DO
AM
AM
AD
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan
Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan
cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu.
Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu.
Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan
yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku
daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil
Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk
diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-
nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan &
kemurungan.
Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang
perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku.
Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka
dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk.
Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan
perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al
Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga).
Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu
di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan
rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah
ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam
berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara.
Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam
golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang
baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-
kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang
soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal
jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan
solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada
manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran,
perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah
dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat
masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga
mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari
lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami
yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan
eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan
limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka,
permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan
perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau
Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.