Anda di halaman 1dari 1

,

,Ya, Allah Ya Tuhan kami


Bersempena minggu awal persekolahan ini kami menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak
ternilai kerana telah memberi peluang kepada kami untuk terus hidup di bumi mu Ya Allah. .Kurniakanlah
kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga kami mudah
menerima ilmu dan menghayati serta mengamalkannya
Ya Allah,
Hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurgamu
bersama-sama orang yang beriman. Ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa
kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka
berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik
dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Janganlah
kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab
neraka.Berikanlah kepada kami hikmahMu, Limpahkanlah khazanah rahmatMu, Tambahkanlah ilmu kami
dan luaskanlah kefahaman kami. Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara
Ya Allah,
Kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia
yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah
hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah,
Perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat,
selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik
yang nampak, mahupun yang tersembunyi,
ya Allah,
Limpahkanlah keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak
kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.
Tambahkanlah kecintaan kami kepada segala kebaikan dan sifat mahmudah, Jadikanlah kami, guru-guru
kami, beristiqamah menabur bakti membangunkan agama dan negara tercinta . Limpahkanlah
kesabaran kepada guru-guru dan teguhkanlah pendirian mereka dalam mendidik anak bangsa menjadi
golongan yang soleh dan solehah, mukmin dan mukminah.
Ya Rahman, Ya Rahim
Jadikanlah kami golongan yang mendirikan kewajipan solat lima waktu dan melaksanakan segala
perintah mu. Lembutkan lah hati semua pelajar Tun Perak ini agar mendengar nasihat dan mentaati
guru-guru mereka. Hindarilah para pelajar ini dari sifat-sifat terkeji dan mazmumah yang boleh
menimbulkan kemarahanMU dan juga guru-guru mereka. Jauh kanlah mereka dari sifat bermusuhan di
antara satu sama lain dan wujudkanlah dihati mereka sifat berkasih sayang serta hormat menghormati
bagi membentuk ukhuwah yang harmoni.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa permohonan kami. Berilah keampunan kepada kami, kedua ibu bapa kami, guruguru kami serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan hari pembalasan.
Janganlah Engkau biarkan kami tinggal dalam kejahilan dan hidup dikalangan kaum yang zalim.
Jauhkanlah kami dari bersahabat dengan golongan munafiq yang akan membawa kami kepada
kehancuran "

Anda mungkin juga menyukai