OALAN:
Assalamualaikum.. Maaf ganggu.. Nak tanya, apa beza other dengan another ye ?
Keliru.. Maaf bertanya..
Sent from Samsung Mobile
JAWAPAN:
Another bermaksud,
1. tambahan satu lagi, sebuah lagi, sebiji lagi dll. atau
2. satu lagi yang lain, yang alternatif
1. Another + Singular Countable noun (Kata Nama Tunggal yang Boleh Dikira )
Another boleh diikuti dengan kata nama tunggal.
He has bought another motorbike. (tambahan)
Dia telah membeli sebuah motosikal lagi.
Would you like another cup of coffee? (tambahan)
Adakah kamu nak secawan kopi lagi?
Dont worry about the rain. We can go another day. (hari lain/alternatif)
Jangan risau tentang hujan. Kita boleh pergi hari lain.
I think you should paint it another color. (warna lain/alternatif)
Saya rasa kamu sepatutnya mengecatnya dengan warna yang lain.
We are having another baby. (tambahan)
Kami dapat baby lagi.
2. Another + One
Another boleh juga diletakkan sebelum one jika maksudnya jelas dalam ayat yang
sebelumnya.
I have already eaten two sandwiches though now I want another one. (=
tambahan sandwich)
Saya dah makan dua sandwich oleh itu sekarang saya mahu satu lagi.
A: You can borrow more of these books if you like. B: Ok, Ill take another one. (=
buku lain, tambahan buku)
A: Awak boleh pinjam lebih buku-buku ini jika awak mahu. B: Ok, saya akan ambil
sebuah lagi.
2. Other + Ones
Other boleh juga diletakkan sebelum kata ganti nama one jika maksudnya jelas
dalam ayat yang sebelumnya.
We dont need those books, we need other ones. (= buku lain)
Kami tidak perlukan buku itu, kami perlukan buku lain.
A: You can borrow my books if you like. B: Thanks, but I need other ones. (=
buku lain)
A: Awak boleh pinjam buku itu jika awak suka. B: Terima kasih, tapi
saya perlukan buku lain.