Anda di halaman 1dari 9

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu
banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan
wirid-wirid selepsa solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah
perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam.

1. Pembukaan Doa
2. Selawat Ke Atas Nabi

3. Isi Doa
4. Penutup Doa
Doa Ringkas Selepas Solat 2
Maksudnya 
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat
dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya
Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam
agama, dunia dan akhirat.

Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari
kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan
samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami
berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami
ketahui atau tidak kami ketahui.

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta
jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta
sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat
Baginda.
Doa Ringkas Selepas Solat 3

Maksudnya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga
dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-
Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman,
serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan
kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu
bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya
Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan
kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan
kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau
Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di
akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat
dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan
pentadbir seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai