Anda di halaman 1dari 4

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA PERKAHWINAN

1. Mengucap dua kalimah Syahadah berserta maksud.


2. Istighfar.
3. Selawat.
4. Senaraikan Rukun Islam
Mengucap dua kalimah Syahada
Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
Berpuasa di bulan Ramadhan
Mengerjakan haji bagi yang mampu
Mengeluarkan zakat

5. Senaraikan Rukun Iman


Percaya kepada Allah S.W.T.
Percaya kepada para Malaikat
Percaya kepada Kitab-kitab
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar

6. Membaca Al-Fatihah

7. Sebab-sebab berhadas besar (yg ni sebut ringkas2 je)


Haid
Nifas
Wiladah
Keluar air Mani
Berjimak
Mati

* 7 benda kat atas ni penting sebab selalu sangat di tanya, yg bawah2 ni ikut suka hati ustaz tu nak
tanya yang mana.. *

8. Larangan ketika berhadas besar


Tak boleh solat, puasa dan haji
Tak boleh masuk ke dalam masjid
Tak boleh melakukan hubungan kelamin
Membaca Al-Quran

9. Lafaz niat dan cara mandi hadas


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1. Niat.
2. Menghilangkan najis pada badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.Niat itu didalam hati dan ia hendaklah
disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
10. Jenis dan bahagian air
Air Mutlak
Air Mustakmal
Air Musyammas
Air Mutanajjis

11. Rukun wudhuk dan perkara membatalkan wudhuk


RUKUN WUDHUK
Niat
Membasuh muka
Membasuh kedua belah tangan
Menyapu/mengusap sebahagian kepala
Membasuh kedua belah kaki
Tertib

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK

Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walaupun angin.


Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak beralih pungung)
Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan sebagainya.
Jika telah bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang sudah cukup umur dan
yang halal nikah
Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemaluan atau dubur.

12. Solat dan rukun


SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
Beragama Islam
Baligh
Suci dari hadas
Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak
tangannya.
Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
Menghadap kearah kiblat
Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

RUKUN-RUKUN SOLAT
1-Niat
2- Takbiratul Ihram
3-Berdiri tegak
4-Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5-Rukuk
6-I`tidal
7-Sujud
8-Duduk antara dua sujud
9-Duduk tasyahud akhir
10-Membaca tasyahud akhir
11-Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12-Membaca salam yang pertama
13-Tertib mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

13. Bahagian-bahagian najis


Najis Mukhaffafah/ringan
Najis Mutawassitah/sederhana
Najis Mughallazah/berat

14. Cara-cara bersuci


Istinjak
Wudhuk
Mandi
Tayammum
Samak

15. Rukun Nikah


Suami
Isteri
Saksi
Wali
Akad

16. Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama


SUAMI
menyediakan mahar untuk isteri
menyediakan tempat tinggal
memberi nafkah, makan dan minum, pakaian
memberi nafkah batin
adil kepada isteri-isteri jika berpoligami
memberi didikan agama
ISTERI
mentaati suami dalam semua perkara selagi tidak mendatangi kemungkaran
memelihara kehormatan diri dan maruah suami
memelihara harta suami, menguruskan rumahtangga
tidak keluar rumah tanpa izin suami
menghias diri untuk suami
melayan suami dengan baik

BERSAMA

Pergaulan yang baik


Amanah
Saling kasih mengasihi
Percaya
Tolong menolong
Memenuhi keperluan seksual

17. Tanggungjawab terhadap anak-anak


mendidik anak-anak terhadap akhlak yang baik
melayan anak-anak dengan kasih sayang
memberi nafkah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal
berlaku adil kepada setiap anak-anak. Keadilan hendaklah diratakan kepada anak-
anak.Sifat adil itu sangat hampir dengan takwa.

18. Waktu-waktu haram bersetubuh


Siang hari di bulan Ramadhan
Isteri sedang haid
Dalam ihram
Ketika beriktikaf dalam masjid

19. Talaq
Pengertian Talaq
dari segi bahasa : melepaskan ikatan
dari segi istilah : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq dan
seumpamanya oleh suami kepada isteri.
Contoh lafaz talak:
Talak sarih
Talak kinayah

Jenis talak boleh rujuk: Talak raji

Jenis talak tidak boleh rujuk: Talak bain

20. Hak-hak selepas penceraian


nafkah hanya diberi kepada isteri yang dicerai dengan talak raj'i
isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak
ba'i

Anda mungkin juga menyukai