Anda di halaman 1dari 7

DOA TAWAF WIDAQ

Ya Allah segala puji-pujian untukMu Ya Allah Ya


Ghaffar Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Quddus
Di hadapan pintu Kaabah ini dengan rasa rendah diri
aku merakamkan kesyukuran tidak terhingga
kepadaMu kerana Engkau telah memudahkan segala
urusanku sepanjang kehidupan hari-hariku di
Baitullahilharam ini menunaikan ibadah solat dan
umrah. Yang telah Engkau bawa dalam hal yang
Engkau sendiri mudahkan sehingga engkau
jalankanku dinegeriMu ini..

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau


telah memelihara kesihatanku dan ahli rombongan
kami selama beberapa hari kami di sini. Aku
bersyukur kepadaMu kerana aku tidak diuji dan
diduga dengan sesuatu yang tidak mampu aku
tanggungi sepanjang hari-hariku di Tanah Suci ini.
Engkau telah menyampaikanku dengan nikmatMu
dalam menolongku menunaikan ibadah umrah kali ini.

Ya Allah sebentar lagi akanku meninggalkan tempat


yang penuh kedamaian dan ketenangan ini pulang ke
negaraku bagi meneruskan melaksanakan
tanggungjawabku sebagai hambaMu, suami/isteri,
anak, ayah/ibu, rakan dan pekerja. Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim Allah Humma Tuhan yang
memberi perlindungan, lindungilah diri ini.

Engkaulah penjagaku dalam perjalanan memelihara


kesejahteraan ahli keluargaku dan sahabat handaiku,
keselamatan harta bendaku, kelancaran pekerjaanku
semasa ketiadaanku.
Ya Rabb Aku memohon kepadaMu agar ziarah kali ini
bukanlah terakhir buatku andai ajalku masih jauh.
Jemputlah lagi diri ini. Bahkan ku memohon padaMu
agar dimurahkan rezekiku supaya dapat lagi diri ini
kembali ke rumahMu Baitullahilharam berulangkali
bersama ana-anakku ahli keluargaku saudara maraku
sahabat handaiku menyertai mukminin dan mukminat
muslimin dan muslimat dari serata dunia
mengabdikan diri menyaksikan pengakuan syahadah,
bertaubat kepadaMu, permohonan keampunanMu,
ibadat yang bersungguh-sungguh khusyuk dan
tawadduk keranaMu, lafaz kesyukuran atas setiap
rahmat nikmat dan rezeki kurniaanMu dan kata puji-
pujian hanya milikMu di depan Kaabah yang mulia ini.

Allah Yang Maha Mendengar perkenankanlah doa-


doa yang kupohon dan sampaikan di rumahMu ini.
Allah Yang Maha Perkasa tutuplah segala kelemahan
dan keaibanku. Ya Rahim kasihilah diri ini..
Sesungguhnya Allah menepati janjiNya dan sentiasa
menolong hambaNya. Ya Allah ku memohon
kepadaMu, ampunkanlah dosa-dosaku sekiranya aku
ada melakukan syirik kepadaMu sama ada dalam
sedar atau alpa. Jika ia berlaku, ia bukan atas
kemahuanku tetapi kejahilanku yang menyebabkan ia
terjadi.

Ya Allah Pencipta cakerawala, ampunkanlah dosa-


dosa syirik yang kulakukan. Ya Allah Pemilik
kebaikan abadi, baikilah setiap urusanku dan
jauhkanlah diri ini daripada kehampaan kesusahan
dan kehinaan di dunia dan azab seksa di akhirat.
Allahu Rabbi peliharalah diri ini dari segenap penjuru
di kiri di kanan di hadapan di belakang di atas dan
dibawah dan janganlah pula Engkau menjauhkan
diriku dari rahmatMu.

Ya Rahman, sesungguhnya aku berlindung


denganMu daripada segala kedukaan kelemahan
kemalasan pengecut kikir kedekut penghutang hasat
dengki dan kekerasan musuh.

Allah Yang Maha Berkuasa menghancurkan musuh2


kami dan musuh2 Islam, hancurkanlah niat hasad
dengki dan iri hati mereka dengan kelembutanMu
dan menjadikan mereka kembali kepada IslamMu
yang benar. Bahkan kurniakan nikmat penglihatan
kepadaku agar dapat ku lihat mereka yang
menganiayaku dan cubaan menjatuhkanku ke dalam
perangkap fitnah.

Ya Allah sangat-sangat kuharapkan rahmatMu dan


kasih sayangMu dan aku sangat takut akan azab
dan seksaanMu, maka Allahu Rabbi ampunilah
diriku, kasihani dan sayangiku, lindungi dan tutupi
keaibanku, tingkatkan darjatku di syurgaMu,
bersihkan hatiku, sucikan jiwaku, tenangkan fikiranku
dan lapangkan pemikiranku.

Ya Rahman Ya Rahim ampunkan dosa-dosa kedua


ibubapaku. kasihilah mereka seperti mana mereka
mengasihiku ketika aku masih kecil.
Ya Razzak permudahkanlah dan berkatilah urusan
serta kehidupan anak-anakku agar mereka
membesar menjadi muslimin yang beriman
seikhlasnya kepadaMu dan berjaya serta berwang di
dunia yang banyak menyedekahkan harta wang
ringgit, rajin zikir dan beramal ibadat semasa hayat
mereka di dunia. Ya Allah ku memohon padaMu
masukkanlah kami (diriku,*****, anak-anak, ibubapa,
adik beradik ipar duai anak-anak buah saudara mara
sahabat handai guru-guru ketua-ketua muslimin
musimat mukminin mukminat yang ,asih hidup dan
juga yang telah meninggal dunia) ke dalam
syurgaMu tanpa hisab. Jauhilah kami daripada
dimasukkan ke dalam nerakaMu.

Ya Allah, aku memohon padaMu agar tetapkan diriku


dalam menjaga urusan agama Islamku dan tetapkan
keimananku kepadaMu

Ya Quddus. Ya Rahim matikanlah diriku dalam


keadaan husnul khatimah. Jauhkanlah matiku dalam
keadaan suil khatimah iaitu azab sakaratul maut.

Ya Allah akhirkanlah kalam dari mulutku dengan


lafaz kalimah Laa ilahaillallah.. Ya Aziz Ya Ghafar
aku memohon kepadaMu agar menjadikan kuburku
sebagai salah satu taman2 syurgaMu. Jangan
dibiarkan kuburku menjadi salah satu lubang lubang
nerakaMu.

Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa kubur.


Ya Zaljalaliwalikram berilah diriku peluang untuk
minum air daripada telaga AlKauthar. Mudah-
mudahan dengan air tersebut diri ini tidak akan haus
buat selamanya.

Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa di Padang


Masyhar dan berilah kitab catatan amalku ditangan
kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku di
tangan kiriku. Subhanallah, permudahkanlah diri ini
melintasi titian siratul mustaqim.

Permudahkanlah perjalananku mengharungi dugaan


dan pandangan di titian sirat ini agar sampai ke
syurgaMu. Aku sangat rindu untuk bertemu dan
mencium anakku yang telah lama menanti di
syurgaMu. Jauhkanlah diri ini daripada terjatuh ke
dalam lubang nerakaMu..Nauzubillah..

Ya Wahhab Ya Razzaq aku memohon kepadaMu agar


dimurahkan rezekiku daripada rezeki yang halal
banyak dan diberkati padanya seperti yang ku jagka
dan tidak ku jangka sehinggakan tiada sesuatu pun
dari kalangan hambaMu kuperlukan darinya selain
daripadaMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah
untukku, jika rezekiku di dalam atau di permukaan
bumi, keluarkanlah kepadaku, tatkala rezekiku jauh,
Engkau dekatkanlah padaku, Jika rezekiku sukar,
permudahkanlah ia untukku, Jika rezekiku sedikit,
perluaskan dan perbanyakkanlah untukku dalam
keberkatanMu semoga diri ini sentiasa menjadi
hambaMu yang bersyukur kepadaMu. YA Allah
sebaliknya jauhkanlah diri ini daripada rezeki yang
haram dan bersifat syubhah.
Ya Allah aku memohon padaMu untukku berkongsi
pengalaman yang ku lalui sepanjang menunaikan
ibadah umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah ini
bersama *** nak, ibubapa adik beradik saudara mara
dan sahabat handaiku.

Ya Rahman, ceritaku kepada mereka semata-mata


keranaMu. Aku mahu mereka merasai kehebatanMu,
kekuasaanMu, keindahanMu dan keberkahanMu yang
kurasakan sepertimana juga kelembutanMu dan kasih
sayangMu bertapa dekatnya Engkau pada hambaMu
ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaku dan
khususnya mereka yang belum pernah menjejakkan
kaki di Tanah Suci ini. Semoga diriku dan jiwaku
dilembutkan dan terbuka untuk menunaikan haji pula
dengan segera..

Semoga ceritaku memberi pengajara keinsafan


kesedaran keazaman dan pemangkin kepada mereka
untuk sama-sama mendekatkan diri kepadaMu
sentiasa. Semoga kami menjadi hambaMu yang
soleh. Ya Allah limpahkanlah rahmatMu kepadaku
sebagaimana yang telah Engkau limpahkan kepada
hambaMu yang soleh dan taat.

Ya Allah jauhkan diriku daripada sifat dan perasaan


riak dan bangga diri semasa bercerita nanti. Sekiranya
terdetik jua perasaan itu di hatiku, ampunanMu
kupohon. Aku hanyalah hambaMu yang hina tetapi diri
ini tiada daya upaya dan kekuatan menanggung azab
siksaMu melainkan Engkau mengizinkan dan
mengampuni dosa-dosaku.
Ya Rabbi aku memohon padaMu agar diberi
kekuatan dan keazaman untuk istiqamah
melaksanakan amal ibadahku apabila tiba di
Malaysia kelak. Semoga diri ini dapat istiqamah solat
berjemaah, kekal puasa pada Isnin dan Khamis,
mendirikan solat-soalt sunat seperti Dhuha,
Tahajjud, taubat dan witir, membaca ayat-ayatMu
daripada kitab AlQuran dan tafsirannya dengan
sempurna setiap hari, diringankan tangan dan
anggota badan untuk bersedekah setiap hari dan
menjadi pendidik dan pembimbing di jalan yang
benar untuk menegakkan dan memperjuangkan
agamaMu.

Ya Allah sungguh banyak lagi doa yang ingin


kupohon dariMu. Namun aku juga memohon doa-
doa sepertimana doa-doa yang dipanjatkan oleh
Nabi kami yang ummi iaitu Nabi Muhammad saw
dan doa yang ditolak oleh baginda Rasulullah saw
juga ku menolaknya.

Berikanlah yang terbaik untuk ku dan ** anak


ibuayah keluarga saudara mara dan sahabat handai
kami serta mukminin dan mukminat sekalian dalam
kehidupan kami di dunia dan akhirat.

Salawat dan salam sejahtera kepada hambaMu,


pengutusMu, kekasihMu dan Nabi kami Nabi
Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat
baginda sekalia,

Segala pujia2an hanya milikMu Ya Rahman.

Anda mungkin juga menyukai