Anda di halaman 1dari 2

Bacaan talkin mayat

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمدهلل رب العالمين والصالة والسالم على اشرف االنبياء والمرسلين وعالى اله وصحبه اجمعين‬
‫قال هللا تعالى في القران العظيم‬
‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬
‫كل نفس ذائقة الموت وانما توفون أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما‬
‫الحيوة الدنيا اال متع الغرور‬
Tiap-tiapyang bernyawa pasti merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan
disempurnakan balasan kamu.ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan
dimasukan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.kehidupan dunia
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang –orang yang terpedaya.

Wahai……………………………………….

Kamu sekarang sedang berada di sempadang akhirat dan menuju kea lam baqa’
tinggallah di sini hingga hari kiamat.Sudah terputus segala kemewahan bagi
kamu,sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu.Sesungguhnya sudah terpisah
segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kau bawa untuk
mengadap Allah Azzawjalla.

Sedekah jariah yang engkau berikan dengan seikhlas hati semata-mata kerana
Allah.Ilmu manafaat yang engkau ajarkan di dunia dan anak yang soleh mendoakan
bagi kamu

Wahai………………………………………………..

Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahap yang sempit dan gelap gelita
ini.Setelah kami meninggalkan kamu ,maka akan datang dua malaikat yang bernama
munkar dan nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah, maka jangan kamu takut
dan gentar, jawaplah dengan lidah yang fasih lagi lancar kaeran mereka juga makhluk
Allah seperti kamu.

‫من ربك‬ Siapakah tuhan kamu

‫ومن نبيك‬ Siapakah nabi kamu

‫وما دينك‬ Apakah agama kamu

‫وما قبلتك‬ Di manakah kiblat dan penhadapan kamu

‫وما امامك‬ Apakah ikutan kamu

‫ومن اخوانك‬ Dan siapakah saudara-saudara kamu

Ketika itu jawaplah dengan lidah yang lancar lagi yakin


Allah tuhanku

Muhammad SAW nabiku

Islam agamaku

Ka’bah itu kiblat dan penhadapanku

Al-quran ikutan pedomanku

Dan tiap-tiap orang islam adalah saudaraku

Wahai…………………………………………..

Jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia,iaitu
lafaz

‫اشهد ان ال اله اال هللا واشهد ان محمد رسول هللا‬

Wahai sekalian hamba-hamba Allah, ketahuilah oleh kamu bahaw amati itu benar,soal
munkar dan nakir itu benar,azab dan nikmat kubur itu benar,semua manusia akan
dibangkitkan semula di hari kiamat benar dan diberi balasan syurga dan neraka itu juga
benar.

Seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi,jika kamu
berdosa, ular besar akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala
urat dan dagin kamu.Nikmat kubur pula diluaskan kubur kamu sejauh mata
memandang,dihimpit bumi umpama anak kecil dipelukan ibu kamu.Maka tinggallah
kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga ke hari kiamat.

Kami serahkan kamu kepada Allah yang maha pengampun dan penyanyang untuk
member balasan di atas apa yang telah kamu kerjakan

Wahai………………………………………

Mudah-mudahan dicucurinya rahmat


dan keampunan keatas kamu.amin…amin ya rabbal alamin

Anda mungkin juga menyukai