Anda di halaman 1dari 66

SUDAHKAH LAKUKAN 11 PERKARA KEPADA ANAK-ANAK ANDA

PENGAJARAN DARI SATU PENAMPAR

30 LARANGAN UNTUK WANITA

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

KISAH DI SEBALIK UNGKAPAN “TAK ADA APA-APA”

KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

NASIHAT JANGAN

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

TIPS MENDIDIK ANAK

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA

BAGAIMANA MENGHILANGKAN MARAH

KUASA MUTLAK SUAMI DAN IBU

MENGAJAR ANAK MENIPU?

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI DALAM MEMBERI KETAATAN


DAN MEMINTA NAFKAH

JANGAN BIARKAN IBU HIDUP SEBATANG KARA

APA PUNCA ANAK DERHAKA

` DOA PENGASIH ANAK ANAK

MENGENALI LELAKI DAN PEREMPUAN

RAHSIA DAN NIKMAT DISEBALIK ERTI "SABAR".


Sudahkah lakukan 11 perkara kepada anak-anak anda

Oleh Puteri Nisa Abdullah to Relexjap

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian


hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu
ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah.
Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya
menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan


Negara.

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan


membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat
cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk
yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan


iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah
Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah
ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan
hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk
dicampakkan ke dalam api neraka”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w.


bersabda:

Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu


mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran.
Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam
lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan
selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang
suci”.

Riwayat Ad-Dailami

2
Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya
mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat
orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam
di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan
menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa
keluarga dan pemimpin negara.

2. Rukun Islam Dan Iman.

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak


tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka
menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian
kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan
mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun
Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh
Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-

Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah


menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua
kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu.
Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan
pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab:
Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah,
MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman
kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.

Riwayat Bukhari

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat
wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama
Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh
menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum
syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan
dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim


3
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan
kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang
perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar,
membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-
Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka
ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia
adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran


Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-
orang yang beriman kepadanya”.

Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan


ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi
rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir
dan batin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-


Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib


diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di
hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang
meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke
neraka”.

Riwayat Baihaqi

Sabdanya lagi :

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak


melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”.

4
Riwayat Ahmad

4. Menunaikan Perintah Allah.

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua
ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t.
terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan
akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat
membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa.
Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat
dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada
dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:

Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada


ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah
dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah


pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika


mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu
solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.

Riwayat Hakim

Sabdanya lagi

Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan


mungkar)”.

Riwayat An-Nasaei

5
5. Meninggalkan Larangan Allah.

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi


dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan
RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak
mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan
kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api
neraka.

Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu


dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya
terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat


kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-
perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan
memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah


dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian.
Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan
semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan
sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.

Rasulullah saw. bersabda:

Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang


yang berjamaah”.

Riwayat At-Tarmizi

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga


6
ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum
dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada
bersendirian.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada


sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan


doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga
waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum
tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan,
doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa
memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan
sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat
penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan
mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya
doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan
menenangkan hati-hati mereka.

Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan
hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan


oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu
dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan
menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid
harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka
dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram


7
hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang
tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar


menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-

Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua


ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua
ibubapa”.

Riwayat At-Tabrani

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan
Allah.

Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan


oleh Ibnu Mas’ud:

Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang


paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada
waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab:
Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian
apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:

“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk


bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau
mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:“Tinggallah
berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah
telapak kakinya”.

8
Riwayat Ahmad & An-Nasaei

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang


diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:

Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w.


dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku
temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian
siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau
menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab:
Ayahmu.

Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan


menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-
duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka
berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku
kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku
semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah s. a. w

Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”.

Riwayat Ibnu Majah

Aishah r. a. berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w.


dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki!
Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku.
Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan
duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan
9
janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain

Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam


melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu
sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-
orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan
anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang
perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia
menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka


ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota
keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan
ialah untuk:

Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.

Satu proses tarbiah diri dan keluanga.

Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.

11. Halaqah Muhasabah

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan


kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada


Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan
apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari
akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah,

10
sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang
kamu kerjakan

Pengajaran dari satu penampar

Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan
bersama........

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke


tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah
lama tersimpan
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.
Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan


saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan
menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya
tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada


saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke

11
neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan,
sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar
pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada


saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya
untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana
rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita


semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat
kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya
akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

12
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk
menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka
terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia
tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur
asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH


JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia,
Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam
abadi.'

30 Larangan Untuk Wanita


13
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat


penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.
a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam


14
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.
w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,


maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia


dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya


yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,


darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t.,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar


ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan


agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan


Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
15
lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w,


siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,


maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,


burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan


tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal


bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga


saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan


sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik


empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
16
Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita
tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan
peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan
tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan


anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan
untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah


wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal


kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan
tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau
17
anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak
silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU


DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda


serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri
kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan
dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua
terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T


nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum
muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah
tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada
kita

PESANAN BUAT WANITA

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada


perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan
sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada
memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari
bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-
hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah
mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai
ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,
anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,
anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya,
sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-
laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai
keinginan
(terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang
18
sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada
perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai
pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka
pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang
tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang
menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti
gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya
kepada Allah s. w. t, Hai orang-orang yang beriman, supaya
kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman


untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi
kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah
diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah
orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi
mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di
antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu
tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan
segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang
ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja
untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan
bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka
segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada
lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada
pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah
berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin
kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga Allah
s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab
sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka
jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang
mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-
saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban
menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap
19
acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa
kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai
seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa
yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru
untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa
masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirma "Katakan kepada


orang-orang perempuan yang beriman" Allah s. w. t. dengan
khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai
manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh
orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah
kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman
dengan Allah s. w. t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi
apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan.
Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah
mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam
kalamNya.

Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita


dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup
aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN),


sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu
esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu".
Gembirakanlah Allah s. w. t. dan rasulNya dengan mengikut
perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.
w. t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI


NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK


PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita


Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak
20
perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu
bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa
mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula
dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada
hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa.
Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon
yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan
perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier
kerjanya. Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana
hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan
dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu
bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin
kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita
tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir
menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita
yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-
alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin


bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi
juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian
bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang
menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan
fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan
pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan
ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk
melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam


sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa
seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam,
orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para
pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat
kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia
dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah


21
lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi
kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di
sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita,
untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di
akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda
Rasulullah s. a. w.:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu


sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-
mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan


dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.
Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa
dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan
mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah s. w. t. pun bergantung kepada redha
suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin


bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di
kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap
titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana
mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70
orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api
ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada
neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi
1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah
bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak
akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di syurga
kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan


mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati
kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi
wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu
berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang
22
rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah
menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu
yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah
berkahwin. Sabda Rasulullah s. a. w:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan


berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah
dan kebinasaan." Para sahabat bertanya,

"Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s. a. w,


"Kahwinilah juga ia(diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak


perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki
atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya
dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah
memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan
perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga
tanpa melalui kesukaran.

Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak
perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon
wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah
terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang
demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-
apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan
guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.
"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya
tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana

23
saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan
dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa
yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak
ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam
itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.
Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama
sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah
mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon
sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama.
Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata
sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula.
Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam
kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak
lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama
terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh
menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat
dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama
menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik
masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah
memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat
tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri
ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu
mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau
mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung
belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam
hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan


ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan
berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak
24
derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di
pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.
Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis
mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati
yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai
jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan
membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat
sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-
kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu
berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar
bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan
menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut
menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di
hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem


motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati
usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari
sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki
tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan
kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih
banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak
saya tak tahulah nasib saya." Suara ellaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program
tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah
terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan
khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan
dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah
berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon
ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta
maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak
tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun.
Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh
ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat
tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan,
anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup
mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'"
25
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar
yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan


bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu
mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu,
akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya.
Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan
hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan
hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu
bapa?.. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong
dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

And not equal are the blind and those who see, nor are equal those
who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little
do you remember! Quran(24:58)

26
KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya".


"Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah
digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita
dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran,
ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan
sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau
bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan
berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan
buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta
layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam
Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu
kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong
dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita
Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami,
larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup
takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap
sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau
larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya
kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak


wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan
dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan
manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan
itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau
masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak
peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu
melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti
berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu
selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang
sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah
dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah
kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan

27
Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala


suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak
lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan
masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi,
atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu
persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama
ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk


menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama,
sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan
perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza.
Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah
`husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara
dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari'
manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan
yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang
digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna
`pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup
dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang,
bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di
dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau
sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak
dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita
tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri
atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah
tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat
di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama
beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh.
Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran,
mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap
28
pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang


menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di
bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang
ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita
di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang
mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat
dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang
dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi
seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan,
malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-
anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik
kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara
kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang


yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan
melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan.


Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah)
kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah
menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang


(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya
yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia
suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam.


Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu
bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-
29
katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa
pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan
membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu
mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang
bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan
memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-
Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk
dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama
yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia
memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang
merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita
menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan
ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana


memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh
nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim
kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan
mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud
yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma
kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di
waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu
haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya
mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah


digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir,
diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan
nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah
anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan
untuknya.

30
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan
kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini!
Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali
ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita
mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka.
Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang
wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau
banyaknya.

Wassalam... SELAMAT BERPUASA..

Nasihat Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau
tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.


Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-
pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti


rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut


kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

31
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan


kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan


memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan


menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang


teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab


semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

32
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian


tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif
dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah
atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas


positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam
tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan


lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke
tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor


ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat
lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat
yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat


kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita
solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains
mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan
kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas
yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan,
manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan
33
merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua
cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan
keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas
dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga


dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan
sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor,
4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada
proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa
yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang


mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah


mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat
Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
34
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu


agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah
Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam
itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya
Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk
agama Islam.

Tips Mendidik Anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan


ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-


anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

35
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari
sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak


halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-


anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.


21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

36
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu


bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa


anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang
rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg
diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan
arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah
yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan
pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika
dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg
memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan
perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan


anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa.
Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas
ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.
37
3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan,
makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak
dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat


menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan


penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan


menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi


dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk
ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata
kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang


terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan


menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang


suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-
38
galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia


tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan


kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah


kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah


menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia


menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu


menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan


tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

39
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada


kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi
garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab


mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa
henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan


mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri
banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
40
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara


lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya,
banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego
seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau
kurang segalanya, maka akan

kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad
dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam
sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu

melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah


dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah
ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya
yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais
bin Asim iaitu

41
pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi

yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging
itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang
panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak,
kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan

tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu


hukuman " Aku

bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais
bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang


segala kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang
ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan
kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang
ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya
Allah akan

ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa
"ketuanan"

kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan


mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :

42
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah


selamatkan kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan


membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang
yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang


marah. Ianya

lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam


keadaan

yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi


minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat


menenangkan

api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,


hendaklah

43
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada

tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan

kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka
begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri,


maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah
kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan


berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri,
maka kemarahan sudah

tidak dapat dikawal.

Wassalam..

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma


kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan
waktunya. Bila kemarahan
44
telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar,
tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak
sanggup

berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila


memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir
tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di


dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah
terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun
diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi
minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU.
Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini
sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan
dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai
contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan
berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2
terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar


menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan
terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung
didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan
mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir

45
dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak
elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa
bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima,
apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja


hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan
berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.
Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus
dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya
tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll.
Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita


bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah
dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti
ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI.
Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati
ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah
sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan
anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.
Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi
setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu
IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada
anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI
MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta
atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita
mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana
berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan
kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta
ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa
ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga
yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka
lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa
dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati
Islam.
46
Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan
menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami
(anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka
akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang
ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK.
Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTIi menggunakan
dengan bijak.

MENGAJAR ANAK MENIPU?

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu
persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil
perhatian.

KENAPA ANAK MENIPU?

Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:

* Kerana takut tidak diterima (disapproval)


* Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan
ayah, atuk dan nenek
* Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya

Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;

"Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja.
Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan
sayang ada Adi kalau senyum macam ini."

Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana
sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;

* Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah, saya mesti berhenti
menangis dan senyum.

* Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah
marah. Dengan itu, saya tidak akan menangis.

47
Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan
perasaannya tetapi takut untuk menangis. Dia juga akan memaksa
dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan
ini dia telah mula menipu.

Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi
dengan jelas dan tepat kepada anak

"Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja. Adi kecil lagi dan dengan itu
tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja. Adi tinggal di
rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga
boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan
pulang."

Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan
menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan
terus pergi tanpa menyebut "Jangan menangis, senyumlah sedikit" dan
lain-lain.

Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan
anak yang sedang menangis. Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas
kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik,
terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.

Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat
yang boleh. Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat
oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan,
eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum
meninggalkannya pada waktu pagi tadi.

Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan


sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji
dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita
menipu.

Situasi seterusnya; "Ain, sayang adik tak?" Ibu bertanya kepada


anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia
satu bulan ke atas riba kakaknya. "Tak sayang." Jawab Ain menolak
adiknya. "Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau.
48
Adik ini pun anak ibu juga". Ibu Ain menjawab agak serius dan
dukacita.

Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami


jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat
keputusan "saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab" tetapi di
dalam otak kecilnya masih berkata "tak sayang".

Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab "
Tentulah sayang ibu" tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang
kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.

Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.

Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari


dalam kandungan lagi. Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung
dengan adiknya dari dalam kandungan lagi. Malahan Ain boleh diberi
penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya.
Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.

Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah


diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik
serta aan membawa adik itu pulang ke rumah.

Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami
dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan
anaknya. Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya,
sebaik sahaja adik dilahirkan.

Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja


persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju,
lampinnya, dan lain-lain lagi. Ain juga boleh mengambil bahagian
menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu
menyapukan krim dan lain-lain.

Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan
membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan.
Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.

Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima


49
adik, persoalan "Sayang adik tak?" tidak perlu dilafazkan kerana ibu
dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.

Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar
ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-
anak. Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita
seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar
anak kita menipu.

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan


Meminta Nafkah

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang
perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan
penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia
bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi
pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik,
dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang
yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam
hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah
perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja.
Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya
memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan
mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah
golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman
kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang
memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

50
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-
sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan
yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal,
kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan
tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang
tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak
pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak
rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut,
marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam
rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja
derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan


suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-
bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa
ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan
sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas
dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak.
Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak,
sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-
henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan
bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air
muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak
peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah
keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora
krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-
anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling


mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan
oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada


orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka
bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan
syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah
51
menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena
Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Jangan biarkan ibu hidup sebatang kara

SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal erseorangan


di rumahnya di sebuah pekan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Anak-
anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri, tinggal
berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.

Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya.


Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada
kebebasan seperti di rumah sendiri.

Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing


kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.

Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu.
Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah
ibunya. Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah
tidak bernyawa lagi di atas katilnya. Menurut doktor, si ibu telah
meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.

Ini kisah benar yang diceritakan kepada Mualim oleh seorang rakan
yang mempunyai pertalian keluarga dengan wanita berkenaan.

Mualim percaya anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana


membiarkan si ibu hidup sebatang kara. Apa salahnya pujuk si ibu
supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka. Orang tua
memang sensitif. Jika diajak sambil lewa, mereka tidak akan
meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan
hidup bersendirian.

Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di


kampung, apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya.
Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya
setiap hari.

Paling tidak, jika ibu sudah tua dan uzur, pastikan menelefonnya setiap

52
hari. Benarlah kata pujangga bahawa seorang ibu boleh menjaga 10
anak, tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang


luar biasa pada zaman sekarang. Ini zaman anak-anak tidak lagi
tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah
berumah tangga.

Ini juga zaman anak-anak kadang kala terlupa kepada ibu bapa, pada
hal sebagai umat Islam mereka sentiasa diperingatkan supaya menjaga
ibu bapa.

``Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada


kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya
kepada-Ku kamu kembali.'' 31:14

Jika difahami maksud ayat ini, barang siapa yang tidak berbuat baik
kepada kedua-dua ibu bapa ertinya mereka juga tidak bersyukur
kepada Allah.

Perubahan cara hidup ekoran kemajuan pendidikan dan pembangunan


yang merubah pertanian kepada industri dan mendorong perpindahan
dari desa ke bandar, turut mengubah struktur kekeluargaan besar di
kampung kepada famili kecil di bandar.

Di kampung dulu, tali persaudaraan amat kukuh walaupun hubungan


darah sudah agak jauh. Saudara dua pupu dirasai bagaikan adik-
beradik. Seorang tua yang sakit di kampung akan dirawat oleh ramai
sanak-saudara. Di bandar kini, seorang lelaki atau wanita tua yang
kehilangan pasangan akan hidup kesunyian jika tidak tinggal bersama
anak-anak.

Sepatutnya anak lelaki yang bertanggung jawab menjaga si ibu atau


bapa, tetapi lebih lumrah anak perempuan yang memikul tanggung
jawab ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa lelaki sentiasa


bertanggungjawab terhadap ibunya, tetapi wanita pula mestilah
53
mengutamakan suami apabila berkahwin. Entah di mana silapnya, kita
dapati pada zaman ini anak perempuan pula yang lebih
bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Barangkali kaum lelaki lebih mentaati isteri daripada ibu bapa setelah
berkahwin. Si isteri pula mudah merajuk jika suami memberikan lebih
perhatian kepada ibu.

Keadaan ini amat pincang. Sepatutnya wanita mestilah memberikan


layanan baik kepada ibu mertua kerana ia merupakan sebahagian
daripada tanggungjawab mentaati suami. Si ibu yang dilayani menantu
perempuan dengan baik, hendaklah membalas dengan kasih sayang
sama seperti yang diberikan kepada anak lelakinya.

Namun perkara ini hanya mudah dicakap, tetapi sukar untuk


dilaksanakan kerana kebanyakan manusia beriman kepada Allah dan
Rasul hanya di bibir sahaja. Kepercayaan kepada kitab Allah (al-Quran)
hanya bersifat ilmiah, iaitu sekadar untuk mengetahui isi
kandungannya. Mengamalkan apa yang dipelajari jauh sekali.

Malahan lebih ramai yang menjaga hubungan dengan ibu bapa


berdasarkan norma yang tidak berasaskan agama. Ini bukan sahaja
berlaku di kalangan yang tidak berilmu agama, malah di kalangan
orang-orang yang bergelar ustaz.

Jika berilmu tetapi tidak melaksanakannya, ertinya seorang itu sudah


fasik. Lama kelamaan dia boleh kehilangan iman yang masih ada
sedikit dalam dirinya.

Mualim tidak sengaja mengada-adakan cerita sebagai bahan ruangan


ini. Seorang rakan Mualim yang berkelulusan Al-Azhar telah tidak
bertegur sapa dengan ibu bapanya sendiri kerana perselisihan faham
mengenai isterinya.

Akhirnya si ibu rakan Mualim itu meninggal dunia sebelum anaknya


sempat menuntut maaf. Menangis air mata darah sekalipun, Mualim
pasti si ustaz itu tetap melakukan satu dosa besar yang tidak patut
dilakukannya. Nauzubillah

54
APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s. a. w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya


satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga
naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan
ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak
dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,


ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai
tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan
kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-
anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan
peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg
sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan
menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi
berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka,
dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik
di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,
pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik
mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang
menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka


bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular
tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata,
kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda
cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun
55
kanak- kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah
tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua
kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada
kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak
mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi


apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu
hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf, selalulah
ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup
dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.
Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga
ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat
hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika
semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan
lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat
mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana


tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan,
nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada
bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar
sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata
mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
56
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.


Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya
juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan!
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti
ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada
Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan
bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia
sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan


ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah
emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka
berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan
anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan
kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal
dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil
hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.! Bila Nabi Ismail balik,
isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf disebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan
wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali
kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi
Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun
walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan
sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah
cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Doa Pengasih anak anak

Assalammualaikum...... masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat


suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum
gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg
dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi

57
taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak
suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon
situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi
kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak
atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan
dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak
....

so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak
dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu
petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok
pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2
sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ...
makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak
bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke
memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak
menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak
pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan
makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2
jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan
berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya
pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat
maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap
mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ...
kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ...
kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga
amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu
kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara
pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try
buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua
waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya
... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya


kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM
dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi
seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

58
Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh


manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas


ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka
dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan
tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung
oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar


rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

59
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd
isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok
dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-
sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat
kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-
anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap


4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung


oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana


pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan


menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
60
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu
datangnya dari diri saya sendiri.

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".


-----------------------------------------

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa


nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati
atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan
rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa
atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan,
ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak
diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan
syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan
merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar,
kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung
kepayahan dan pengorbanan.

61
Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani
segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal
bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan


dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.
Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran
atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah,
lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini
tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja
ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat
meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan
antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah
kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang-
orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga)
kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka
dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh
para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang
bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.
39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya


(mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran
kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah
kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari
neraka).
62
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam


keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat
istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar.
Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika


engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau
dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap
berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala


petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya
mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau
mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau
jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah
Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya
akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada


seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis
makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa
itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang
murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang
menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang
anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara
kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak
bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh
sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia
bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara


63
kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau
apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah
Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau
kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan,
kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak


demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit
yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila
memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang


bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa
bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya
atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang
tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa
yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali
tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa
anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu
terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga
dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-
ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila


diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya
daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada
penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu
seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan
sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian


drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu
cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala
sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan
bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara
64
yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik,
yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan
perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu
bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya
kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa
maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di
sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun
yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita


sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang
tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar
mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita
sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari,


bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu
adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan
kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak
terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita


hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas
dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah
Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi


paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat


kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat,
pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

65
===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah


Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

66

Anda mungkin juga menyukai