Anda di halaman 1dari 19

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT

WUDUK
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

Rukun-rukun wudhu'
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

Sembahyang-sembahyang sunat. Thawaf di Baitullah. Menyembahyangkan mayat. Sujud tilawah atau sujud syukur. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Syarat-syarat Wudhu' Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH

BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu') Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan). Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT lakukan sebanyak - 3 Kali.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA

DARI TELINGA KIRI-KANAN MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA

2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurangkurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI

MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

HUJUNG JARI HINGGA SIKU

MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI 5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celahcelah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri,

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT 6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'

SOLAT/ SEMBAHYANG
Syarat dan Rukun Sembahyang Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:Orang Islam.

Sunat-sunat wudhu' Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-

Menghadap ke arah Kiblat. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim". Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'. Berkumur atau bersugi. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali. Menyapu air ke kepala. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata. Menjelai jari-jari tangan dan kaki. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba. Berjimat ketika menggunakan air. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'. Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Menghadap arah Kiblat Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. Akil baligh Melihat atau mendengar. Jaga (tidak tidur) Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang Syarat-syarat sah sembahyang ialah: Sesudah masuk waktu sembahyang. Menghadap ke arah Kiblat. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:Batal Wuduk. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). Terbuka Aurat. Melangkah, tiga langkah berturut-turut. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. Tertawa Terbahak-bahak. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. Berubah Niat. Mendahulu Imam sampai dua rukun. Meninggalkan rukun Sembahyang.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT

NIAT SOLAT
Berikut adalah niat sembahyang 5 waktu yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim. Niat tersebut hendaklah dilakukan sebelum emmulakan sesuatu solat. Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

Niat Sembahyang Subuh :

Niat Sembahyang Asar : Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Zohor :

Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT Niat Sembahyang Maghrib : Niat Sembahyang Jumaat :

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.

Niat Sembahyang Isya' :

Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT CARA MENGERJAKAN SOLAT Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan kerah badan.

NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)

Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu (isyak) empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. # gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor) * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbanam di Malaysia atau arah Barat) Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.

Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika memasang niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat takbir.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)

TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas.

Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang. Lelaki - di bawah telinga Perempuan - di bawah paras bahu

Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekalikali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT

Perempuan - Tangan di atas

Lelaki - Tangan memegang

Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

TERUSKAN DENGAN MEMBACA

Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

A'uzubillahi minassyaitanir rajim. Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

SURAH AL-FATIHAH

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT TAKBIR KERANA RUKUK BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

Bismilla hirrahma nirrahim. Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar. Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT RUKUK TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali) Maksudnya: Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas. Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan ke badan.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah. Rabbana lakalhamdu. Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang pertama.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI MELUTUT

SUJUD PERTAMA TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT TAHYAT AWAL DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL

SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KETIGA) TANPA MENGANGKATANGAN TERUS BACA SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9) DUDUK SEPERTI MELUTUT

SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI BANGUN DAN SILA ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYA SEHINGGA RAKAAT KEEMPAT

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT TAHYAT AKHIR DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT

Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

SALAM KE KANAN DAN KE KIRI

Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam. * jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.

Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam

Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut. Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah. j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT DOA QUNUT Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya. Solat Berjemaah - Saf Didalam Solat: Kedudukan, Perintah Dan Tuntutannya Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang. (Hadis Riwayat an-Nasai) Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya. (Fatawa Ibni Baaz, 11/205) Posisi Makmum di Dalam Solat 1 Kedudukan Saf Secara Umum Bagi Lelaki Dan Wanita. Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburukburuknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan. (Hadis Riwayat Muslim)

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT Imam samping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang beliau (Hadis Riwayat Muslim) Makmum lelaki Jika tiga orang makmum atau lebih solat bersama imam, maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan para ulama. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu banyak untuk disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam, kerana tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam tersebut berada di depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapa berada di depan imam maka batal solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur dan Daud membolehkannya, jika tempat terlalu sempit. 4 Solat seorang wanita bersama imam lelaki.

Makmum perempuan

1 - Imam (Depan), 2 Makmum Lelaki (Belakang Imam, Depan Saf Wanita), 3 Makmum Wanita (Belakang) 2 Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum. Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan dari Anas, Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang mereka. (Hadis Riwayat Muslim) Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil posisi tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah kanannya. (al-Mughni, Ibnu Qudamah) Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.

1 Imam (Kiri), 2 Makmum (Kanan) 3 Solat dengan dua orang makmum (atau lebih) bersama imam. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah al-Anshaari: Rasulullah s.a.w. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datang dan berdiri di samping kiri beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian datang pula Jabbar bin Shakr r.a., ia berwudhu lalu mengikuti solat kami, ia berdiri di

1 Imam (Depan), 2 Makmum Wanita (Belakang)

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul 1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut: Dari Numan bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya. (Hadis Riwayat al-Bukhari) 2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat. 1 Depan Imam (Kiri), Makmum Lelaki (Kanan), 2 Belakang & Tengah (Saf Wanita) 5 Solatnya seorang wanita bersama kaum wanita yang lain. Dari Anas bin Malik r.a. berkata: (Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Diriwayatkan dari Hajirah, dari Ummu Salamah, Bahawa ia mengimami mereka, dan ia berdiri di tengah-tengah mereka. (Hadis Riwayat Abdurrazzaq) Jika seorang wanita solat mengimami jamaah kaum wanita, maka ia berdiri di tengah-tengah mereka dalam keadaan satu barisan (saf) bersama yang lainnya. Hendaklah ia tidak maju (mengambil posisi ke hadapan). Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat. (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat. (Hadis Riwayat al-Bukhari) Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. -Targhib wa at-Tarhib)

Betul Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah Kaki tidak lurus ke hadapan

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

BUKU PANDUAN KEM BESTARI SOLAT 3 Menutup ruang/celahan di antara saf. Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai, & Ahmad. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celahcelah saf, sebagaimana masuknya anak kambing. (Hadis Riwayat Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud. 4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul. Dari an-Numan bin Basyir: beliau berkata, Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda: Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian. (Diriwayatkan oleh Muslim)

Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini

j-QAF SK SUNGAI KAJANG

Anda mungkin juga menyukai