Anda di halaman 1dari 3

Doa solat jenazah

1. Selawat selepas takbir kedua

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti
berikut:

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau
pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas
Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat
kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau
Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”
2. Doa selepas takbir ketiga

Maksud:  “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa
dan kesalahannya”
Maksud:  “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa
dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya,
bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa
sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya
rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga
yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia
daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”
3. Doa selepas takbir keempat

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan
engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah
sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan
janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia,
dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau
menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”
Doa selepas solat jenazah

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan
para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah
taman daripada taman-taman syurga.
Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga
yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya,
Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan
memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.
Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si
mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!
Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. dan ke atas
keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan
Pentadbir seluruh alam.”

Anda mungkin juga menyukai