Anda di halaman 1dari 2

Doa Selepas Solat

Dalam Rumi
Bismillah hir'rahma nirra'him Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas
sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi
ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal
jannata maal iiman waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob
baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah,
wala tahtim tahtam alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq
daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa
azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi
was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin -




Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera
semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-
mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami
dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-
dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami
sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah
kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami
sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat
kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga
di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan
segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Anda mungkin juga menyukai