Anda di halaman 1dari 3

DOA MASUK TANDAS

Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu


daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

DOA KELUAR TANDAS

Maksudnya:

"Aku memohon keampunan daripadaMu".

DOA MEMUDAHKAN URUSAN

MAKSUDNYA :-

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau
menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
DOA SELEPAS SEMBAHYANG
TERJEMAHAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat


dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman,


matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam
syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami


dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta
kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan


janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan
kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan


iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha
Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia


ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab
neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas


junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi
Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai