Anda di halaman 1dari 2

Segala puji bagi Allah yang mentabir seluruh alam, rahmat sejahtera jua ke atas penghulu kami Nabi

Muhammad semulia-mulia pesuruhnya, begitu juga atas sekalian keluarga baginda. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami berlindung dengan-Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, kami mohon perlindungan dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan, daripada perasaan takut dan kedekut daripada desakan berhutang dan paksaan orang. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakan kepada kami keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak lamgkah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W permulaanya, penghabisannya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia ini, kebaikan juga di hari Akhirat, dan jauhkan kami dari Azab Neraka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah dosa kesalahan ibu bapa kami dan dosa kesalahan kami, kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka

mengasihi kami pada masa kami kecil. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, akhirkan umur kami dengan kesudahan yang amat baik. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, janganlah Engkau pesongkan iman kami setelah Engkau beri petunjuk ke jalan yang lurus. Anugerahkanlah kepada kami rahmat kerana bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami berlindung dengan-Mu daripada syak ragu dan menyengutukan-Mu daripada kufur dan beriman pura-pura. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah kepada kami bui pekerti yang baik, pandangan yang baik, kesudahan yang baik pada harta-harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami berlindung dengan-Mu daripada melampau-lampau mendapat bala, daripada berpanjangan mendapat kecelakaan dan daripada orang-orang yang membenci kami di atas kejayaan kami mendirikan rumah-Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bebaskan diri kami, ibu bapa kami dan seluruh keluarga kami daripada azab seksa kubur dan azab seksa Neraka. Di bawah limpah Rahmat-Mu jua Allah yang Maha Perkasa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau

yang bersifat lemah lembut, kami mohon dari-Mu kebajikan seluruhnya yang segera dan yang akan datang dan kami berlindung dari-Mu daripada seluruh kejahatan yang kini dan yang akan datang, yang kami ketahui dan tidak ketahui. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bukakanlah pintu hati kami seperti mana orang-orang yang arif dan kurniakan kepada kami kefahaman para Nabi dan ilham para Malaikat yang lebih dekat dengan Rahmat-Mu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hilangkan segala kesalahan (perpecahan) kami dan beri kemaafan atas segala keuzuran dan kealfaan kami. Kurniakan kami kelak dalam penyudahan yang sebaik-baiknya, mati dalam iman dan Islam yang sempurna. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat kami Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami mohon pada-Mu Nikmat secukup-cukupnya, mohon kesihatan selama-lamanya, mohon rahmat selengkaplengkapnya, mohon afiat sejaya-jayanya, mohon rezeki semewah-mewahnya, mohon umur setuah-

tuahnya, mohon ehsan sepenuh-penuhnya, mohon nikmat sebanyak banyaknya, mohon anugerah seenakenaknya, mohon sifat lemah-lembut yang sebesarbesarnya faedahnya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, akhirkan umur kami dengan kebahagiaan dan jadikanlah akhir tempat kembali kami dalam cucuran Rahmat-Mu. Cucurkanlah limpah keampunan-Mu menghapus dosa kesalahan kami kurniakanlah lindungan menutup cacat cela kami, jadikan taqwa bekalan kami mematuh Agama-Mu sepenuhnya kepada-Mu kami berserah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungilah kami dari segala pendorong kesesalan di hari kemudian, ringankanlah kami dari beban dosa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakan pada kami dan keluarga kami lisan yang berhikmah, hati yang khusuk, hidayah yang berkekalan serta kesihatan yang sempurna dan kurniakan kepada kami rezeki yang tidak putus-putus, biarlah dari rezeki yang halal dan dapat kami pergunakan pada jalan yang sebaik-baik iaitu jalan orang-orang yang soleh.

Anda mungkin juga menyukai