Anda di halaman 1dari 4

A SEL AS LAT

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Rasul kami,
Nabi Muhammad SAW semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan)
ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekelian alam,


sebagai pujian yang menyempurnakan nikmat-Nya dan menyanggupi pertambahannya. Wahai Tuhan kami bagi Engkau
pujian seperti mana yang selayaknya bagi kemuliaan Zat Engkau dan kebesaran pemerintahan Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami dengan sempurna dan ampunilah kami segala dosa kami
sekaliannya. Janganlah Engkau menyeksa kami pada hari kiamat nanti. Sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa ke atas
tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan Engkau dan syurga, dan kami berlindung dengan
Engkau daripada kemurkaan dan api neraka.
DO
EP
SO
A SEL AS LAT

Ya Allah ampunilah bagi kami dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka
mendidik kami pada waktu kami kecil dan bagi sekalian orang Islam lelaki dan perempuan dan bagi sekalian orang yang
beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup dalam kalangan mereka mahupun yang sudah mati.

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan
mengasihani kami, nescaya jadilah kami daripada golongan orang yang rugi.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah bagi kami rahmat daripadaMu, sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman dan himpunkanlah kami dengan iman dan
masukkanlah kami ke dalam syurga berserta iman. Dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.

Ya Allah, kami pohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan pada badan, pertambahan pada ilmu, keberkatan
pada rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati.
Ya Allah permudahkanlah ke atas kami sakaratulmaut
dan terlepas daripada api neraka dan mendapat keampunan ketika hisab.
DO
EP
SO
A SEL AS LAT

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan Engkau dan syurga,


dan kami berlindung dengan Engkau daripada kemurkaan dan api neraka.

Ya Allah, kami berlindung denganMu daripada perasaan keluh kesah dan dukacita,
dan kami berlindung denganMu daripada sikap lemah dan malas,
dan kami berlindung denganMu daripada sifat takut dan bakhil
dan kami berlindung denganMu daripada tekanan hutang dan kekerasan lelaki.

Ya Allah Ya Tuhan yang Maha Kaya, Wahai Tuhan yang Maha Terpuji, Wahai Tuhan yang Maha Pencipta,
Wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kayakanlah kami dengan perkara-perkara yang Engkau halalkan daripada yang Engkau haramkan
dan dengan kelebihan atau kurniaan Engkau daripada mereka yang selain daripada Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, turunkan rezeki kepada kami , dan sebelum kami mati kami sempat bertaubat,
dan ketika kami mati kami mendapat kesyahidan, dan lepas kami mati kami mendapat syurga dan nikmat syurga.
Ya Allah, baguskanlah kesudahan segala urusan kami sekaliannya
dan elakkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Ya Allah, khatamkanlah bagi kami (matikanlah kami) dengan sebaik-baik kesudahan


dan janganlah Engkau tamatkan kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.
DO
EP
SO
A SEL AS LAT

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas Penghulu Kami


Nabi Muhammad SAW, dan ke atas keluargaNya dan para sahabatNya.
Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang Empunya kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan,
dan selamat sejahtera ke atas para Rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.

Ya Allah kurniakanlah kesejahteran dan keselamatan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang
dengannya menyelamatkan kami daripada segala ketakutan dan kerosakan.
Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan Engkau bersihkan kami dengannya daripada segala kejahatan,
dan Engkau angkatkan kami dengannya di sisi Engkau setinggi-tinggi darjat,
dan Engkau sampaikan kami dengannya segala kesudahan daripada segala kebaikan sama ada pada masa hidup
dan sesudah mati, dan juga ke atas keluarganya dan sahabatnya,
dan selamatkanlah sebagai keselamatan yang banyak dengan rahmatMu
wahai pengasih daripada segala yang pengasih penyayang.

Perkenankanlah! Perkenankanlah! Perkenankanlah


Wahai Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam. Wahai Tuhan kami, terimalah segala doa kami,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami Wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang. Seruan mereka padaNya: Maha Suci Engkau Ya Allah dan
penghormatan mereka padaNya ialah selamat sejahtera dan akhir seruan mereka bahawa segala pujian itu adalah bagi
Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam. Semoga Allah menerima segala amalan kamu: Daripada kami dan juga
daripada kamu terimalah ya (Allah) Yang Maha Mulia.
DO
EP
SO

Anda mungkin juga menyukai