ikan
terapung di permukaan air.Ikan-ikan itu seolah-olah berpesta mengelilingi
dua buah batu besar berwarna putih di tepi pesisir pantai.

(Nasyid)
Tahun demi tahun, tangkapan bertambah
Tamak haloba kuasai diri
Laranganmu Allah tak siapa yang endah
Nelayan fasik lupa diri

Mereka mula berasa tamak. Bagi mereka inilah peluang untuk mengaut
keuntungan berlipat ganda pada hari itu sahaja.

aah,.persetan dengan ibadatbaik kita tangkap ikan yang banyak


sungguh ni! kata sebilangan golonganyangkufur.

Rasulullah SAW bersabda:

Hendaklah kamu berputus asa dari segala apa yang ada pada
tangan orang lain, dan jauhilah tamak karena sesungguhnya tamak
adalah suatu kefakiran yang nyata.
(Hadis Riwayat: Bukhari)

Ya kawan-kawan,
Negara kita telah digemparkan dengan satu pembunuhan kejam
terhadap jutawan kosmetik kerana sifat tamak .Oleh itu, ingatlah bahawa
rezeki Allah itu adalah ujian untuk kita. kita jangan jadi tamak seperti
anjing dengan bayang-bayang atas rezeki yang diberikan oleh Alla swt.

Para golongan mukmin sentiasa memberi peringatan kepada


mereka.Namun, segala nasihat tidak diendahkan umpama mencurah air ke
atas daun keladi

(Syair)
Golongan engkar. semakin gembira.
Mendapat hasil berlipat ganda..
Amaran diberi .hanya sia-sia
Desa Ailah ..dibahagi dua ..

Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran


daripada mereka yang masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang
beriman telah keluar dari negeri tersebut dan mereka membina sebuah
tembok yang kukuh memisahkan orang yang beriman dengan yang kufur
agar mereka tidak ditimpa hukuman daripada Allah swt.

Surah ali-Imran,ayat 104 :

Maksudnya Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya.

Hadirin yang dimuliakan ,


Sekarang ini program-program keagamaan seperti Al-Kuliyyah,Tanyalah
Ustaz dan banyak lagi disiarkan melalui media elektronik yang menyeru ke
arah kebaikan. Berdakwah adalah satu kewajipan keatas setiap umat Islam.
Alhamdulillah

(Pantun)
Ashabus Sabti semakin kaya raya
Maksiat pula semakin bermaharajalela
Berdakwah Nabi Daud setiap masa
Nelayan kufur tetap keras kepala

Malangnya ,nasihat itu bagaikan angin lalu. Nabi Daud a.s berasakan
golongan ini tidak akan bertaubat kepada Allah SWT.

FirmanAllah :







Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-
orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur,ayat 31)

Gejala sosial dalam kalangan remaja sekarang ini berada pada tahap
kritikal .oleh itu, kita haruslah berdakwah dengan penuh kesabaran untuk
memerangi masalah ini. Insya Allah

(Pantun)
Nabi Daud segera berdoa
Turunkan azab setimpal dosa
Doa dimakbul dari Yang Esa
Bertukar rupa seperti kera

Surah Al-Baqarah,ayat 65:





Maksudnya:Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".

Allah SWT juga telah menurunkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa
bumi ini melenyapkan Ashabus Sabti.

Allah Maha Berkuasa menurunkan azab keatas golongan yang ingkar. Banjir
besar yang melanda, gempa bumi di merata-rata dunia,cuaca sejuk yang
melampau dan berbagai lagi kejadian,adalah bukti kekuasaan Allah.

(Nasyid)
Ashabus Sabti ingkar perintah
Balasan diberi oleh Yang Kuasa
Setiap ujian terselit hikmah
Jadikan pedoman setiap masa

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar


kita menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sekian ,
Wabillah hi taufik wal hidayah,wassala mualaikum,warahmatullah hi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai