Anda di halaman 1dari 5

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang


Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah,
kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami
Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami
pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan
selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah,
baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan
jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya
Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat
atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan
kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat
atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan
Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat
serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah
rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad,
keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Doa Selepas Solat 2

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat
dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke
atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman,
matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam
syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan
kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta
kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan
janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan
kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan
iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha
Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di
dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada

azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi
Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai