Anda di halaman 1dari 32

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SEKOLAH ….
DOA KHATAM AL-QURAN
DOA KHATAM
• Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ia sebagai
pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah,
ingatkanlah apa-apa yang kami lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-
apa yang belum kami ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepada
kami untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung
siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan sekalian alam. 

• Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah


penjaga urusan kami. Perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di
dalamnya kami hidup. Perbaikilah bagi kami akhirat kami, kerana ia
tempat kembali. Jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala
kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami
daripada segala kejahatan. 
• Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya, dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi
kami adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, kami memohon
kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan
tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

• Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,


sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik
amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik
kematian,. Teguhkanlah kami, beratkanlah timbangan kebaikan kami,
teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami. Terimalah
sembahyang kami, ampunilah segala kesalahan kami. kami memohon
ketinggian syurgaMu.
• Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu
dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa,
kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan
daripada neraka. 

• Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah


kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

• Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat


menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang
dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat
memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan
kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama
hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan
kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang
yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami
yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau
berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi
kami. 
• Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami
melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau
tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah
menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang
kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat
pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang
Maha Mengasihani. 

• Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan


kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api
neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada
junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan
kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang
baik. Amin.
• Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam
kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah
ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami
apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat
membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai