Anda di halaman 1dari 41

1

PENGERTIAN WUDUK

Dari segi bahasa, wudhu ialah nama bagi sesuatu
perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota
tertentu.

HUKUM WUDHU
1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan
ibadah
2. Sunat. Selain perkara yang diwajibkan berwudu
segalanya adalah sunat untuk kita berada dalam keadaan
berwuduk.

HIKMAH WUDHU
Hikmah berwudhu ialah kerana anggota-anggota
tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti
habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan
dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.

2
























CARA-CARA BERWUDHU
1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat
wudu adalah seperti berikut:

Maksudnya:
Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah
Taala.
atau

Maksudnya:
Sahaja aku berwudhu kerana Allah Taala.

3




2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib
dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah
atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah
dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak
telinga.













3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang
yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota
yang ada.














4





4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun
atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had
atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah
menyapu seluruh kepala.














5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.













5





6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang
pertama hingga akhir dengan teratur.















SYARAT-SYARAT WUDHU
Terdapat dua syarat dalam wudhu iaitu syarat wajib dan
syarat sah.
Syarat Wajib Wudhu
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya hadath.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu tidak diwajibkan ketika
waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan
waktu.




6





Syarat Sah Wudhu
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan
meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga
tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang
sampainya air ke anggota wudhu.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh
membatalkan wudhu seperti darah haidh, nifas, air
kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan
dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap
kencing tidak lawas.







SYARAT WUDUK MENGIKUT IMAM SYAFIE
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan nifas.
4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang
sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui kefardhuan wudhu.
6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam
wudhu sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis aini yang terdapat pada badan
dan pakaian orang yang berwudhu.
8. Tidak terdapat pada anggota wudhu bahan yang
mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (taliq) niat berwudhu dengan
sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu.

7



11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath
berterusan.
12. Muwalat, iaitu berturutan.
SUNAT WUDHU
Perkara sunat ketika berwudhu adalah sangat banyak, di
antaranya ialah:
1. Membaca basmalah iaitu
lafaz
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan
tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu dua telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang
wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan
perceraian yang lama di antara satu anggota dengan
anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
13. Menggosok anggota wudhu supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhu, iaitu:

Maksudnya:
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya
dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari
golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan
aku dari golongan orang-orang yang bersih.

8






PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU
1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama
ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi
atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri
kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur
dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke
tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan
atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak
mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal
nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah
mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia)
dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.






9























PENGERTIAN SOLAT
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan
sesuatu kebaikan.


WAKTU SEMBAHYANG
Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, Asar,
Maghrib, Isya dan Subuh



SYARAT-SYARAT SOLAT

10



Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu
syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat
sah atau tunai.



SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya
ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas
seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti
berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada
pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib
ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib
kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah
berjumpa dengan pendakwah Islam.



SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan
kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain
kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada
sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang
sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau
bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Kabah).

11








RUKUN SOLAT




1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring
hinggakan sampai ke tahap ruku tanpa keuzuran
bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian
dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang
sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya
hukumnya hanyalah sunat.




















12















2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram
dengan memusatkan qasad hendak melakukan
sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya
sama ada fardhu atau sunat.


















13











3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan
lafaz . Boleh juga dengan
lafaz atau . Syarat-
syarat takbir ialah :
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan
berdiri.
Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah
qiblat.
Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak
mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka
boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri
sendiri.
Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan
imam.
Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan
niat.










14












4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap
rakaat semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai
gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-
syaratnya adalah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul,
meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan
dinyatakan dengan segala sabdunya.
Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah
maknanya.
Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam
setiap rakaat kecuali mamum masbuq dan jika imam
membaca terlalu cepat.








15











5. Ruku, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua
tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut.
Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk
hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan
menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan
tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat
ruku ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu
sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku
itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan
tamaninah iaitu berterusan ruku dengan keadaan
tenang sekadar membaca satu tasbih.


















16














6. Itidal selepas ruku. Itidal bermaksud bangkit daripada
ruku dan kembali kepada keadaan berdiri atau
gantiannya beserta dengan tamaninah. Syarat-syaratnya
ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan
sembahyang, dilakukan dengan tamaninah dengan kadar
sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu
panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia
adalah rukun pendek.

















17









7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat. Maksud sujud ialah
sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat
sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika
melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi,
kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan
hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat
melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang
termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung
dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan
yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika
terdapat di bawahnya.
Tamaninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali
tasbih.












18














8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan
sama rata beserta tamaninah pada setiap rakaat sama
ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-
syaratnya ialah:
Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan
disebabkan perkara lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan
tasyahhud yang paling pendek.
Dilakukan dengan tamaninah iaitu sekurang-kurangnya
diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-
baiknya melebihi batasan itu.













19


















9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh
salam. Ia dilakukan pada rakaat akhir setiap sembahyang
dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud.
Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru, iaitu duduk
dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan
pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan
kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki
kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi
(melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu
menghala ke qiblat.











20














10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.
Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam
yang lama atau zikir lain.
Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali
jika berlaku keuzuran.
Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika
tidak mampu.
Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat
keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris
sabdu).
Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-
kalimahnya.

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu alayhi
wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa
duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-
kurangnya . Seelok-
elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-
syarat bacaan salawat ialah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

21



Hendaklah dengan lafaz Muhammad .
Boleh juga dengan lafaz Rasulullah
atau An-Nabiy .
Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan
dibaca selepas tasyahhud.





12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar
daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali
terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam
iaitu , maka tidak boleh menggantikannya
dengan tanwin .
Diucapkan dengan kaf al-khitab bagi
memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang
lainnya.
Diucapkan dengan dimasukkan mim al-jama
yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak
ramai.
Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan
menghadap qiblat dengan dadanya.
Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar
daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk
pemberitahuan semata-mata.
Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan
duduk.
Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka
yang tidak sempat belajar.




22





13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa
mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.







SUNAT DALAM SOLAT

Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis
iaitu sunat ab'adh dan sunathai'ah. Sunat ab'adh ialah
setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di
mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud
sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam).
Manakala sunat hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika
ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.











Sunat Abadh
1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa
duduk selepas melakukan setiap dua rakaat dalam
sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya.

23



2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu alayhi
wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung
dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu
alayhi wasallam.
3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad
sallallahu alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.
4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat
abadh di atas.
5. Bacaan qunut semasa itidal pada rakaat sembahyang
Subuh, pada rakaat akhir sembahyang witir ketika
separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam
kelima belas.



Sunat Haiah
Sunat haiah sangat banyak semasa melakukan
sembahyang. Secara umumnya, sunat haiah boleh
diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula
hendak ruku dan bangkit daripadanya, dan ketika
bangun daripada tasyahhud awal.
2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri
di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit
ke arah hati.
3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala
sedikit.
4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca al-istiazah secara perlahan selepas tawajjuh
dan sebelum Al-Fatihah.
6. Selain daripada itu, mamum hendaklah menyaringkan
bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki
sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua rakaat
pertama sembahyang Maghrib dan Isya, Jumaat, dua
hari raya, gerhana bulan, istisqa, tarawih, witir
ramadhan, dua rakaat selepas tawaf pada malam hari
dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut
hendaklah memperlahankan suara.
7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada
oleh imam, mamum atau bersendirian.

24



8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas
bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau
persendirian dan mamum yang tidak mendengar bacaan
imam kecuali pada rakaat ketiga dan keempat kepada
selain masbuq dengan dua rakaat pertama.
9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu
rukun ke rukun yang lain.
10.
Membaca
semasa mengangkat kepala daripada ruku.
11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga
kali.
12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha
ketika duduk tasyahhud.
13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat
dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq
dan yang lupa.
14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud
akhir.
15. Berdoa dan taawwuz iaitu meminta perlindungan
kepada Allah selepas tasyahhud akhir.
16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang
pertama.
17. Khusyu, iaitu menghadirkan hati semasa
mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian
kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.













25















PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
Makruh mengikut jumhur ulama bermaksud tanzihiyyah,
iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang
melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya
dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu
masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan
sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan
perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah
seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam
sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan
yang ada dalam Al-Quran.

3. Membaca dalam rakaat kedua bacaan surah yang
lebih panjang daripada yang dibaca dalam rakaat
pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu
rakaat yang sama atau dalam dua rakaat.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan
tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang
tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika
sembahyang tanpa sebarang sebab.

26



8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu
disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan
untuk membuang air kecil, air besar atau menahan
daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar
ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua rakaat akhir
sembahyang fardhu kecuali mamum yang masbuq yang
ketinggalan rakaat pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya
perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud
seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan
pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya
mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu
memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan
gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti
bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja,
tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan
kandang binatang.














27

















PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang
bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-
perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Quran, zikir
dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-
kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun
tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu
huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang
banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang.
Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum
salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath
yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir
serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada
badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat
dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu
tempoh tamaninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta
merta atau tidak sengaja tetapi tidak sempat

28



menutupnya serta merta selama kadar tidak melebihi
tempoh tumakninah atau tiga kali tasbih.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau
mabuk semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun
sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada
sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang
dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis
sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah
memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti
melakukan itidal sebelum sempurna ruku secara
tamaninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti
menambah ruku atau sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan
banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan
yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan
bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak
difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar
bukannya secara hukmi.











29

























30







PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH
Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan
sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan.
Manakala dari segi syara pula diertikan sebagai suatu
gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu
sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai
pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-
lafaz tertentu.
Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk
membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.




HUKUM AZAN DAN IQAMAH
Azan dan iqamah adalah sunnah muakkadah secara
kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu
sama ada dilakukan secara berjamaah atau bersendirian,
sama ada sembahyang qadha atau tunai bagi orang
lelaki.
Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-
duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara aini. Bagi
kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau
berjamaah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana
dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan
suara mereka.









31



LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA
Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia
dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali
takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan
lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

Pada azan subuh pula ditambah
kalimah sebanyak dua kali
selepas kali yang kedua.
Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan
berjamaah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih
dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma
dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz
atau pada sembahyang
tarawih diucap .

SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh
kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan
sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas
berlalu separuh malam.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh
melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya
sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa
tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun
didengari oleh salah seorang daripada jamaah ketika
sembahyang berjamaah.
4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki
muslim yang berakal.




32




PERKARA SUNAT SEMASA AZAN
1. Muazzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau
hadath besar.
2. Menghadap ke arah qiblat.
3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya
serta nyaring.
4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika
menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa
menyebut dan ke sebelah kiri
semasa menyebut dengan keadaan
dada yang tetap.
7. Melakukan tarji semasa azan iaitu menyebut dua
kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut
kalimah sebanyak dua kali
selepas laungan .
9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika
azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan
mengulangi apa yang disebut oleh muazzin kecuali ketika
muazzin menyebut kalimah
dan ,
maka hendaklah dijawab dengan
kalimah .
Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan
lafaz .
11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad
sallallahu alayhi wasallam selepas azan seperti berikut:


33



LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA
Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah
diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang
pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu
juga dengan lafaz yang
diucapkan selepas kalimah juga
diulang sebanyak dua kali.
Lafaz iqamah adalah seperti berikut:

Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi
dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada
semasa sembahyang bersendirian atau berjamaah
sesama mereka.
Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan
diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul
ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar
membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan
cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka
yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama
dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang
mendengar iqamah menjawab dengan
kalimah semasa bilal menyebut
yang kedua.











34




AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN
SEMBAHYANG
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga
sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:
1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir,
begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini
adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu alayhi
wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika
beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di
belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang
jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar
perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.






















35







BAB TAHARAH

1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis
atau hadas.


2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf
lelaki dan perempuan.



. Syarat wajib taharah ialah :
Islam
Berakal
Baligh
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
Tidak lupa
Tidak dipaksa
Berhenti darah haid dan nifas
Ada air atau debu tanah yang suci.
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.





36






alatalat untuk bersuci itu ialah:
Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan
dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq
ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga,
iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.

Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada
empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi,
air sungai dan air laut.

Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk
sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.

Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang
melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira
jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak,
maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa
dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.













37






Pembahagian Jenis Air
Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:
1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia
terbahagi kepada dua:
a) Air Mutlaq:
Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal
dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh
Allah s.w.t.
Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia
sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan
tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat
mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu
sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi
berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para
sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air
kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh
untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke
tempat air kencing tersebut adalah dalil yang
menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat
menyucikan.











38








b) Air Musyammas:
iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh
menggunakannya.
Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh
digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah
kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang
beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat
seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi
mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan
menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.
Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada
cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w
kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai
Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat
menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.
Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan
yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu
boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk
menyucikan sesuatu.
Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan
hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau
wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis
iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti
daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar
kayu.
Air yang berubah ada dua cara :-

39



Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan
Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja
yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu
berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan
perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan
sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar
yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan
Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna
anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air
musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini
maka hukumnya air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua cara :-
Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah
dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu
yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah
baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya
sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan
daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air
mutlak.
Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk
ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air,
contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka
termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air
Musta'amal.


b) Air Muqayyad:
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang
mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau)
menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air
yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.




40








3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena
benda najis. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena
benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah
sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah
sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu
sedikit atau banyak.
Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah
itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah
itu adalah seberat 162.72 kg.
Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka
air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60
x 60 cm.















41

Anda mungkin juga menyukai