Anda di halaman 1dari 20

Bacaan talkin

Rencana ini mungkin memerlukan


penyusunan semula
Ketahui
untuklebih lanjut

Rencana ini tidak mempunyai


bahagian utama. Ketahui lebih lanjut

Rencana ini tidak mempunyai


pautan ke rencana
Ketahui
Wikipedia
lebihlain.
lanjut

Rencana ini tidak memetik apa-apa


sumber atau rujukan.
Ketahui lebih lanjut

Bismillah hir rah man nir rahim.


Maha Suci Tuhan yang Engkau
bersifat dengan Baqa’ dan
Qidam, Tuhan yang berkuasa
mematikan sekalian yang
bernyawa, Maha Suci Tuhan
yang menjadikan mati dan
hidup untuk menguji siapa yang
baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang


menjadikan lubang kubur
sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada
orang yang lalai, dan sebesar-
besar amaran kepada orang
yang masih hidup.
zat Allah Taala. Ialah Tuhan
yang Maha Besar kuasa
menghukum, manakala kita
sekalian akan kembali
menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA,


wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan
janji-janji Allah yang mana
kamu ada bawa bersama-sama
dari dunia ini. Sekarang kamu
telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku
bahawa tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-
benarnya melainkan Allah, dan
bahawasanya Nabi Muhammad
itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU


SAYA, apabila datang kepada
kamu 2 orang malaikat yang
serupa dengan kamu iaitu
Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar dan
takut, janganlah kamu
berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan
terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU


SAYA, bahawasanya Mungkar
dan Nakir itu hamba Allah
Taala, sebagaimana kamu juga
hamba Allah Taala. Apabila
mereka menyuruh kamu duduk,
mereka juga akan menyoal
kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad
kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu


bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu


menjawab soalan-soalan
mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan
betul. Janganlah berasa
gementar, janganlah cuak dan
janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan


solah lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke
atas aku. Semua orang Islam
dan orang yang beriman adalah
saudara aku,bahkan dari masa
hidup hingga aku mati aku
mengucap: “La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA


tetapkanlah hatimu, inilah dia
suatu dugaan yang paling
besar. Ingatlah bahawa kamu
sekarang sedang tinggal di
dalam alam Barzakh, sehingga
sampai satu masa kelak, kamu
akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang
Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU


SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat
Mungkar dan Nakir di dalam
kubur ini adalah benar, bangun
dari kubur kemudian kita
dihidupkan semula adalah
benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar
adalah benar, dihisab dan dikira
segala amalan kamu adalah
benar, minum di kolam air nabi
adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap


akan adanya, begitu juga Tuhan
yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-
orang yang di dalam kubur. Di
akhirnya kami ucapkan selamat
berpisah dan selamat tinggal
kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi


sejahtera kepada kamu. Tuhan
jua yang menetapkan hati
kamu. Kami sekalian berdoa
mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang
liar, dan Allah menaruh belas
kasihan kepada kamu yang
berdagang seorang diri di
dalam kubur ini. Mudah-
mudahan Tuhan akan memberi
keampunan dan memaafkan
kesalahan kamu serta
menerima segala amal
kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu


dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini
dengan kemegahan penghulu
kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati
amma ya sifun wassallamu
alalmursalinwalham dulillahi
rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti


akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa,


sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal
soleh, yang ingat-mengingati
supaya mentaati kebenaran,
dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran.” Surah Al-
A’sr.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku
walaupun satu ayat…”

Disebutkan di dalam satu


riwayat, bahawasanya apabila
para makhluk dibangkitkan dari
kubur, mereka semuanya berdiri
tegak di kubur “masing-masing
selama 44 tahun UMUR
AKHIRAT dalam keadaan
TIDAK MAKAN” dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan
TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada


Rasulullah saw : “Bagaimana
kita dapat mengenali ORANG-
ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw


“Umat dikenal kerana WAJAH
mereka putih disebabkan oleh
WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka


malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil membersihkan
debu di badan mereka KECUALI
pada tempat sujud. Bekas
SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang
memanggil.

Bukanlah debu “itu dari debu


kubur mereka, akan tetapi debu
itu ialah debu KEIMANAN”
mereka. Oleh itu tinggallah
debu itu sehingga mereka
melalui titian Siratul Mustaqim
dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui
bahawa mereka adalah pelayan
Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith
Rasulullah saw bahawa
sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK
REPUT dan akan bangkit dalam
tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang


Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati


kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau


dianiaya

10. Orang yang mati di siang


hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain


dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan


orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan
maka Allah swt memberi
wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
”Wahai Ridhwan, sesungguhnya
Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa
(ahli puasa) dari kubur mereka
di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan
berikan mereka segala
makanan yang digoreng dan
buah buahan syurga.

“Maka Malaikat Ridhwan


menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-
anak yang belum baligh, lalu
mereka semua datang dengan
membawa dulang dari nur dan
berhimpun dekat Malaikat
Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan
minuman yang lazat dari
syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di
bumi. Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia
memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman
oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud:

“Makan dan minumlah dengan


sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu kerjakan pada HARI
yang telah LALU itu.”

~ Wan Jaafar ~

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org
/w/index.php?title=Bacaan_talkin&
oldid=4418683"

Last edited 1 year ago by an anonymous user

Kandungan disediakan dengan CC


BY-SA 3.0 kecuali jika dinyatakan
sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai