Anda di halaman 1dari 13

CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN 1 : ANALISA / ULASAN ARTIKEL

TAJUK :
Epistemologi & Kosmologi Ahmad Al-Sirhindi
( 971H/1563M - 1034H/1624M )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : HALIFEAN ANAK RENTAP


NOMBOR PELAJAR : 2020836444

DISEDIAKAN UNTUK :

USTAZAH NOR FAEZAH BINTI GHAZI AHMAD


1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikan terhadap bahan bacaan atau
artikle, saya telah memilih sebuah artikel yang berkaitan dengan isu-isu falsafah.
Antara artikel yang saya pilih adalah artikel bertajuk Epistemologi dan Kosmologi
Ahmad Al-Sirhindi (971H/1563M-1034H/1624M). Nama penulis artikel ini adalah
Mohd Nasir Mohd Tap. Penulis artikel merupakan ustaz dan pensyarah akademik
kajian ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah Kajang. Beliau juga merupakan seorang
penyelidik ketamadunan islam di akademik kajian ketamadunan. Beliau juga banyak
menghasilkan karya seperti mencarik ilusi menggapai realiti: Wacana tasawuf tarekat
& pemikiran kalam imam Ahmad Al-Sirhindi dan sekularisasi: dari kematian tuhan ke
kematian insan. Artikel ini terdapat dalam jurnal yang dinamakan jurnal Seminar
Bulanan Etnomatematik Rumpun Melayu bil 30/2009 dan artikel ini diterbitkan pada
Julai 2009.

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang saya pilih, tujuan utama penulis dalam menerbitkan
artikel ini adalah untuk memperkenalkan seorang tokoh kepada masyarakat luar
walaupun kemasyhuran amat tinggi ketika zaman itu tetapi beliau masih kurang
dikenali di alam melayu. Tokoh ini merupakan Imam Ahmad Al-Sirhindi yang
merupakan seorang tokoh yang mengkaji ulang dan mengkritik tentang tradisi di saat
intelektual tasawuf pasca ibn Arab mendominasikan metafizik Wahdat al-wujud.
Antara teori-teori yang dinyatakan adalah Epistemologi, Ontologi, Kosmologi, dan
Penciptaan. Epistemologi dalam kajian penulis terbahagi kepada dua iaitu pertama
ilmu Husuli dan ilmu Huduri. Hal ini tiada pemisahan mutlak antara epistemologi dan
psikologi ketika membincangkan hakikat pengalaman rohaniah yang berkaitan dengan
kaedah intuisi diaplikasikan para sufi mencapai hakiki dan dalam tradisi islam,
pengetahuan dhawqi dianggap salinan paling hampir dengan hakikat kenabian.
Namun al-Sirhindi menggunakan pendekatan psikologi dan epistemologi dalam ilmu
huduri bagi menganalisis Wahdat al-wujud dan berbagai fenomena kerohanian sering
kali membuahkan ucapan shathiyyah.
Justeru, marifat ketuhanan natijah kehampiran kepada-Nya terbahagi dua
bahagian iaitu kehampiran kewalian dan kehampiran Nabi. Menurut al-Sirhindi,
perbezaan asas di antara kedua jalan tersebut terletak pada pengalaman fana dan baqa

1
kerana pengalaman tersebut penting dalam tasawuf sehinggakan al-Sirhindi
mendefinisikan kewalian sebagai pengungkap pengalaman fana dan faqa.
Kehampiran Kewalian terkandung kewujudan alam dan diri akan terangkat dari
pandangan batin seseorang salik mengalami fana bermaksud kelupaan diri dari
perkara selain al-Haqq atau dengan ibarat yang lain, terlucutnya ikatan cinta dari
selain Allah. Ini kerana cinta berkaitan dengan pengetahuan, justeru, apabila
pengetahuan berkenaan hakikat benda, sifatnya serta berbagai perbuatannya terlucut
dari individu, sekaligus kecintaan kepadanya juga pasti akan terlucut. Sehubungan itu,
fana berkaitan dengan ilmu huduri dan husuli. Namun, kemuncak ilmu hiduri,
menurut al-Sirhindi bukanlah penegasan kesatuan dan penafian dualisme
tuhan-makhluk tetapi penegasan dualisme dan perbezaan tuhan dengan makhluk.
Dualisme ditegaskan mengataasi maqam kesatuan dan bukan duealisme difahami
golongan awam berhati lalai. Maqam disebut kemahahampiran ilahi merujuk
keadaaan kehampiran kenabian.
Kedua adalah marifat tanzih mengungguli coincidentia oppositorum yang
disimpulkan al-Sirhindi bahawa natijah kesufian adalah penegasan kemahasucian
tuhan. Ahli sufi dengan pasti mengetahui perbezaan Tuhan dengan makhluk. Tanzih
membawa kepada mengiktiraf kelemahan akal dan kasyaf menggambarkan nisbah
hubungan Wujud Allah s.w.t. dengan wujud makhluk, sama ada berbentuk kesamaan
atau pun kebayangan dengan ungkapan paling tepat mengenai hubungan tersebut
adalah berdasarkan penyifatan al-Quran iaitu hubungan Tuhan-hamba. Namun, secara
umumnya al-Sirhindi menolak idea keselarian tanzih dan tashbih. Justeru, beliau
mentafsirkan ayat al-Quran di dalam surah al-Shura ayat ke 11 sesuai dengan prinsip
tanzih mutlak iaitu tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya, sifat-sifat-Nya,
serta perbuatan-Nya dan dialah yang maha mendengar, lagi maha melihat. Menurut
al-Sirhindi, bahagian pertama ayat tersebut menegaskan martabat tanzih, manakala
bahagian keduanya bukanlah bertujuan untuk menetapkan keserupaan di antara
pendengaran Tuhan dengan makhluk, akan tetapi ia merupakan bahagian yang
menyempurnakan penegasan tanzih yang terkandung pada bahagian pertama.
Al-Sirhindi menegaskan bahawa kesempurnaan marifat bukanlah terletak pada
keselarian tanzih-tashbih, akan tetapi pada tanzih mutlak. Al-Sirhindi menyebutkan
bahawa Zat Ilahi tidak dapat dideskripsikan melainkan melalui jalan negasi atau
penafian dan setiap pengithbatan pada martabat Zat adalah kemulhidan.

2
Selain itu, teori ontologi juga merupakan zat ilahi sebagai supra wujud dan tak
maujud. Berdasarkan analisis penulis ke atas al-Maktubat, al-Sirhindi sepenuhnya
menyedari implikasi negatif pandangan menyebut bahawa alam mungkin wujud
dengan wujud yang merupakan al wujud al wajib. Negatifnya, dapat berhujung
identifikasi wujud alam dengan tuhan. Oleh itu, demi mengelakkan implikasi tersebut,
al-Sirhindi melakukan beberapa siri perubahan ke atas sistem metafiziknya
berdasarkan kepada intuisi yang diperoleh. Al-Sirhindi juga menjalankan
pandangannya berdasarkan kepada konsep gradasi wujud. Wara’iyyah menurut
al-Sirhindi berkaitan dengan penegasan keagungan Allah s.w.t. dan kebesar-Nya yang
menghalang dari tercapainya pengetahuan dan wujudan mengenai-Nya. Menurut
al-Sirhindi, penyifatan kewajiban, kemumkinan dan kemustahilan hanyalah apabila
esensi dihubungkan dengan ‘wujud’, oleh kerana Zat Allah s.w.t. pada realitinya
mengatasi ‘wujud’ dan ‘tak maujud’, maka penisbahan tersebut tidak berlaku.
Sungguhpun al-Sirhindi meletakkan ‘wujud’ pada status zill atau pernyataan diri
pertama Zat Allah s.w.t., namun ‘wujud’ pada statusnya tersebut masih merupakan
ketetapan yang konkrit dan ketetapan pada realiti serta bukan konsep.
Teori kosmologi juga yang dinyatakan dalam artikel tersebut seperti
pembaharuan kosmologi Ta’ayyun. Aspek membezakan kosmologi Mujaddidi dengan
kosmologi Akbari adalah perspektif tentang tanazzulat(penurunan) atau
ta’ayyunat(penentuan). Bagi mengelakkan kekeliruan, al-Sirhindi berulang kali
menegaskan perbezaan fahamnya dengan madrasah Akbari kerana penggunaan istilah
tanazzul dan ta‘ayyun tersebut hanyalah persamaan dari sudut istilah semata-mata dan
bukan pada intipati ajarannya. Pendirian al-Sirhindi sangat jelas kerana menurutnya,
istilah-istilah tersebut hanya sesuai dengan falsafah wujud/ontologi aliran Akbari
yang menisbahkan keserupaan di antara penzahiran dengan Allah s.w.t. yang Maha
Zahir atau tepatnya di antara Zat Tuhan dengan Wujud Mutlak. Pada bahagian akhir
Maktubat-nya, al-Sirhindi mengemas kini Model Penentuan sebelum ini dengan
meletakkan Ta‘ayyun Hubbi(Penentuan Cinta) atau al-hubb al-sirf (Cinta Mutlak)
sebagai asas penciptaan.
Teori yang terakhir adalah penciptaan ontologi dialektik. Penulis menyatakan ada
sesuatu yang menarik dan lain dari yang lain di dalam metafizik al-Sirhindi ketika
beliau menjadikan ‘ketiadaan’ sebagai asas kemunculan alam fenomena di saat
majorit para ‘urafi’ dan ‘hukama’ menjadikan ‘ada’ sebagai asas kemunculannya.
Al-Sirhindi, sebagaimana umumnya pandangan ASWJ, meyakini bahawa penciptaan

3
adalah dari tiada sejajar dengan Teori Kebaharuan Alam. Sebaliknya, berbeza dengan
teori sebelumnya seperti Teori Atomisme Kalam yang didukung aliran
Ash‘ariyyah-Maturidiyyah, Teori Hylomorphism (faham bentuk dan jirim) mahupun
Teori Tajalli aliran Akbari anutan rata-rata ahli falsafah, al-Sirhindi membangunkan
teorinya yang tersendiri di dalam menjelaskan proses penciptaan alam. Tiada nama
khusus diberikan kepada teorinya tersebut, tetapi berdasarkan ciri umum
perbincangan dalam suratnya, al-Sirhindi secara terperinci menggambarkan proses
dialektik di antara tesis, ‘wujud’ (atau tepatnya bayangan wujud) dan antitesis, ‘tak
maujud’ (berbagai negasi sifat) yang menatijahkan sintesisnya, esensi-esensi alam
fenomena atau disebut haqa’iq al-mumkinat.
Tema kajian yang digunakan dalam artikel ini adalah kajian tentang teori dan
pemikiran al-Sirhindi dalam mengkritik ke atas fahaman wahdat al-Wujud. Hal ini
demikian kerana penulis banyak menekankan tentang pemikiran al-Sirhindi dalam
epistemologi dan kosmologi.
Dalam menjalankan kajian ini, penulis menggunakan kaedah menganalisis data
secara deskriptif dalam mendapatkan maklumat tentang artikelnya. Menganalisis data
secara deskriptif merupakan teknik analisis yang digunakan dalam menganalisis data
dengan membuat gambaran data-data yang terkumpul tanpa membuat generalisasi
dari hasil penelitian tersebut. Melalui kaedah ini, penulis menganalisis sendiri karya
asal al-Sirhindi al-Maktubat. Namun begitu, penulis hanya merujuk bahan yang hanya
diterjemahkan berbahasa Arab yang diusahakan oleh Shaykh Muhamad Murad
al-Qazani pada kurun ke 12H/19M berjudul Mu‘arrab al-Maktubat al-Sharifah
al-Marsum bi al-Durar al-Maknunat al-Nafisah. Naskhah ini dicetak oleh
al-Maktabah al-Miriyyah di Makkah pada tahun 1317H/1898-99M. Di samping
terjemahan ke atas surat-surat al-Sirhindi, ia turut mengandungi nota-nota huraian dan
takhrij hadith yang terdapat pada jidarnya. Namun, pada jilid ketiga hanya terhimpun
sebanyak 122 pucuk surat sahaja berbanding dengan 124 surat yang dinyatakan oleh
Rizvi (1983). Jumlah sebanyak 122 tersebut selaras dengan jumlah yang disebutkan
sebagai jumlah yang tepat oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Friedman (1971) dan
Abdul Qadeer (2003). Naskhah yang ada pada penulis telah diulang cetak oleh Sirac
Kitabevi, Carsamba-Fatih, Istanbul di Turki dan tidak mempunyai tarikh terbitan.
Namun ia masih mengekalkan citra asal cetakan Makkah bertarikh 1317H.
Akhir sekali, hasil kajian mendapati bahawa pemikiran dan teori yang digunakan
Ahmad Al-Sirhindi dapat mengubah metafizik wahdat al-wujud semasa intelektual

4
tasawuf pasca ibn Arabi. Hal ini kerana sistem kosmologi yang dibina oleh al-Sirhindi
bermatlamatkan tanzih serta bertujuan menjelaskan hakikat dualisme agar dapat
memungkinkan taklif shar‘i berlaku sekaligus memelihara doktrin tauhid. Beliau
menyatakan bahawa marifatnya tersebut selaras dengan prinsip tanzih jika
dibandingkan dengan pengetahuan al-Shaykh al-Akbar. Beliau menegaskan bahawa
pengalaman Waldat al-Wujud merupakan marifat peringkat permulaan yang bersifat
ilmu al-yaqin, sedangkan marifat pada peringkat akhir seluruhnya menegaskan tanzih
dan bersifat Íaqq al-yaqin.

3.0 ULASAN KRITIS

3.1 Isi utama yang dibangkitkan penulis dalam artikel

Isi utama yang dibangkitkan penulis dalam artikel ini adalah pemikiran Ahmad
Al-Sirhindi dalam mengkritik tradisi di saat intelektual tasawuf pasca Ibn Arabi yang
mendominasikan metafizik Wahdat Al-Wujud. Ahmad Al-Sirhindi menggunakan
teori Epistemologi, Ontologi, Kosmologi dan Penciptaan bagi mengubah persepsi
metafizik Wahdat Al-Wujud. Hal ini beliau menggunakan teori tersebut untuk
mengkaji ulang terhadap aspek ajaran yang dibawa Wahdat Al-Wujud bagi
mengungkapkan semula pengalaman kesatuan tersebut dengan menepati kehendak
syariah. Teori pertama yang digunakan bagi mengubah persepsi tersebut adalah
epistemologi yang terbahagi kepada dua pemikiran. Pemikiran pertama ilmu Husuli
dan ilmu Huduri digunakan dalam membincangkan hakikat kerohaniah terutama
dalam hal berkaitan dengan kehampiran kewalian dan kehampiran kenabian.
Kehampiran kewalian merujuk kepada kewujudan alam dan diri akan terangkat dari
pandangan batin sesorang salik mengalami fana yang bermaksud kelupaan diri dari
pekara selain Allah. Kehampiran kenabian pula tidak memerlukan kepada
terhapusnya hubungan subjek dengan berbagai objek pengetahuan. Peringkat ini tidak
memerlukan proses pemfanaan diri dan kebaqaan kerana ia mengatasi kedua-duanya.
Bagi para nabi s.a.w. dan para Sahabat yang mendapat bimbingan langsung Nabi
s.a.w., pengetahuan mereka tentang berbagai objek, tidak menghalang mereka dari
Allah s.w.t. Sesuatu pengetahuan dicela kalau sekiranya ia berkaitan dengan objek
pengetahuan yang tercela yang menjauhkan diri dari Allah s.w.t.. Namun bagi
orang-orang yang hampir dengan Allah s.w.t. melalui jalan qurb al-nubuwwah,

5
walaupun ikatan diri dengan benda telah terlucut tidak akan menyebabkan dia lupa
kepadanya.
Pemikiran kedua iaitu Marifat Tanzih mengungguli Coincidentia Oppositorum
yang diguunakan Al-Sirhindi dalam menolak idea keselarian tanzih dan tasbih, lalu
beliau mentafsir ayat al-Quran di dalam Al-Shura ayat ke 11 sesuai dengan prinsip
tanzih mutlak. Menurut al-Sirhindi, bahagian pertama ayat tersebut menegaskan
martabat tanzih, manakala bahagian keduanya bukanlah bertujuan untuk menetapkan
keserupaan di antara pendengaran Tuhan dengan makhluk, akan tetapi ia merupakan
bahagian yang menyempurnakan penegasan tanzih yang terkandung pada bahagian
pertama. Al-Sirhindi menegaskan bahawa kesempurnaan marifat bukanlah terletak
pada keselarian tanzih-tashbih, akan tetapi pada tanzih mutlak. Al-Sirhindi
menyebutkan bahawa Zat Ilahi tidak dapat dideskripsikan melainkan melalui jalan
negasi atau penafian dan setiap pengelibatan pada martabat Zat adalah kemulhidan.
Selain itu, teori kedua pula adalah Ontologi yang mengatakan zat ilahi sebagai
supra wujud dan tak maujud. Hal ini kerana al-Sirhindi sepenuhnya menyedari
implikasi negatif pandangan menyebutkan bahawa alam mungkin wujud dengan
wujud. Negatifnya, ia dapat berhujung pada identifikasi wujud alam dengan tuhan.
Oleh itu, al-Sirhindi melakukan beberapa siri perubahan ke atas sistem metafiziknya
berdasarkan kepada intuisi diperolehinya. Pandangannya berdasarkan kepada konsep
gradasi wujud. Menurutnya, Hakikat Allah s.w.t. adalah ‘wujud murni’ tanpa
dihubungkan dengan sesuatu kerana ia merupakan punca segala kebaikan dan
kesempurnaan serta kesederhana hakiki dalam erti kata tidak disusun dari sesuatu
sama sekali sama ada konseptual mahupun secara eksistensial dan tidak dapat disifat
dan digambarkan secara realiti. Tuhan adalah tidak terbatas atau disebut sebagai
wara’ al-wara yang diungkapkan al-Sirhindi. Menurut al-Sirhindi, penyifatan
kewajiban, kemumkinan dan kemustahilan hanyalah apabila esensi atau mahiyyah
dihubungkan dengan ‘wujud’, oleh kerana Zat Allah s.w.t. pada realitinya mengatasi
‘wujud’ dan ‘tak maujud’, maka penisbahan tersebut tidak berlaku.
Kosmologi pula dengan melakukan pembaharuan kosmologi Ta’ayyun. Bagi
mengelakkan kekeliruan, al-Sirhindi berulang kali menegaskan perbezaan fahamnya
dengan madrasah Akbari dalam perspektif tentang tanazzulat dan ta’ayyunat wujud.
Baginya, penggunaan istilah tanazzul dan ta‘ayyun tersebut hanyalah persamaan dari
sudut istilah dan bukan pada intipati ajarannya. Pendirian al-Sirhind sangat jelas
kerana menurutnya, istilah tersebut hanya sesuai dengan falsafah wujud atau ontologi

6
aliran Akbari menisbahkan keserupaan antara penzahiran dengan Allah s.w.t. yang
Maha Zahir, tepatnya antara Zat Tuhan dengan ‘wujud’ atau wujud mutlak. Konsep
ta‘ayyun dan tanazzul memberikan gambaran seolah berlaku perubahan kepada Zat
Tuhan yang diidentifikasikan dengan wujud mutlak dari kemutlakannya kepada
keanekaragaman rupa. Maka kerangka dasar konsep ta‘ayyun al-Sirhindi dibina
semula bertujuan menegaskan perbezaan tuhan dengan makhluk. Al-Sirhindi menolak
fahaman yang menyamakan Zat ilahi dengan wujud mutlak.
Akhir sekali, penciptaan pula dilakukan dengan penciptaan ontologi dialektik.
Hal ini kerana al-Sirhindi membangunkan teorinya yang tersendiri di dalam
menjelaskan proses penciptaan alam. Tiada nama khusus yang diberikan kepada
teorinya tersebut, tetapi berdasarkan kepada ciri umum perbincangan di dalam
surat-suratnya, al-Sirhindi secara terperinci menggambarkan proses dialektik di antara
tesis, bayangan wujud dan antitesis, ‘tak maujud’ yang menatijahkan sintesisnya,
esensi-esensi alam fenomena.

3.2 Adakah isu kandungan artikel ini menarik?

Pada pendapat saya tentang artikel ini, isu kandungan yang dijelaskan oleh
penulis dalam artikel menarik untuk dibaca dan ditafsir. Hal ini kerana penulis
menulis tentang seorang tokoh yang kurang dikenali dalam alam melayu yang telah
berjuang untuk menegakkan kebenaran dalam mengkritik tradisi mendominasikan
metafizik Wahdat al-wujud iaitu Imam Ahamad al-Sirhindi. Melalui penulisan artikel
ini, kita bersama-sama dapat mengenali tokoh ini dengan lebih baik. Hal ini juga isu
yang diutarakan penulis tentang pemikiran al-Sirhindi dapat kita fahami dan dapat
ditafsirkan kerana setiap pemikiran dan teori yang dijelaskan dengan lebih mendalam
dan disertakan dengam definisi. Kandungan artikel penulis dapat memberikan
pengetahuan baharu dengan penjelasan daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat pada hari ini.
Selain itu, isu yang diutarakan penulis juga menarik disebabkan teori yang
digunakan oleh al-Sirhindi dapat dijadikan panduan kepada masyarakat hari ini. Hal
ini dapat mengelakkan ajaran-ajaran yang dapat mencemarkan islam atau mengubah
persepsi islam yang tidak menepati syariah.

7
3.3 Adakah isu yang dibangkitkan relevan bagi anda sebagai seorang
penyelidik?

Sebagai seorang penyelidik, saya berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan


adalah relevan kerana isu tersebut banyak diutarakan oleh ulama ahlillah atau sufi
dalam perdebatan akibat pertembungan pemahaman dengan golongan yang tidak
sealiran dalam tradisi ilmu islam hingga turut menimbulkan kontroversi tajam dalam
sejarah islamisasi dan alam melayu. Hal ini juga ahli sufi cenderung menggunakan
ungkapan kiasan untuk mengungkapkan hakikat ilmu yang diperoleh tetapi tidak
difahami sesetengah ulama yang mendakwa hal itu boleh menimbulkan salah faham
kepada masyarakat. Oleh itu, isu yang dibangkitkan penulis dalam artikel ini relevan
untuk dikaji oleh seorang penyelidik bagi mendapatka kesahihan ajaran yang
diungkapkan oleh Ahmad Al-Sirhindi.
Melalui hal ini, isu ini dapat memberikan kesan yang positif kepada masyarakat
hari ini terutama kepada saya dalam mengkaji atau mentafsir sesuatu definisi dan
konsep yang dinyatakan penulis terutamanya dalam bidang falsafah. Isu ini juga dapat
memberikan pengetahuan kepada kita dalam pengabungan jalan sufi dan syariah iaitu
kita tahu apa yang berada di luar jalan yang ditunjukkan oleh nabi itu hilang. Kita
juga tahu tentang konsep syariah Sirhindi iaitu istilah multivalen dan inklusif yang
mencakup tindakan lahiriah ibadah, keyakinan dan jalan sufi.

3.4 Persetujuan tentang kandungan artikel

Melalui pemahaman, mendalami, dan mentafsir artikel ini, saya bersetuju dengan
keseluruhan kandungan dalam artikel ini. Hal ini, bukti-bukti yang diberikan oleh
penulis bahawa pemikiran atau teori epistemologi dan kosmologi Ahmad Al-Sirhindi
dapat mngubah metafizik Wahdat al-wujud yang didominasikan semasa intelektual
tasawuf pasca Ibn Arabi bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat pada hari
ini. Hal ini dibuktikan penulis melalui idea-idea metafizik dan kosmologi al-sirhindi
di dalam maktubat dan karya kecilnya al-Mabda wa al-Ma’ad, penulis mendapati
bahawa seluruh usaha al-Sirhindi mengarah kepada pembinaan semula setelah
melakukan penyahbinaan konsep-konsep metafizik tasawuf. Hal ini bukan kerana
Ahmad al-Sirhindi bukan ahli sufi pertama dalam melancarkan kritikan terhadap

8
fahaman tersebut. Malah, terdapat dua tokoh sufi utama yang menlancarkan kritikan
yang serupa iaitu al-dawlah al-Simnani dan Gisudiraz. Dengan pemikiran ini,
masyarakat pada masa kini dapat medalami pemikiran beliau dengan melakukan
sesuatu perbuatan menjuruskan kepada syariah yang dibawa oleh Nabi Muhamad.

3.5 Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan kepada pemikiran
anda?

Artikel ini berjaya memberikan kesan yang positif kepada saya dalam mengetahui
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad swt yang patut saya ikut yang telah
disebarkan oleh para ulama. Jika sebelum ini, saya belum tahu mengenai tentang
ajaran-ajaran Nabi Muhammad swt yang disebarkan para ulama adalah menepati
syariah atau tidak menepati syariah. Hal ini sedemikian kerana banyak ulama yang
menyebarkan ajaran-ajaran tetapi kurang mengetahui kebenaran keatas ajaran yang
dibawa oleh para ulama. Dengan adanya artikel ini, saya dapat mengetahui dengan
lebih mendalam tentang islam yang kurang saya tahu selama ini. Melalui pemikiran
dan teori Ahmad Al-Sirhindi dapat membuka pemikiran saya untuk menyelidik
dengan terperinci tentang ajaran yang disebarkan oleh para ulama bagi mendapatkan
kesahihan ajaran mereka.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, sistem epistemologi dan kosmologi yang dibina oleh al-Sirhindi


bermatlamatkan tanzih serta bertujuan menjelaskan hakikat dualisme agar dapat
memungkinkan taklif shari berlaku sekaligus memelihara doktrin tauhid. Hal ini
kerama beliau menyatakan bahawa marifatnya tersebut selaras dengan prinsip tanzih
jika dibandingkan dengan pengetahuan al-Shaykh al-Akbar. Beliau juga menegaskan
bahawa bahawa pengalaman Wahdat al-Wujud merupakan marifat peringkat
permulaan yang bersifat ilm al-yaqin, sedangkan marifat pada peringkat akhir
seluruhnya menegaskan tanzih dan bersifat haqq al-yaqin.

9
4.1 Penemuan baharu yang diperoleh daripada artikel

Antara penemuan baharu yang saya peroleh daripada artikel ini adalah mengenali
tentang seorang tokoh yang merupakan pejuang tasawuf dan terekat Naqshbandiyyah.
Melalui artikle ini juga kemasyhurannya dapat dilihat oleh masyarakat pada masa kini.
Melalui artikle ini, saya dapat mengetahui tentang beliau tampil sebagai tokoh
penyelamat umat dari ancaman fahaman Liberal dan Inklusivisme-Pluralisme agama
Din-I Ilahi yang dirasmikan Akbar sebagai ‘Agama Negara’. Saya juga dapat
mengetahui bahawa begitu pentingnya tokoh ini, sehinggakan sseorang yang
mengkaji perkembangan islam, di india khususnya dan di dunia umumnya, tidak
dapat mengabaikan keutamaannya sebagai perintis rantai gerakan dalam pemurniaan
islam.

4.2 Bagaimana anda akan menggunakaan pengetahuan baru yang diterima.

Sebagai masyarakat pada masa kini, kita haruslah banyak mendalami ilmu yang
kurang kita ketahui agar kita tidak mudah lalai dalam mengamalkan ilmu yang salah.
Jika kita gagal dalam memahami sesuatu ilmu akan menyebabkan kita sesat hingga
kita mengamalkan sesuatu yang salah. Sebagai contoh, ajaran sesat terbahagi kepada
tiga ketegori iaitu pertama bentuk ajaran baharu. Ajaran ini mengancam kemurnian
akidah umat islam seperti dalam bentuk ancaman kefahaman kepercayaan yang
berbentuk tradisi dan bentuk ancaman kefahaman kepercayaan yang berbentuk moden.
Sekiranya kita kurang menyedari tentang ajaran baru ini menyebabkan kekeruhan
dalam kemurniaan akidah islam malah akan menyebabkan ajaran tersebut menjadi
pegangan hidup kita sekiranya kita leka.
Kedua, bentuk ajaran terekat yang merupakan ajaran berselindung disebalik
ajaran terekat dan tasawuf hingga menyalahgunakan nama terekat yang terkenal
seperti Tarekat Ahmadiyyah, Tarekat Naqsyabandiyyah, Tarekat Syadhiliyyah,
Tarekat Qadiriyyah, dan Tarekat Syattariyyah dengan cara yang bertentangan dengan
hukum syarak. Hal ini akan menyebabkan umat islam akan terpeseong daripada
agama islam yang sebenar.
Akhir sekali, bentuk ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang
berhubung kait dengan perkara-perkara mistik dan budaya hidup. Ini merupakan
amalan kepada kepercayaan karut, khurafat, bid'ah dan syirik. Jenis yang ketiga ini

10
merupakan safu ajaran yang sememangnya sudah lumrah dan berakar umbi di dalam
masyarakat Islam yang diwarisi secara turun temurun daripada satu generasi ke satu
generasi. Dengan kata lain, sesuatu rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang belum diketahui kesahihannya dan
menyimpang pula daripada ajaran Islam termasuk dalam pengertian khurafat. Ia
banyak terhasil daripada pengaruh agama lain seperti Hindu, Buddha, animisme dan
dinamisme. Di Malaysia, amalan dan kepercayaan ini dicampuraduk dengan ajaran
Islam seperti yang berlaku dalam amalan perbomohan, pemujaan dan kesaktian.
Sebagai kesimpulan, kita haruslah rasional dalam mendalami sesuatu pemikiran
dan ilmu agar kita tidak terjerumus ke dalam pekara yang tidak elok. Oleh itu, umat
islam haruslah berkerjasama dalam membenteras penyebaran ajaran sesat, membasmi
kejahilan akidah dan juga pemantapan akidah adalah tugas dan tanggungjawab
seluruh masyarakat Islam. Ia bukan diletakkan pada bahu pihak yang tertentu sahaja,
malah ia melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat, orang perseorangan
hinggalah kepada pihak yang berkuasa yang memikul aminah dalam menyusun
strategi pengukuhan akidah di kalangan masyarakat Islam.

11
5.0 Sumber Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah, ( 1997 ), ISBN 979-561-430-4, Pemikiran Islam di


Malaysia : Sejarah dan Aliran, Jakarta, Gema Insani Press, Cetakan Pertama,
Muharam 1418 H.

Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus (2006). penjelasan Terhadap 58 Ciri Ajaran Sesat
di Malaysia. putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Fathur Rohman, Vol.1 No.2, Oktober 2014, 207-226, Wahana Akademik, Ahmad
Sirhindi dan Pembaharuan Terekat, Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara.

Mohd Nasir Mohd Tap, Julai 2009, Seminar Bulanan Etnomatematik Rumpun
Melayu, Epistemologi & Kosmologi Ahmad Al-Sirhindi
(971H/1563M-1034H/1624M), Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar
al-Hikmah Kajang.

Mohd Nasir Mohd Tap, Mencarik Ilusi Menggapai Realiti : Wacana Tasawuf,
Terekat & Penilaian Kalam Imam Ahamad Al- Sirhindi
(971H/1563M-1034H/1624M), Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar
al-Hikmah Kajang.

Muhammad Khairi Mahyuddin, Awatif Abdul Rahman, Vol. 16, No.2 (1-8), ISSN:
1823-884x, Wahdah Al-wujud dalam Tradisi Sufi : Isu dan analisa kritis
terhadap fatwa akidah di Malaysia, e-Bangi Faculty Social Sciences And
Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, Journal Of Social Sciences And
Humanities.

Anda mungkin juga menyukai