Anda di halaman 1dari 6

Bacaan talkin

Bismillah hir rah man nir rahim.. KULLU NAFSIN ZAA IKATULMAUTT..

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Allahuakbar...

Maha Suci Tuhan yang bersifat Baqa’ dan Qidam, Allah yang berkuasa mematikan setiap yang
bernyawa, Maha Suci Allah Tuhan yang telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa di
kalangan hambanya yang terbaik sewaktu hayatnya.

Maha Suci Allah Tuhan yang menjadikan lubang kubur kubur ini, sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar, dan sebesar-besar peringatan kepada kita yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan binasa, melainkan zatNYA yang kekal abadi.Kita
semua juga akan kembali mengadap Allah, sebagaimana telah kembalinya saudara/ saudari kita
saat ini.

Wahai PULAN Bin IBU 3 x, Ingatlah janji-janji Allah terhadap kamu, sebelum kamu lahir ke dunia
ini, hinggalah waktu kamu meninggalkan dunia ini. Saat ini kamu telah masuk ke negeri Akhirat.

Ingatlah janji-janji Kamu.... Kamu mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan kamu mengaku bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai PULAN Bin IBU , apabila kamu di datangi oleh 2 orang malaikat iaitu Mungkar dan
Nakir, janganlah kamu bimbang dan takut.
Ketahuilah wahai PULAN Bin IBU , bahawasanya Malaikat Mungkar dan Nakir adalah hamba
Allah, sebagaimana kamu juga.

Mereka ditugaskan untuk memeriksa kamu dan bertanya kepada kamu atas perintah Allah...

Wahai PULAN bin IBU


Apabila mereka bertanya kepada kamu :

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Wahai PULAN bin IBU Jawablah soalan-soalan itu dengan tenang, cermat, jelas dan betul,
Janganlah kamu berasa gementar sewaktu menjawabnya..

Jawablah wahai PULAN bin IBU :

Allah Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Al-Quran ikutanku,

Baitullah qiblatku,

Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji adalah
kefardhuanku.

Semua orang Islam adalah saudara ku, malah aku bersaksi sewaktu hidup dan matiku dengan
kalimah: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai PULAN Bin IBU tetapkanlah hatimu 3x, inilah saat dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang telah tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai saatnya
kamu akan dibangunkan semula untuk dihimpunkan di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai PULAN Bin IBU , bahawa kematian ini adalah benar, soalan Mungkar dan Nakir
adalah benar, bangkit dari kubur yakni dihidupkan semula adalah benar,berhimpun di Padang
Mahsyar adalah benar, ditimbang segala amalan adalah benar, minum di kolam nabi adalah
benar,balasan nikmat syurga dan balasan azab neraka adalah benar.

Hari Kiamat pasti akan berlaku, kamu telah pergi dahulu dan kami akan menyusuli kamu...
akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal wahai PULAN bin IBU, kami
serahkan kamu kepada Allah yang telah mencipta kamu...Tuhan sekalian Alam...

Semoga Allah akan memberi keampunan, merahmati dan meredhai kamu serta menerima
segala amal kebajikan sewaktu hayat kamu.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu dengan kemuliaan dan sefaat kubra dari penghulu kami
Nabi Muhammad SAW - agar mayat ini dilimpahi rahmat 3x, dan tidak di azab..Sallallahu Ala
Muhammad 3x...

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifunnn..


Wassalamun Alalmursalinn.
Walham dulillahi
rabbil alamin.

********

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya
mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh
WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu
di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam
syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang
yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati:

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka
Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

”Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli


puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang
belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun
dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat
dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud:

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI
yang telah LALU itu.”

~ Wan Jaafar ~

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Bacaan_talkin&oldid=5092920"


Last edited 1 year ago by 2001:D08:1B85:E15A:BBFE:8872:14C8:D5A3

Anda mungkin juga menyukai