Anda di halaman 1dari 2

Doa Yang Baik Diamalkan Pada Waktu Pagi

Ya ‫ هللا‬Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya ‫ هللا‬semoga Engkau sudi mendengar permintaan
kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

Ya ‫ هللا‬bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya ‫ هللا‬takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

Ya ‫ هللا‬bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya ‫ هللا‬.

Ya ‫ هللا‬sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya ‫ هللا‬ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya ‫ هللا‬.

Ya ‫ هللا‬, jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Ya ‫ هللا‬kami percaya Ya ‫ هللا‬Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.
Ya ‫ هللا‬, dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke
syurga.

Ya ‫ هللا‬Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk
mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya ‫ هللا‬.

Ya ‫ هللا‬sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya ‫ هللا‬, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami
tempat yang istimewa di syurgaMu Ya ‫ هللا‬.

Ya ‫ هللا‬janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.

Tapi Ya ‫ هللا‬, andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman,
menerangi kasih sayangMu.
َ
Ya ‫ هللا‬Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin
muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya ‫ هللا‬.

Anda mungkin juga menyukai