Anda di halaman 1dari 7

Tafakur Alam

Tafakur Alam merupakan perbuatan yang diperintahkan dalam agama dan


ditunjukkan bagi mereka yang memiliki pengetahuan untuk merenungkan
berbagai fenomena alam. Tafakur berarti bagaimana kita sebagai hamba
Allah selalu memikirkan, merenungi akan kekuasaan Allah yang meliputi
langit bumi beserta seluruh ciptaan-Nya ini, tidak hanya melalui akal
semata tetapi juga disertai dengan zikir & fikir dihati.

Allah SWT Berfirman : "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,


dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orangorang yang berakal, ( yaitu ) orang -orang yang mengingat Allah sambil
berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ), "Ya Tuhan kami,
tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka
peliharalahkami dari siksa neraka.( Q.S 3 Ali-Imran : 190-191 )

Secara umum, objek tafakur adalah memikirkan dan merenungkan


makhluk Allah SWT. termasuk dalam kategori Makhluk Allah ialah alam
semesta beserta segala yang dikandungnya.
Perenungan terhadap gejala alam sangat bermanfaat dalam rangka
mengungkap tanda-tanda kekuasaan Allah sehingga manusia menjadi
tunduk, patuh, dan taat kepada Penciptanya, yaini Allah SWT.
Batasan penting yang harus diperhatikan dalam bertafakur ialah bahwa
kaum Mukminim dilarang memikirkan atau merenungkan Dzat Allah SWT.

Seseorang pernah bertanya kepada Imam Malik bin Anas tentang


bagaimana bersemayamnya Allah ( istawa ) di atas Arrasy, maka sang
imam pun berfikir sejenak lantas memberikan jawaban :
Istiwa' itu telah diketahui maknanya, tetapi bagaimana caranya tidak
diketahui, mengimaninya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah
bidah.
Jawaban Imam Malik ini selanjutnya jadi kaedah yang terkenal di kalangan
para ulama dalam menyikapi persoalan seputar Dzat dan sifat Allah.

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan
dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami
keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula
dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohonpohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandantandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebunkebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan
(bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah
kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang
menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.






Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah
kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari

sebuku

darah

beku,

kemudian

dari

seketul

daging

yang

disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan


secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu
(kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim
(ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu
masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu
berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke
peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang
dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang
dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak
mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan
(ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian
apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
(dengan

tumbuh-tumbuhan

yang

merecup

tumbuh),

dan

gembur

membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang


indah permai.

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia
meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak
menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala
macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami
tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. (surah
Luqman,ayat 10)

ULUL ALBAB:
Satu golongan yang mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran, ilmu
pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati
kejadian Tuhan melalui matahati dan akal yang tajam serta mengambil
ikhtibar darinya.
Ciri-ciri Ulul Albab:
QURANIK~ memahami Al-Quran dan membudayakan akhlak Al-Quran
o Konsep BIFFAS: Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar
Ulul al Bab telah disebut sebanyak 16 kali dalam Al Quran.
BIL

SURAH

AYAT

BIL

SURAH

AYAT

Al- Baqarah

179

Ibrahim

52

Al- Baqarah

197

10

Saad

29

Al- Baqarah

269

11

Saad

43

A-li Imraan

12

Az-Zumar

A-li Imraan

190

13

Az-Zumar

18

Al-Maaidah

100

14

Az-Zumar

21

Yusuf

111

15

Ghaafir

54

Ar-Rad

19

16

At-Talaaq

10

Surah Al Baqarah, Ayat 269

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada


sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan
sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan
kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapatmengambil pengajaran
(dan

peringatan) melainkan

orang-orang

yang

menggunakan

akal

fikirannya.













Surah Yusuf, Ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.
(Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah ceritacerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di
dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai
keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Ulul al Bab - Dari Konsep Ke Realiti
Mengambil inspirasi daripada kehebatan tamadun Islam zaman silam,
kebijaksanaan dan gesaan dari Al-Quran serta syarahan YAB Perdana
Menteri di Universiti Oxford, saya telah memperkenalkan konsep Sekolah
Imtiaz. Keistimewaan konsep ini ialah elemen hafazan dan penguasaan AlQuran dijadikan sebagai asas pembelajaran di samping pembelajaran
mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Setakat ini
empat buah Sekolah Imtiaz telah ditubuhkan di Terengganu iaitu :
1. Imtiaz Besut
2. Imtiaz Dungun

3. Imtiaz Kuala Berang


4. Imtiaz Kuala Terengganu
Setiap orang pelajar akan dilatih untuk menghafal 10 juzuk Al-Quran
setahun. Ini bermakna dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 mereka ini
diharap dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Manakala apabila mereka
berada di tingkatan 4 dan 5, mereka akan melakukan proses ulangkaji
supaya bacaan dan hafazan menjadi lebih lancar.
Apa yang cuba dilahirkan melalui proses ini adalah golongan manusia
yang mempunyai kesepaduan antara duniawi dan pada masa yang sama
mempunyai asas yang kukuh dalam hafazan Al-Quran.
Aktiviti kokurikulum Sekolah Imtiaz termasuklah kelas mempelajari bahasa
Tamil, bahasa Cina, bahasa Arab, seni khat, avionik, sukan berkuda dan
juga kelas seni mempertahankan diri. Semua aktiviti ini dilaksanakan
supaya pelajar yang lahir adalah mereka yang serba boleh (all rounder)
dan seimbang (wholesome).
Sungguhpun demikian, usaha ini mungkin tidak menjamin kelahiran
seratus peratus pelajar yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan cemerlang
dalam

pelajaran.

Kita

menjangkakan

dari

proses

pendidikan

ini,

kemungkinan akan lahir 10 % darinya sebagai Cream of the cream.


Rumusan
Konsep Ulul al Bab bukan satu konsep yang abstrak. Ianya boleh
diterjemahkan ke dalam bentuk realiti melalui sistem pembelajaran yang
diberi nilai tambah. Sesungguhnya Islam itu bukan untuk dikhutbahkan
semata-mata tetapi untuk dilaksanakan. Kita telah berusaha menzahirkan
konsep Ulul al Bab ini melalui Sekolah Imtiaz.
Setakat ini pencapaian pelajar - pelajar Imtiaz dalam peperiksaan
kebangsaan adalah setanding dengan pelajar - pelajar sekolah lain. Malah
para pelajar Imtiaz lebih cemerlang kerana mereka menguasai elemen
hafazan. Namun kajian yang lebih terperinci harus dibuat untuk melihat
prestasi lepasan Imtiaz dan trek kerjaya mereka.

Di masa yang sama, kita juga boleh melihat elemen hafazan dan
kaitannya dengan kekuatan minda (mind power). Satu lagi bidang yang
memerlukan kajian khusus.
Namun dari sudut yang lebih besar, kejayaan program untuk melahirkan
generasi Ulul al Bab bergantung kepada kepimpinan yang dinamik,
komitmen berterusan dari semua pihak, termasuk ibubapa..
Mungkin usaha ini tidak mampu menjawab semua permasalahan umat.
Apa yang kita harapkan ialah pembentukan masyarakat ulul al bab ini
nanti mampu menjana kepemimpinan Muslim yang bertaraf global.

Anda mungkin juga menyukai