Anda di halaman 1dari 1

Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa sahabat2 kami dan dosa

umat islam
seluruhnya. Kami rafakkan setinggi2 kesyukuran kepadamu ya Allah, kerana telah mengizinkan kami dapat
bersama2 dalam majlis

Kami memohon kepadamu ya Allah agar permudahkanlah segala urusan kami, segala kerjabuat kami, urusan
belajar kami, mudahkan laluan ilmu kami ya allah

Ya Allah, Tuhan kami Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi
Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi
Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan
berkat Al-Quran.

Ya Allah! Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan
rahmat untuk kami.
Ya Allah! Ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan dari Al-Quran. Dan ajarlah kami apa yang kami tidak
tahu tentang isi Al-Quran. Dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan
siang. Dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah! Hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran.
Dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Dan pakaikanlah kami dengan permata Al-Quran.
Masukkan kami ke dalam Syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan
azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah! Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan
yang mesra. Pada hari kiamat sebagai pembantu dan sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke Syurga
sebagai teman dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka.
Dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan. Dengan limpah kurnia,
kemurahan dan kemuliaan-Mu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah!Tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab
kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah
dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!Tuhan yang empunya segala macam kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan
sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah! Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dah ihsan.


Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api
neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta
keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan selamat
sejahtera kepada sekelian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Tautkanlah hati2 kami dalam kalangan Keluarga SKBE ini. Suburkanlah kerjasama
antara kami, rapatkanlah ukhuwwah antara kami, Jika ada dalam kalangan kami sedang sakit, kau sembuhkanlah
ya Allah, jika ada dalam kalangan kami dalam keadaan banyak masalah, kau rungkaikan ia Ya Allah, jika ada
dalam kalangan kami ditimpa musibah dan bencana, Kau lorongkan jalan keluar dan penyelesaian ya allah,
jadikanlah kami hambamu yang cemerlang di dunia, dan juga berbahagia diakhirat kelak. Bantu kami menuju
kehidupan yang cemerlang diakhirat, seterusnya ke syurga firdausmu.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kami berada pada 10 malam akhir di bulan Ramadan yang padanya terdapat satu
malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Justeru itu, Kau anugerahkan kami bertemu malam Al-Qadr itu, dan
jadikanlah Ramadan kami kali ini lebih balik dari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai