Anda di halaman 1dari 3

Ya Allah Ya Tuhanku! Kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.

Ampunilah dosa-dosa kami, Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, sesungguhnya


Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah kami kemenangan ke atas kelemahan diri kami ketika berada dalam bulan
Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa kami, ibadah kami dan amalan-amalan baik kami.
Ya Allah berkatilah kami dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah kami ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah kami dalam mendapatkan khusyuk; dan ikhlas dalam melaksanakan ibadah.
Bantulah kami untuk lebih mendekatkan diri kepadaMu.
Jadikan kami hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan
cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimanan kami, tawakkal kami dan keyakinan kami kepadaMu.
Tambahkanlah Taqwa kepada kami. Jadikanlah kami hamba2Mu yang sentiasa
bersyukur.
Berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu.
Kurniakanlah kepada kami kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan
yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku
daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).

Golongkanlah kami dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon


fil Ilm. Tambahkanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah kami hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu.
Selamatkanlah kami daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk
dan lain-lain.

Berkatilah kami dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi kami daripada kesedihan
& kemurungan. Bantulah kami dengan keupayaan kami untuk melakukan Tazkiyah
jiwa kami sepanjang perjalanan hidup .

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hati kami ku.
Pelawalah kami ke rumahMu untuk kami menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepada kami pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan kami
suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kubur & alam barzakh sebagai tempat kediaman kami yang aman dan sejuk.
Kurniakanlah kepada kami pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalan kami dari tangan kanan dan beratkan timbangan dengan
perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepada kami nikmat untuk minum dari
Telaga Al Kawthar.
Permudahkan kami untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum
Syurga). Bantuilah kami Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan
melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan
rahmah antara kami dan pasangan kami selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuan kami antara satu sama lain.
Berikanlah ganjaran kepada pasangan kami dengan ganjaran yang terbaik

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada kami dalam semua
perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan kami demi agamaMu. Jadikanlah kami
tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al
Firdaus.

Ya Allah, bantulah kami dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa
yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak kami.
Peliharalah anak-anak kami supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-
kesilapan kami yang lalu. Berkatilah kami dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anak kami sebagai penyejuk mata dan jadikan mereka sebagai
amal jariah bagi kami & pasangan kami . Jadikanlah mereka daripada orang yang
mendirikan solat dan sujud kepadaMu.

Lindungilah diri kami daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada


manusia & jin. Lindungilah anak-anak kami daripada bahaya, penyakit, kekufuran,
perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anak kami dalam agamanya, dunia & Akhirat.
Berkatilah kami dan keturunan kami agar menjadi anak soleh sehingga Hari Kiamat.
Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunan kami di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam,
ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami
mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah kami & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami
daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapa kami.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al
Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradik kami di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat
masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah
dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat
masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga


mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas.
Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang
sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan
eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan
limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka,
permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan
perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau
Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara;
Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada
penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau
hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi
mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan
ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda,
sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
Ameen ya Rabb Al'alameen.

Anda mungkin juga menyukai