Anda di halaman 1dari 31

AL-FATIHAH

BACAAN TAHLIL
Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami hulurkan kedua tangan kami yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim..


Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, kami
memohon kepadaMu Ya Allah agar Engkau bantulah mereka, permudahkanlah
urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati,
berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan
kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka,
dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang
diuji dengan sakit, maka
Kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.
Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau
terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka, jadikanlah
kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg
Maha Mendengar dan Mengasihi…
Allahumma Ya Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkanlah dada kami,
permudahkanlah urusan kami, berikanlah kami ganjaran yang besar, muliakanlah akhlak
kami, luaskanlah rezeki kami dan terangilah hati dan kubur kami, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, ganjarilah kami atas bacaan kami ini dengan ganjaran yang melimpah ruah dan
pahala yang besar daripadaMu. Terimalah daripada kami dengan kurniaMu dan kasih-
sayangMu sebagai penerimaan yang berkat lagi indah.
Ya Allah, jadikanlah pahala apa yang kami baca, keberkatan apa yang kami lafazkan, selawat
kami kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai hadiah dari kurniaan rahmatMu, kami
persembah dan hadiahkan kepada hadrat Nabi s.a.w. demi menambahkan lagi kemuliaannya
yang telah sedia agung.
Termasuklah kepada roh-roh datuk nenek dan saudara maranya dari kalangan nabi-nabi dan
rasul- rasul. Juga kepada para pemimpin kami dari kalangan khulafa ar-Rasyidin serta kepada
semua sahabat, kaum kerabat, para tabiin dan orang-orang yang mengikut mereka dengan
kebaikan sampai ke hari akhirat.
Ya Allah, jadikanlah ganjaran pahala seumpama demikian ini di
samping anugerah tambahan dan kasih sayang redaMu kepada ruh
Al-Marhum dan Al Marhumah yang telah diisi dlm portal AYU yang
kami berkumpul di sini kerana mereka dan membaca ayat-ayat al-
Quran untuk mereka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui
tentang diri mereka dan nama mereka dan Engkaulah Tuhan yang
Maha Kaya dalam melepaskan mereka daripada seksaan dan
azabMu, Ya akramal akromin.
Ya Allah, sampaikanlah pahala itu kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang
benderang di hadapan mereka dan dengan rahmatMu Ya Allah kurniakanlah anugerahMu
kepada mereka. Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai rahmat yang
amat luas. Ampunilah mereka dengan keampunan yang meliputi semua dosa. Ya rabbal a-
lamin.
Allahummaghfirlahu-warhamhu-wa-afili-waxfu anhu (ha/hum) Ya Allah, ampunkanlah
mereka, rahmatilah mereka, hindarilah mereka daripada keburukan dan maafkan mereka.
Muliakanlah pertemuan mereka, luaskanlah laluan mereka, mandikanlah mereka dengan
kesejukan mandian rahmatMu, bersihkanlah mereka daripada kesalahan-kesalahan
sebagaimana pakaian yang putih yang dibersihkan daripada kekotoran. Anugerahkanlah
untuk mereka rumah, keluarga dan pasangan yang lebih istimewa. Masukkanlah mereka ke
dalam syurga dan hindarilah mereka daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab
neraka.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau lindungilah kami yang kerdil ini dari segala musibah


Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak
penyakit terutamanya virus covid- 19, taun, pelbagai
perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan
yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah,
negara kami ini, dan negara umat Islam daripada segala
bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke
atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi
perkenan.
SELAWAT
TAFRIJIAH

Anda mungkin juga menyukai