Anda di halaman 1dari 1

Ya tuhanku, terimalah taubatku, sembahyangku, doaku dan semua amal ibadahku serta

tetapkanlah hati dan keimananku terhadap agama Islam. Kasihkanlah ibu bapa aku serta semua
orang Islam yang telah meninggal dunia. Ya Allah aku sentiasa menzalimi diriku. Aku hina Ya
Rahim. Kasihanilah aku kerana aku tahu bahawa Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih, dan
janganlah Engkau sesekali menyiksa aku biarpun Engkau berkuasa melakukan itu .

Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku. Kau sedekahkan lah sedikit nilai
kesabaran dalam diri ini. Ya Allah, jadikan aku orang yang sentiasa mengingatimu, orang-
orang yang tahu berterimakasih atas kurniaan nikmat-nikmatMu. Terlalu banyak Ya Allah, tak
tercapai dek akalku. Jadikan aku orang yang sabar apabila menerima dan menghadapi qada
dan qadar serta bala' bencana daripadaMu, orang yang sentiasa mendapat rezeki yang halal
dariMu, orang yang terpelihara daripada segala dosa, orang yang jauh dari siksaan api meraka
dan aku orang yang mendapat nikmat melihat wajah-Mu dan wajah Rasulullah di akkhirat
nanti.

Ya Allah manfaatkanlah ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada aku, dan ajarkanlah ilmu yang
membawa kebaikan kepada aku. Dan tambahkan lah ilmu kepada aku setiap masa dan ketika.
Ya Allah jadikanlah akhir ucapan aku dari dunia dengan ucapan "lailaha Illallah". Matikan aku
dalam iman kepadaMu yang Allah. Ya Tuhan berilah peluang kepada aku bertaubat sebelum
mati, belas kasihanilah aku semasa menghadapi kematian, janganlah Kau menyiksa aku selepas
mati.

Ya Rabbi, kurniakan aku nikmat yang sempurna, pemeliharaan yang berkekalan, rahmat yang
luas, kesegaran yang berfaedah, kemuncak kesenangan hidup, kemuncak kebahagiaan umur,
kurniaan yang luas, serta budi peketi yang mulia. Ya Allah peliharalah keluargaku dari
perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaanMu. Bimbinglah kami sekeluarga kearah
agamamu, Tunjukkan kami jalan-jalan yang lurus. Kau terangilah hati kami sebagaimana Kau
menerangi bumi ini. Ya Tuhan, golongkanlah ahli-ahli keluargaku dalam golongan orang-orang
yang beriman, yang memasuki syurgaMu.

Aku hamba yang hina Ya Allah! Aku hamba yang tidak bersyukur Ya Allah! Semua anggota
badanku berdosa kepada mu Ya Tuhan. Ampunkan kami Ya Allah, terima taubat kami Ya Rahim.
Kasihanilah daku, makbulkanlah doaku Ya Rahman. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Anda mungkin juga menyukai