Anda di halaman 1dari 2

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Puji-pujian yang melengkapi segala


tempatnya, dan membalas segala limpah kurnianya. Ya Allah ya Tuhan kami, untukMu jua segala puji-
pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat
yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuru-haraan, Engkau
tunaikan dengan sebab selawat itu daripada segala macam maksud dan hajat. Engkau bersihkan kami
dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-
jauh tujuan kebajikan baik semasa kami hidup mahu pun sesudah kami mati.
Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujiMu sebagaimana Engkau sendiri memuji-
muji akan zatMu.
BagiMu kepujian sebelum keredaanMu, bagiMu kepujian sewaktu keredaan dan bagiMu kepujian
selepas keredaan.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wassalam dalam kerajaanMu yang maha tinggi hingga hari kiamat, cucurilah rahmat dan sejahtera atas
junjungan kami hinggalah Engkau mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya.
Engkaulah Tuhan sebaik-baik yang mewarisi.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimakanlah pahala segala yang telah
kami baca daripada ayat-ayat al Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir, dan juga
perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini sebagai hadiah yang sempurna sampai
daripada kami dan sebagai rahmat daripadaMu yang mencucurinya, berkat yang meliputi, sedekah
yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad
bin Abdullah sallallahu alaihi wassaalam, serta isteri-isteri baginda, keluarga, sahabat-sahabat,
pengikut-pengikut, dan pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut baginda dari masa ke masa
hinggalah hari kiamat.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi serta ihsan yang berlebih-
lebih kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka kami berkumpul di sini,
lebih istemewa lagi kepada roh Allahyarham ibu dan ayah kami, kaum keluaga kami, guru-guru kami,
jiran tetangga kami, dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.
Persampaikanlah ya Allah pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut tadi daripada kami kepada roh-
roh mereka dan jadikan pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya menerangi dan bersinar di
hadapan mereka. Gandakan ya Allah akan rahmat dan keredaanMu kepada kami dan juga roh-roh
mereka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu perisai
mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab
neraka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkan mereka serta
maafkanlah mereka. (3X)
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan
saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan,
masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang
memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta
tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan
liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang
berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak
terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi
keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu
nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati
syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.
Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-
sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Allahumma Ya Allah, dengan al-Quran yang agung ini, Engkau lapangkanlah dada kami,
permudahkanlah urusan kami, berikanlah kami ganjaran yang besar, muliakanlah akhlak kami,
luaskanlah rezeki kami dan terangilah hati dan kubur kami, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, ganjarilah kami atas bacaan kami ini dengan ganjaran yang melimpah ruah dan pahala yang
besar daripadaMu. Terimalah daripada kami dengan kurniaMu dan kasih-sayangMu sebagai
penerimaan yang berkat lagi indah.
Ya Allah, sampaikanlah pahala itu kepada mereka. Jadikanlah ia cahaya yang terang benderang di
hadapan mereka dan dengan rahmatMu Ya Allah kurniakanlah anugerahMu kepada mereka.
Rahmatilah mereka dengan al-Quran yang agung ini sebagai rahmat yang amat luas. Ampunilah
mereka dengan keampunan yang meliputi semua dosa. Ya malikaddunya wal akhirah. Ya rabbal a-
lamin.
Allahummaghfirlahu-warhamhu-wa-afili-waxfu anhu (ha/hum) Ya Allah, ampunkanlah mereka,
rahmatilah mereka, hindarilah mereka daripada keburukan dan maafkan mereka. Muliakanlah
pertemuan mereka, luaskanlah laluan mereka, mandikanlah mereka dengan kesejukan mandian
rahmatMu, bersihkanlah mereka daripada kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian yang putih yang
dibersihkan daripada kekotoran. Anugerahkanlah untuk mereka rumah, keluarga dan pasangan yang
lebih istimewa. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dan hindarilah mereka daripada azab kubur dan
ujiannya serta daripada azab neraka.
Ya Allah, jadikanlah juga pahala seumpama yang demikian itu dalam suratan kami dan dalam suratan
ibu bapa kami, guru-guru kami, mereka yang ada bersama kami dan yang tidak bersama kami, mereka
yang masih hidup di kalangan kami atau yang telah mati, juga kepada umat Islam seluruhnya.
Ya Allah perelokkanlah kesudahan kami dalam segenap urusan. Hindarkanlah kami daripada kerugian
dunia dan azab di akhirat, Ya rabbal a-lamin.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang dipelihara.
Janganlah kiranya Ya Allah dijadikan siapa sahaja di kalangan kami atau yang bersama kami
mendapat kecelakaan dan terhalang dari rahmatMu.
Ya Allah, pimpinlah orang yang kurang baik di kalangan kami kepada orang yang berbuat kebaikan
dan yang cuai kepada yang beramal. Janganlah dijadikan kami hidup dalam kelalaian dan janganlah
dihukum kami dalam keadaan terpedaya. Jadikanlah perkataan kami yang terakhir tatkala sampai ajal
kami kalimah La ilaha illallah. Matikanlah kami di alas kalimah itu tanpa terfitnah, tanpa sesat dan
menyesatkan, tanpa mengubah dan memindanya. Cukuplah Engkau untuk kami dan Engkaulah
sebaik-baik pelindung. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan
Maha Agung.

Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhiratjuga kebaikan serta
hindarkanlah kami daripada azab neraka.

Anda mungkin juga menyukai