Anda di halaman 1dari 2

Ms.

243-244

Pengertian Khudi
Thoughts dan Reflections of Iqbal.
Syed Abdul Vahid. 1992.
Perkataan khudi dipilih dengan begitu rumit dan sangat terdesak. Daripada
sudut bahasanya ianya suatu keralatan yang ketara dan dari sudut etikanya
umumnya digunakan untuk rujuk suatu yang tidak baik samada dalam Urdu
atau Parsi. Perkataan lain untuk fakta metafizikalnya “Aku” bererti suatu yang
tidak baik seperti “ana saya” syahkhs individu, nafs diri, ana zat diri. Apa yang
diperlukan islaah perkataan yang tulen atau murni untuk merujuk diri atau ego,
yang tidka memiliki sebarang signifikannya etikanya. Sejauh yang saya ketahui
tiada perkataan itu dalam Urdu atau Parsi. Perkataan man biasanya bermaksud
buruk. Bagaimanapun mempertimbangkan kesesuaian persajakan, saya fikir
perkataan khudi adalah yang paling sesuai. Juga di sana ada bukti dalam
bahasa Parsi penggunaan kata khudi dalam kata kerja umum merujuk kepada
seseorang, contohnya, untuk menyatakan kemurnian perkara yang merujuk
‘Aku’. Maka secara metazikalnya perkataan Khudi digunakan bagi merujuk
sesuatu yang tidak dapat diperjelaskan rasa pada ‘Aku’ tersebut, yang
membentuk dasar keunikan tiap individu. Secara metafiziknya ini tidak
digunapakai mana-mana rujukan yang signifikan berkenaan etika (maksudnya
tidak digunakan dengan maksud tertentu yang khusus (penterj.). saya ada
menyebutkan dalam Zaboor-i-Ajam;

Anggur khudi pastinya pahit, namun lihatlah penyakitmu dan ambillah racunku
demi kesiuhatanmu.
Bila saya mengkritik penidakandiri saya tidak bermaksud penafian diri dalam
maksud moralnya; bagi penafian diri dari segi moralnya ialah sumber kekuatan
kepada ego (peribadi) . dalam mengkritik penafian diri saya mengkritik semua
bentuk aturan yang membawa kepada penghapusannya yang bermaksud
kepupusannya, ketakupayaannya untuk keabadian dirinya. Tasauf Islam
yang ideal berdasarkan yang saya faham ialah bukan penghapusan ‘Aku’. Fana
dari sudut tasauf Islam tidak bererti penghapusan tapi penyerahan
sepenuhnya ego (diri) manusia itu kepada Diri Yang Maha Kudus. Tasauf Islam
yang ideal ialah tingkat yang melampaui tingkat Fana iaitu Baqa, yang menurut
pandangan saya adalah tingkat tertinggi dalam pengisbatan diri. Apabila saya
katakana, “jadilah kuat sepertimana batu permata”, saya tidak maksudkan
seperti Nietzsche yang tegar atau tidak berhati perut. Apa yang saya
maksudkan ialah kesepaduan elemen ego, yang mana mampu melawan atau
membatalkan sebarang kuasa penghancuran yang bermaksud keabadian
peribadi.
Secara etikanya, perkataan Khudi bermaksud (sepertimana saya maksudkan)
kebergantungan-diri, kehormatan-diri, keyakinan diri, pemeliharaan diri malah
peneguhan diri apabila ia diperlukan, mengikut kepentingan hidup dan kuasa
yang mendukung sebab-sebab kebenaran, keadilan, peranan dan sebagainya,
mekipun menghadapi ajal. Sikap sedemikian ialah moral pada pendapat saya
kerana ia membantu dalam penyepaduan ego diri, lalu meneguhkannya
sebagaimana menentang kuasa-kuasa ketakpaduan dan penghapusan (sila
rujuk Reconstruction), secara praktikalnya Diri metafizikal ialah menjelmakan
dua hak yang utama untuk hidup dan kebebasan yang ditentukan oleh Syariat.

Di dalam esei berjudul Self In The Light of Relativity, disiarkan 1925 Iqbal ada
menemukan atau mengemukakan pandangan bahawa sains antara cabang
untuk meraih ilmu atau makrifah tentang Ketuhanan melalui pengamatan dan
penemuan alam. Dalam masa yang sama Iqbal juga menerima disiplin
kerohanian dan ilmu metafizikal juga membantu dan melorongkan seorang itu
mencapai pengetahuan tentang ketuhanan.
Dalam esei ini juga disebutkan, tiada pertentangan atau pertembungan antara
Alam Semesta dengan Tuhan dan manusia. Ianya saling berkaitan. Namun
kaitan itu secara berasingan. Manusia atau peribadi manusia itu tersendiri,
bukannya sebahagian daripada zat Tuhan. Hal ini dihuraikan melalui ayat al-
Quran yang menyebutkan perkataan ‘khlq’ dan ámr’.

Anda mungkin juga menyukai