Anda di halaman 1dari 3

JANGAN LUPA AYAT : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH

Mohd Hazri Bin Abdul Rani


SK EWA, Langkawi
ABSTRAK
Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak
akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan
soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan
kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau

sekadar

meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran
menghafaz surah, dan memilih 33 orang murid Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian
Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan takut. Ini mungkin disebabkan
sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma
60% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan
peratus ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam hafazan
yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah
untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang tilawah
adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid.
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan
amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan telah
meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan takut juga telah jatuh ke paras
tidak signifikan. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan.
Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa
cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut
melibatkan diri dan menyatakan seronok belajar menghafal.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU


Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan
dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini
adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan
dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini
kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh muridmurid terbabit semasa

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR).

Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu


bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan
beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak,
jawi dan amali.
Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan
kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan
pengertian

surah.

Bidang

hafazan

misalnya,

amat

memerlukan

penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz
dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan
hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak
memerlukan kepada hafalan.

ii

Thank you for using www.freepdfconvert.com service!


Only two pages are converted. Please Sign Up to convert all pages.
https://www.freepdfconvert.com/membership

Anda mungkin juga menyukai