Anda di halaman 1dari 6

DOA UNTUK ORANG TUA..

0 comments Posted by kasih4u at 6:46 AM

DO'A UNTUK ORANG TUA Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkanlah hatiku untuk mereka. Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan, atau kesusahan yang mereka derita karena aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, jadikanlah itu semua Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka, Meningginya kedudukan mereka dan Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda. Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul Bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih. posted by mushahidah .............................. NOTA KASIH: KUTIPAN DARI:
From: newsfowarder <3@pendekarblogger.com> Add to Contacts To: MalaysiaNews@yahoogroups.com; TemanHidup@yahoogroups.com Cc: ReSpeKs2008

TERIMA KASIH KERANA PERKONGSIAN ILMU....

Labels: DOA KASIH SAYANG

Saturday, May 8, 2010


Doa ketika tawaf..
2 comments Posted by kasih4u at 8:18 AM

Bismillah hirrahma nirrahim... DOA Tawaf pusingan 1 Maha Suci Allah dan segala kepujian itu adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Allah yang Maha Agung, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasul Allah s.a.w. Ya Allah Tuhanku! Aku kerjakan ibadah ini kerana beriman kepada Engkau dan membenarkan kitab dan menyempurnakan janji dengan Engkau dan menurut perjalanan (sunah) Nabi Engkau dan kekasih Engkau Syaidina Muhammad s.a.w. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon keampunan dariMu, kesihatan yang sempurna dan kesejahteraan yang berkekalan dari bala bencana sama ada terhadap agama, dunia dan akhirat serta mendapat kejayaan dengan beroleh syurga dan keselamatan daripada api neraka. ...................... DOA Tawaf pusingan 2 Wahai Allah! Sesungguhnya Kabah ini rumahMu, Tanah Haram ini, milikMu, keamanan yang ada ini kepunyaanMu. Aku ini adalah hambaMu, dan anak hambaMu, disinilah (tanah suci) tempat orang yang berlindung denganMu dari api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya. Wahai Allah! Jadikanlah diri kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di dalam hati sanubari kami dan jadikanlah kami daraipada golongan orang-orang yang benci kepada kufur, derhaka dan masiat, jadikanlah kami dari golongan mereka yang bijak. Wahai Allah! Peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakan kepadaku syurga tanpa penghisaban. ..................... DOA Tawaf pusingan 3 Wahai Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada ragu-ragu, syirik, permusuhan, munafik, perangai jahat, pandangan buruk dan daripada perubahan yang tidak baik terhadap harta benda, isteri dan anak. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati. .......................... DOA Tawaf pusingan 4

Wahai Allah, ya Tuhanku, jadikanlah hajiku Haji Mabrur (haji yang diterima) usaha yang disyukuri, dosa yang diampunkan, amal soleh yang diterima dan perdagangan yang tidak rugi. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkan diriku daripada gelap gelita ke dalam nur cahaya terang benderang. Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon daripadaMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, memperolehi segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuas hati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatilah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan apa yang lebih baik daripada Engkau. ........................... DOA Tawaf pusingan 5 Wahai Allah, ya Tuhanku! Kurniakanlah untukku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan kurniakanlah kepadaku minum dari kolam Nabi Muhammad s.a.w satu minuman yang sedap dan lazat di mana kami tidak akan mengalami kedahagaan sesudahnya selama-lamanya. Wahai Allah, ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon dariMu kebaikan sebagaimana yang dipohon oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan sepertimana yang telah dipohon perlindungan darinya oleh NabiMu junjungan Muhammad s.a.w. Wahai Allah, ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu syurga dan nikmatnya dan daripada apa juga perkara yang menghampirkan aku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Aku berlindung denganMu daripada neraka dan daripada apa-apa juga perkara yang menghampirkan aku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. ........................... DOA Tawaf pusingan 6 Wahai Allah, wahai TuhanKu, sesungguhnya hak-hakku terhadapMu sebagaimana banyaknnya hak-hakMu terhadap makhlukMu. Oleh itu, ampunilah aku dan ampunilah juga apa-apa kesalahan di antara ku dengan makhlukMu, maka aku memohon dariMu supaya Engkau mempertanggungjawabkan ke atasku. Dan kayakan daku dengan apa yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu daripada pemberian yang lain. Wahai Tuhan Yang Maha Luas Kemapunan. Wahai Allah, wahai tuhanku, sesungguhnya Baitullah ini Maha Bear, zat Engkau itu Maha Mulia dan Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah-Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan, maka ampunilah dosaku. ........................ DOA Tawaf pusingan 7 Wahai Allah, wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, taubat yang sebenar sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dinisabkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan daripada neraka, dengan belas kasihanMu ya Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Yang Maha Pengampun, ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku dan masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. .......................... Doa dari RUKUN YAMANI menuju ke GARISAN HAJAR ASWAD Wahai Allah, ya Tuhan, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta hindarkanlah kami ini daripada seksa azab api neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syrga bersama-sama orang yang berbuat kebaikan. Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan yang mentadbirkan seluruh Alam. ~amin ya rabbal 'alamin.. ................. nota kasih: semoga Allah memudahkan bagi kita tiap urusan hidup dunia dan akhirat kita..semoga Allah menitipkan kita hati yang bersih dan kekayaan hati..agar hanya cinta kasih dan rahmat Allah yang ktia harapkan di dunia dan di akhirat..amin. Labels: DOA KASIH SAYANG

Doa selepas Solat sunat di Hijr Ismail

0 comments Posted by kasih4u at 7:50 AM

Bismillah hirrahma nirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam, yang memerintah hari pembalasan, padaMu kami sembah dan padaMu kami memohon pertolongan... Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, aku adalah hambaMu, aku berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan sedaya upayaku. Aku memohon perlindungan denganMu daripada dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah kiranya dosaku itu, kerana tiada siapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga. Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu yang soleh. Wahai Allah dengan nam-namMu yang Maha Suci dan Mulia dan sifat-sifatmu yang tinggi, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran dan belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan Sunnah dan Jemaah dengan rasa kecintaan untuk berjumpa denganMu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan. Ya Allah ya Tuhanku, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan pergunakanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkan hatiku daripada fitnah dan sibukkanlah fikiranku untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah aku daripada was-was syitan dan keluarkanlah aku daripada bahaya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab seksa neraka. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, sahabat2 baginda, kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.. ~amin ya rabbal 'alamin. Labels: DOA KASIH SAYANG

Saturday, March 13, 2010


Sejahterakanlah dia..
0 comments Posted by kasih4u at 3:21 AM

Wahai Allah, Lapangkanlah dadaku, kurniakan aku kekayaan hati agar aku dapat menerima segala pemberianmu dengan tabah dan redha Wahai Allah, sejahteralah dia, tenangkanlah hatinya, murahkan rezekinya, ampuni dosa2nya..sungguh jika ada kebaikan aku bermuaamalah dengannya izinkanlah rasa kasih sayang ini selamanyaizinkan aku menjaganya..dalam limpah kasih sayangku..jadikan aku hambamu yang bersih hati tiada prasangka buta..tiada cemburu hasat dan dengki..bersih jiwa dalam membuat kebaikan kerana mu ya Allah..

Wahai Allah.. Kurniakan kepada kami sesuatu yang terbaik agar kami merasa bahagia hidup di dunia dan di akhiratmu..amin ya allah..
Labels: DOA KASIH SAYANG

Sunday, January 10, 2010


Maksud Doa Khatam Quran..
0 comments Posted by kasih4u at 6:06 AM

DOA KHATAM QURAN Ya Allah, rahmatilah kami dengan al Quran, jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya, berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang. jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam. Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup, perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu. Ya Allah, kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib. Ya Allah, kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, teguhkanlah, beratkanlah timbangan kebaikan kami, teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami, terimalah sembahyang kami. kami memohon ketinggian syurgaMu, keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka. Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat. Ya Allah, Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu, keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan pengetahuan paling akhir bagi kami,

janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah mengembirakannya. janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya. Ya Allah, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat, peliharalah kami daripada azab api neraka. selawat dan salam kepada Rasulullah junjungan yang mulia, para keluarga dan sahabat-sahabat baginda, Subha narabi ka rabbil izzati amma ya sifun..wasalamun alal mursalin walhamdulillah hirabbil alamin. Amin ya rabbal alamin. ~salam kasih sayang.. ..................... nota kasih: rajin baca doa ini semoga mendapat keberkatan...insyaAllah semoga Allah memberikan ilmu yang belum dipelajari lagi dan menyampai hajat dan memberi kebahagiaan kepada anda semua di dunia dan akhirat sana..amin.. Labels: DOA KASIH SAYANG Newer PostsOlder PostsHome

PESANAN KASIH
===================================================================================== ~"Kita x perlu mencari mencari seorang manusia yg SEMPURNA utk menjadi TEMAN SEJATI, cukuplah mempunyai Seorg TEMAN yg menjadikan kita SEMPURNA apabila BERSAMANYA.. .. ~Terima lah dia seadanya...apa yg diharapkan kesempurnaan si dia andai kita tidak sesempurna mana....jadi lah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.... :K@SIH S@Y@NG ITU T@ND@ KEKU@S@@N ALLAH: ============================================= Jangan bersedih sebab Allah senantiasa membela anda, para malaikat selalu memintakan ampunan untuk anda, orang-orang mukminin bersatu mendoakan diri anda setiap usai shalat, Nabi Muhammada akan memberikan syafaat, dan dalam Al Qur'an memberikan janji yang baik. Namun di atas segalanya,ada kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih. Jangan bersedih, Sebagaimana Rasulullah bersabda, "Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin." syukurlah kerana anda seorang mukmin yang bertakwa.. Jangan takut pada kesilapan kerana ia mengajar kita erti kehidupan Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit empedu. Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya. Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan

Anda mungkin juga menyukai