Anda di halaman 1dari 5

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya


dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya.
Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala
pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan
kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah,
cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin
serta Al-Quran yang penuh hikmah dan
dengan berkat orang yang Engkau pilih
untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian
dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga
keberkatan atas segala yang dibawa oleh
Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang
Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.
Kami pohon keberkatan dengan khasiat
huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna
serta dengan apa yang Engkau zahirkan
penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang
nyata. Dan dengan kehalusan serta
kelembutan-Mu yang menenangkan setiap
keresahan dan membebaskan setiap yang
terpenjara.
Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan
dan semua mata air. Wahai Tuhan
pemilikannya hanya antara huruf kaf dan
nun(kun) dan yang mengetahui segala

sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon


pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan
kepada kami rezeki dengan keredhaanMu.
Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat
kami kebahagiaan dan kekayaan.
Engkau mudahkanlah segala hajat dan
permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang
daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu
yang sentiasa memperoleh kejayaan dan
kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami
golongan yang menagih rezeki dari orang
lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburukburukkan kami. Engkau pandulah kami
dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu
sebagai teman dan sahabat kami.
Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian
dan kehebatan serta perkenankanlah doa
kami dengan kadar segera. Ya Allah
perkenankanlah doa kami. Jadikanlah
harapan kami sebagai realiti dan
masukkanlah kami ke dalam benteng
anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia
firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia
menghendaki adanya sesuatu hanyalah
dengan Dia berfirman kepada perkara itu,
jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha
Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya
kekuasaan memiliki dan menguasai segala
sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua
dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap


yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci
Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa
dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikanNya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha
Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu
memadai hanya dengan Dia mengatakan
"jadi!" maka jadilah ia
Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita,
hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan
dukacita, hilangkanlah. Wahai yang
menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari
kami kesusahan, dukacita dan segala
masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha
Hidup dan berdiri dengan sendiri.
Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli
keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan
segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta
alam.
kami mohon dengan kebesaran dan kehebatanMu
Ya Allah agar Engkau mengurniakan kepada kami
sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudahmudahan kami akan menjadi anak didik yang
sentiasa menghormati guru-guru kami ,
mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami,

sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan


guru-guru, semoga kami menjadi insan yang
sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan
negara tercinta .
Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih
untuk beramal dengan AlQuran, sinarilah hatihati kami dengan keenakan dan kelazatan
membaca ayat-ayatMu. Basahilah lidah kami
dengan sentiasa menyebut ayat-ayatMu dan
lapangkanlah dada kami bagi menerima dan
beramal dengan segala titah perintahMu.
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarkanlah kami bagaimana memberi
sebelum meminta
Berfikir sebelum bertindak
Santun dalam berbicara
Tenang ketika gundah
Diam ketika emosi melanda
Bersabar dalam setiap ujian

Ya Allah Ya Rabbi..
Jadikan kami orang yang selembut Abu Bakar
as-Siddiq
Sebijaksana seperti umar al-Khatab
Sedermawan uthman bin affan
Sepintar ali abi thalib
Sesederhana bilal dan setegar Khalid al-walid

Anda mungkin juga menyukai