Anda di halaman 1dari 5

Menyusun Keutamaan Dalam Ramadan

Ramadan yang berkat lagi sangat dekat dengan diri itu seringkali mengajak

muslim untuk mempelajari sesuatu. Setiap tahun Ramadan hadir, menawarkan

peluang untuk membina keperibadian yang lebih bermakna dan peningkatan potensi

diri. Bulan yang sangat meriah ini sekurang-kurangnya mengajak tiap muslim tidak

hanya melewatinya dalam suatu kerangka bulan mengikut tertib kalendar semata,

tapi lebih daripada itu iaitu, dapat memahami atau mempelajari salah satu sudut

pembaikan diri.

Ramadan dapat dijadikan landasan latihan untuk membina keperibadian yang

lebih cemerlang. Ruang itu sangat Istimewa kerana Ramadan hadir bertempoh iaitu

sebulan. Dalam sebulan itu, tersedia ruang yang munasah untuk seorang

mengurangkan kesilapan dan kebiasaan yang tidak molek. Ramadan yang sebulan

itu merupakan suatu fasa yang cukup sesuai untuk mendekatkan seorang Muslim

kepada jalan-jalan pembaikan diri yang lebih membina dan meningkatkan kualiti nilai

diri seorang itu. Sebab pertama yang membantu individu kepada pembaikan diri

adalah kerana perihal keberkatan Ramadan itu disebutkan dalam beberapa ayat al-

Quran antaranya;

“Kitab (al-Quran) yang jelas (2) Sesungguhnya kami telah menurunkannya pada

malam yang diberkati. Sesungguhnya kami pemberi peringatan. [Ad-Dukhan : 2-3]


Keduanya, Ramadan merupakan bulan dimulakan wahyu al-Quran diturunkan

kepada Nabi s.a.w. Justeru, keberkatan Al-Quran itu selalu menghampiri individu

yang mahukan perubahan, pembaikan diri dan yang menuruti kebenaran dan

kebaikan. Seperti disebutkan dalam ayat berikut;

“Bulan Ramadhan yang mana padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk

kepada manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu serta pembeza (antara

kebenaran dan kebathilan)”. Al-Baqarah:185

Titik Tolak Perubahan

Ramadan yang sangat mulia ini mendedahkan kepada muslim itu pelbagai wasilah

atau cara untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Tidak saja dalam perihal

amalan keagamaan, tetapi juga dalam segala aspek perihal keduniaan. Perihal

pembaikan atau pembinaan diri ini disebutkan secara tersirat melalui sebuah hadith

Nabi s.a.w iaitu; “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh

keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu” (Muwatta’

Imam Malik). Di dalam hadis tadi, Ramadan akan dapat mendorong seorang individu

itu dihapuskan dosanya itu, setelah individu itu melaksanakan tuntutan ibadah

Ramadan dengan ikhlas dan penuh pengharapan iaitu mengharapkan keredaan

Allah Taála. Ikhlas dan pengharapan yang disebutkan agak implisit sifatnya atau

terselindung. Namun dapat kita fahami juga, bahawasanya keperibadian adalah

unsur utamanya adalah dalaman diri. Ianya berkait dengan kesedaran dan kehendak

sendiri. Kedua-dua perkara tadi tidak dapat dibuktikan hanya melalui tindakan
luaran, namun mesti berakar daripada kesedaran dalaman atau daripada hati yang

tenang dan bersih.

Unsur dalaman sentiasa menjadi pendorong utama kepada penjanaan

peribadi yang lebih matang dan seimbang. Kerana ia dipengaruhi keadaan dengan

fitrah dan juga ruh seseorang itu. Oleh itu, ilmu menjadi pembantu menyeimbangkan

unsur dalaman ini. Tanpa panduan ilmu yang sahih, tujuan penambahbaikan akan

tersasar daripada landasannya. Justeru, seorang itu perlu menghayati Ramadan dan

menjadikannya sebagai titik tolak kepada pembaikan diri. Agenda Ramadan bukan

tersasar pada amalan sebulan, namun membentangkan peluang atau titik tolak

perubahan yang lebih panjang masa.

Dalam Ramadan terbentang amalan ibadah, individu dan kemasyarakatan.

Seperti solat sunat (bersifat peribadi) dan solat berjemaah dan iftar (secara

kemasyarakatan). Juga terdapat ibadah hati seperti bersabar dalam berpuasa, dan

ibadah fizikal seperti terawih yang sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada

ibadah hati juga. Malah terdapat ibadah yang tidak lansung berlaku di bulan lainnya

seperti sahur, zakat fitrah dan mendirikan malam Lailatul Qadar yang juga

mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu. Justeru dapat disimpulkan banyak

ibadah berkait dengan agenda pembaikan diri, yang secara lansung dan saling

kesinambungan.

Menjadikan ibadah Ramadan sebagai peluang mengisi kelompongan atau

kekurangan diri dengan ibadah yang wajib, ibadah sunat dan kebaikan-kebaikan,

sebenarnya mendorong diri kepada tahap yang lebih baik.Ibadah juga merupakan

langkah membina keikhlasan dan peransang kepada pembaikan. Bayangkan

seorang itu, dapat melaksanakan ibadah wajib dan sunat sepanjang Ramadan,
secara tidak lansung dapat membina pandangan, tindakan dan keyakinan diri

kepada pembinaan jati diri yang lebih matang dan kecenderungan kepada kebaikan.

Tiap ibadah itu, memerlukan nawaitu seperti disebutkan hadith berikut; ”Setiap

amalan itu dimulai dengan niat”. Penjanaan kehendak ke arah kebaikan melalui niat

itu dapat mengisyaratkan kepada kita suatu bentuk latihan yang asas di peringkat

peribadi, dengan memulakan segala perbuatan itu dengan niat yang ditujukan

amalan itu kepada Allah Taála. Sepertimana dituntut dalam beribadah, niat itu sendiri

menjadi ukuran diterima dan ditolaknya suatu amalan.

Apabila seorang itu melatih diri, menyelaraskan hati dengan nait yang ikhlas

dan kemudian disusuli dengan tindakan yang berlandaskan niat tadi, kemudian

dizahirkan dengan ucapan yang baik dan dipertegaskan pengakuan atau kata-kata

yang berselarian dengan niat, justeru penjalinan rangkaian niat, perkataan dan

perbuatan di tahap individu – sebenarnya ianya suatu usaha atau daya

melandaskan diri kepada ibadah, apatah ibadah itu haruslah bersifat membina

keislaman dan keimanan seorang itu.

Menyusun atur Keutamaan

Keutamaan dapat disusun dengan baik sekiranya seorang itu memiliki

kemahuan dan keyakinan diri baik seorang itu bekerja, berada di rumah ataupun

sedang melakukan ibadah yang pelbagai. Ramadan menunjukkan secara tidak

lansung perihal kepentingan menyusun keutamaan dalam melakukan suat tindakan.

Sudah tentu keutamaan dalam Ramadan adalah pelaksanaan ibadah-ibadah

yang ditetapkan sebagai kewajiban. Sebagai contoh, solat fardhu yang menjadi

tonggak utama bagi tuntutan ibadat seorang Muslim. Sepanjang Ramadan, adalah
ruang waktu yang menawarkan usaha daya untuk menyempurnakan kewajiban itu

dengan lebih tertib. Bulan Ramadan yang mewajibkan tiap Muslim melaksanakan

ibadat puasa, lebih terdorong untuk mendirikan solat fardhu di samping mendirikan

solat fardhu secara berjemaah.

Walaupun tuntutan bekerja tetap dipenuhi, namun Ramadan yang sebulan

dalam setahun ini juga mendorong seorang Muslim dapat menghayati ibadah

dengan lebih baik. Apatah ibadah itu sendiri terdiri daripada ibadah umum, iaitu

segala perkara yang melibatkan atau berkaitan kehidupan yang dilakukan

berdasarkan syara’ dan diniatkan kerana Allah Taála.

Sebagaimana seorang muslim kita membayangkan fikirannya harus

dipersiapkan di samping dalaman diri pada setiap hari. Nawaitu sangat penting dan

menjadi kewajiban sebelum melalui proses itu. Nawaitu itu digambarkan sebagai

rangka kasar untuk suatu lakaran binaan yang utuh. Ramadan adalah proses

menyusun diri sebenarnya yang dilakukan hampir tiap tahun. Menyusun semula diari

bererti membuat semula penambahbaikan, melihat semula potensi diri dan potensi

kebaikan yang dapat diterokai pada masa akan datang, jua menyusun jadual

kehidupan, keperluan, hasrat, perkara-perkara yang terjungkar-balik dalam

kehidupan kepada suatu yang lebih normal atau lebih baik dalam rangka kehidupan

yang berbaki. Agar Ramadan kita tidak tersia-sia dengan peluang yang diberi,

perbaharui nawaitu anda dalam Ramadan yang terdekat ini !.

Anda mungkin juga menyukai