Anda di halaman 1dari 1

Ertinya:

1. Wahai Allah!, Aku memohon kepada Mu akan rahmatMu, yang dengannya Engau memberi petunjuk kedalam
hatiku. Yang dengannya Engkau memudahkan pekerjaan ku, dan menghilangkan kesusahanku, dan dengan
rahmat Mu Engkau menyempurnakan keperluan-keperluanku dalam ketiadaanku. Engkau memebersihkan
amalanku dari sifat munafik dan kufur dengan rahmatMu, dan meletakkan didalam hatiku sesuatu yang baik dan
yang aku sukai. Berikanlah kepadaku dengan rahmatMu dan lindungilah aku daripada kejahatan.

2. Wahai Allah! Berikanlah kepadaku keyakinan yang sesudah itu tidak ada lagi kekafiran dan kurniakanlah
kepadaku kemuliaan dan kehormatan didunia dan diakhirat.

3. Wahai Allah! Berikanlah kejayaan didalam setiap keputusan yang ku ambil, aku memohon kepada Mu sebagai
mati Syahid dan jadikanlah kehidupanku sebagai yang bernasib baik. Dan berilah pertolongan kepadaku
daripada musuh-musuh.

4. Wahai Allah! Aku meletakkan dihadapanMu keperluan-keperluanku walaupun pengetauanku tidak sempurna
dan amalan-amalanku lemah, sesungguhnya aku sangat memerlukan akan rahmatMu. Wahai Pengatur segala
Urusan dan Penyembuh segala hati, sebagaimana Engkau dengan kekuasaanMu menjadikan lautan yang
berpisah menjadi satu dari yang lain (yang masin tetap berpisah dari yang manis dan yang manis tetap berpisah
dari yang masin) demikian pula aku memohon jauhkanlah aku daripada api neraka dan siksaannya, ketika orang
mula meratapi (dan berdoa bagi kematian) dan jauhkanlah aku dari siksa kubur.

5. Wahai Allah! Pengetahuanku amat kurang, dan amalanku amat lemah, untuk memperoleh kebaikan itu dan
jauh dari jangkaan niatku yang belumku minta kepadaMu, kerana Engkau telah berjanji kepada setiap
ciptaanMu, dan setiap kebaikan hamba-hambaMu, aku amat berkeinginan semuanya itu. Maka aku memohon
kepadaMu akan rahmatMu wahai Tuhan Sekalian Alam.

6. Wahai Allah! Zat yang memegang tali perjanjian yang kukuh, Tuhan segala amal kebajikan! Aku memohon
kepada Engkau kebahagiaan pada hari azab untuk berada dikalangan ahli-ahli syurga pada hari Qiamat. Orang-
orang yang Engkau sukai dan yang menghadziri mahkamahMu yang ruku’ dan yang sujud dan yang memenuhi
janji-janjiMu. Tiada keraguan, Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang Tiada Keraguan apa
sahaja yang Engkau suka Engkau pasti melakukannya.

7. Wahai Allah! Berilah petunjuk kepada ku, dan jadikanlah aku sebagai orang yang memimpini kerah
petunjukMu. Janganlah sesatkan aku, dan jangan membawa orang lain kepada kesesatan. Berada didalam
kesejahteraan dengan sahabat-sahabatMu dan memusuhi semua musuh-musuh mu. Jadikanlah aku sebagai
orang yang mencintai orang-orang yang mencintaiMu, dan membenci orang-orang yang membenciMu.

8. Wahai Allah! Kewajibanku hanya berdoa, dan kewajiban Mu untuk menerimanya. Inilah usahaku dan kepada
Mu aku berserah.

9. Wahai Allah jadikanlah Nur dalam hatiku, dan jadikanlah kuburku bercahaya, jadikanlah nur dihadapanku, nur
pada belakangku, nur pada bahagian kiriku, nur pada bahagian kananku, nur dari atasku, nur dari bawahku
(nurmu meliputi ku) Nur pada telingaku, nur pada mataku, nur pada setiap rambutku, nur pada kulitku, nur pada
dagingku, nur pada darahku, nur pada setiap tulangku. Wahai Allah tambahkanlah nurku, dan berikanlah
kepadaku nur, dan jadikanlah nur nasibku.

10. Maha Suci Allah yang tinggi kekuasaanNya. Kehoramatan adalah hijabNya. PerintaNya adalah yang
terhormat. Kemuliaan, Penerimaan, Kemurahan hati adalah pakaianNya. Maha Suci Allah yang tinggi
kekuasanNya Dialah yang bebas dari segala kecacatan. Maha Suci Allah yang Maha Besar pengurniaanNya. Dan
nikmatNya. Maha Suci Allah yang Maha Perkasa dan Tuhan Yang Penuh Kemuliaan. (HR Tarmizi)

Anda mungkin juga menyukai