Anda di halaman 1dari 1

"Ya Allah, aku ingin memohon kepada Mu beberapa perkara:

Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosaku, ibu bapaku, isteri ku serta anak2 ku


dan ahli keluargaku. Tingkatkanlah iman kami dari hari ke hari dan matikanlah
mereka semua dalam keadaan beriman.
Ya Allah kau ampunilah dosa2 allayarhammah Madznah bt mansor, kau
tempatkan la dia ked lm syurga firdaus mu bersama sahabat2 mu dan angkat
lah darjatnya yg tertinggi. Halalkan lah segala hutang2 serta makan minumnya
sekiranya masih ada.

Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang


sempurna, panjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka
dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal
ibadah kepada Mu.

Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anak aku,


anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anakku di
dunia dan di akhirat serta apa jua bidang yang diceburi

Ya Allah, bantulah aku dalam pekerjaan dan perniagaan yang dijalankannya.


Kurniakanlah aku rezeki yang banyak, halal dan berkat. Kau kurniakanlah aku
rezeki yang tidak pernah putus2, rezeki yg banyak, kesihatan yang baik
Jauhkan aku dari rezeki yang haram dan syubhah. 

Ya Allah, berilah kekayaan yang melimpah ruah kepada aku, Jadikan lah aku
seperti mereka2 yang Berjaya diluar sana, mudah-mudahan dengan kekayaan
itu, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat
Islam serta keluarga aku yang lain.
Ya Allah, lembutkan lah hati anak aku Muhammad Afiq Hazreel Bin Azrul
Hamidy, Nur Afia Qadheeja Bt Azrul Hamidy, dan Muhammad Afeef Harraz B
Azrul Hamidy utk mendengar kata2 aku dan isteri, utk Berjaya dunia akhirat,
menjadi anak yg soleh dah solehah Berjaya dlm pembelajaran dan kehidupan
utk kejayaan keluarga, agama bangsa dan negara

Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilih aku utk pergi menunaikan Haji
serta di jemput kesana.

Ya Allah, inilah hajat yg aku ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah
rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat aku ni.

Amin Ya Rabbal Alamin."

Anda mungkin juga menyukai