Anda di halaman 1dari 1

DOA SELEPAS SOLAT

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

‫ والصالة والسالم على اشرف االنبياء‬,‫الحمد هلل رب العالمين‬


Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas para Nabi

‫ وعلى اله وصحبه اجمعين‬,‫و المرسلين‬.


dan para Rasul, dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

‫ واحشرنا بااليمان‬,‫ وامتنا بااليمان‬,‫اللهم احينا بااليمان‬,


Ya Allah hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman, kumpulkan kami
dengan iman,

‫ برحمتك يا ارحم الرحمين‬,‫وادخلنا الجنة مع االيمان‬.


dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman, dengan rahmat-Mu yang Maha Pengasih di antara yang
maha mengasihani.

‫اللهم غفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا‬.


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah kedua-dua mereka
sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

‫ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين‬.


Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi
rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi.

‫ وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب‬,‫ربنا التزغ قلوبنا بعد اذهديتنا‬.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,
berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي االخرة حسنة وقنا عذاب النار‬.
Ya Tuhan kami berikan kepada kami kesejahteraan di dunia & kesejahteraan di akhirat dan selamatkanlah kami
daripada azab api neraka.

R a h m a t A h m a d M a s h r i ™

Anda mungkin juga menyukai