Anda di halaman 1dari 2

Doa Khatam Quran

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal
mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain
Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin,
cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku
lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui
mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu
tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai
Tuhan seru sekalian alam.
Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga
urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup.
Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan
sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai
kerehatanku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik
amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa
dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram,
kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak
membuka aib.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah
timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku.
Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon
ketinggian syurga.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan
keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan
daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada
neraka.
Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah
kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.
Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat
menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat
menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil
1

musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami


dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami.
Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada
orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang
memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang
paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan
kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau
telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami
melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan
hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani.
Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah
melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu
alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda
yang baik. Amin.
(Disalin daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam
Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir

Anda mungkin juga menyukai