Maksudnya :
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat
dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya
Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam
agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara
dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon
padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak
kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat
atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah
kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka.
Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad,
keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga
dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta
ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta
masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan
kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau
akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau
kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau
Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan
peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke
atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah,
Tuhan pentadbir seluruh alam.