Anda di halaman 1dari 14

Berdoa dengan Al Asmaa ul Husna

Posted by Shafi-Q.





.
Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan segala isinya ini mempunyai nama-nama yang
banyak. Nama-nama itu bukan hanya sekadar nama, tetapi nama-nama yang bagus lagi indah
yang sesuai dengan penyataan yang diberikan. Nama itu disebut Al Asmaaul Husna. Terdapat
99 yang apabila disebut nama itu akan mempunyai pengaruh dan manfaat yang besar dan hebat
sekali terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan dan juga bagi orang yang telah melakukan
sesuatu tugas itu. Maka kita dianjur dan digalakkan untuk berdoa dengan Al Asmaaul Husna
tersebut.
.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik,
berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu Asma ul-Husna).
Surah al-Araf 7:180
.
Berikut adalah doa-doa daripada Asmaaul Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama
nama Allah yang baik. Allah SWT telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan
menggunakan nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah
dikabulkan.
.
Apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan Asmaaul Husna, Allah SWT akan
merasa senang hati untuk memakbulkan permintaan hamba-Nya itu. Maka janganlah kita
1

lepaskan peluang yang baik ini. Kita boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh
memilih mana-mana nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta.
.
Alhamdulillahi rabbil alamin, Allahuma solli ala Muhammad wa alaa aalihi wa ashaabihi
ajamaiin.
.
Ya Allah! Dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan
Rahmat-Mu; Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi segala sesuatu.
Ya Allah! Kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu; Dikaulah Yang
Maha Agung dan Maha segala-galanya.
.
1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim, Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya
Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya
melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu,
ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.
2. Ya Allah! Ya Malik, Raja kepada segala raja, kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan
membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya Dikau.
Kami redha menjadikan-Mu sebagai Pemimpin kami, yang lebih berhak dipatuhi daripada segala
pemimpin yang lain.
3. Ya Allah! Ya Quddus, yang Maha Suci, Dikaulah Tuhan yang bersih daripada segala
kelemahan, menyembuh dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami.
Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain Dikau selalu mengecewakan;
Kami redha mempertuhankan Dikau Zat yang Maha suci.
4. Ya Allah! Ya Salam, yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli
keluarga kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan keburukan.
Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada segala bencana dunia dan akhirat.
5. Ya Allah! Ya Mukmin, yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami
takuti. Amankanlah ahli keluarga kami daripada segala sengketa, amankanlah kejiranan kami,
amankanlah kawasan kami dan amankanlah negara kami daripada segala kejahatan dan
keburukan. Kami sedar bahawa, tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan
aman sentosa, rukun dan damai.
6. Ya Allah! Ya Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang
tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada
2

segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang
dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.
7. Ya Allah! Ya Aziz, yang Maha Mulia, Dikaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia,
Nabi-Mu adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan yang mulia.
8. Ya Allah! Ya Jabbar, yang Maha Perkasa bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala
muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-Mu kepada kami.
9. Ya Allah! Ya Mutakabbir, yang Maha Megah, Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini,
kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada sifat
bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaan-Mu.
10. Ya Allah! Ya Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik,
ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau
cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami. (mintalah mengikut apa yang
kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.
11. Ya Allah! Ya Bari, Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk
kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.
12. Ya Allah! Ya Mushawwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami
kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan kami,
hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.
13. Ya Allah! Ya Ghaffar, kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya
Dikau tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.
14. Ya Allah! Ya Qahhaar, yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan jangan Dikau paksa
kami melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah Dikau paksakan
kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya Dikau paksalah mereka, fulan bin
fulan (sebut nama-nama) atau sesiapa sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami.
Dikaulah maha segala-galanya, dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu
yang baik untuk kami.
15. Ya Allah! Ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa
sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang Dikau
berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang tidak Dikau berikan, tidak
ada siapa yang dapat memberinya.
16. Ya Allah! Ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami
rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami,
cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta
akibat daripada kekurangan rezeki.

17. Ya Allah! Ya Fattaah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan
dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan
kesukaran kami.
18. Ya Allah! Ya Aliim, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang
kami tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah
kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami
apa-apa yang Dikau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.
19. Ya Allah! Ya Qaabidh, wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang
ada pada kami, dan janganlah Dikau cabut nikmat yang Dikau telah berikan kepada kami
lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan binasalah kami tanpa nikmat
daripada-Mu. Sebaliknya Dikau cabutkan sahaja kekuasaan yang ada pada musuh kami .
20. Ya Allah! Ya Baasith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu
adalah luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan RahmatMu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada
kami.
21. Ya Allah! Ya Khaafidh, wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Dikau akan menjatuhkan
siapa yang Dikau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah mereka
yang berniat mengkhianati kami, Dikaulah maha segala-galanya dan kami tidak ada kuasa dan
upaya.
22. Ya Allah! Ya Rafi, wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkatlah darjat kami disisi-Mu,
angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akirat. Angkatlah darjat kami di sisi mereka yang
menghina kami.
23. Ya Allah! Ya Muiz, wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Dikau memuliakan sesiapa yang
Dikau kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami di sisi mereka
yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu, kepada siap lagi hendak kami
berserah diri.
24. Ya Allah! Ya Mudzil, wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Dikau
hina dan tidak akan hina orang yang Dikau muliakan, maka kepada Dikaulah tempat kami
menaruh pengharapan kami; Sesungguhnya Dikau tidak akan mensia-siakan kami, janganlah
Dikau masukkan kami di kalangan mereka yang hina.
25. Ya Allah! Ya Sami, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami,
dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan diri-Mu daripada kami,
lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.
26. Ya Allah! Ya Basir, wahai Tuhan Maha melihat, Dikau melihat siang dan malam, Dikau
melihat gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah tanpa
penglihatan-Mu, Dikau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk kami, Dikau lihatkan
untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang dan malam, gelap dan terang.
4

27. Ya Allah! Ya Hakam, wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hukum-hukum-Mu
adalah yang paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang sebaliknya
untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Dikaulah yang Maha Menghukum, dan hukumanmu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.
28. Ya Allah! Ya Adl, wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih Adil daripada-Mu,
kepada Keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil, jadikanlah kami ibu/bapa
yang adil, jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa bersikap adil.
29. Ya Allah! Ya Latif, wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati
kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.
30. Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi
segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.
31. Ya Allah! Ya Halim, wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan
kesantunan-Mu, kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.
32. Ya Allah! Ya Azim, wahai Tuhan yang Maha Agung, Dikaulah yang paling agung, tidak ada
yang lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan penguasa yang
zalim, Dikaulah maha segala-galanya.
33. Ya Allah! Ya Ghafur, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan
dan kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan. Hapuskanlah segala
dosa-dosa kami, Kami berharap agar dapat mati dengan keadaan tiada dosa ya Allah,
sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang berdosa.
34. Ya Allah! Ya Syakur, wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hambaNya, tatkala manusia tidak menghargai segala usaha kebaikan kami kepada mereka, maka Dikau
hargailah segala kebaikan amalan kami, Dikaulah yang mengetahui akan kesungguhan kami,
janganlah Dikau sia-siakan segala amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat
dan kekurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga Dikau terima segala
amalan-amalan kami.
35. Ya Allah! Ya Aliy, wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya
melainkan hanya Dikau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan janganlah
Dikau merendahkan kami.
36. Ya Allah! Ya Kabir, wahai Tuhan yang Maha Besar, tiada yang memiliki kebesaran selain
Dikau, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang akan sentiasa membesarkan-Mu, janganlah
Dikau jadikan kami di kalangan mereka yang membesarkan penghidupan dunia, membesarkan
harta, membesarkan kedudukan dan pangkat, membesarkan manusia. Kami sedar sikap
sedemikian hanya akan menyebabkan Dikau murka, maka jauhkanlah kami daripada segala yang
menyebabkan kemurkaan-Mu.

37. Ya Allah! Ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua,
peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli
keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak,
penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.
38. Ya Allah! Ya Muqith, wahai Tuhan yang Maha Menepati Waktu, tiada yang lebih daripadaMu, setiap ciptaan-Mu telah Dikau berikan tempoh dan masa, berikanlah kami waktu yang
membolehkan kami berbakti kepada-Mu, sebaliknya Dikau matikan kami bilamana Dikau
ketahui dengan waktu itu kami hanya akan menjauhi-Mu.
39. Ya Allah! Ya Hasib, wahai Tuhan yang Maha Penghitung, tiada siapa yang lebih tepat dan
cepat menghitung daripada-Mu, dengan keimanan kami terhadap nama dan sifat-Mu ini, maka
berilah perhitungan yang baik kepada amalan baik kami dan janganlah Dikau ambil kira
keburukan dan kejahatan kami, ampunkanlah segala kesalahan kami yang lalu.
40. Ya Allah! Ya Jalil, wahai Tuhan yang memiliki sifat Keagungan, tiada yang lebih agung
daripada-Mu, terimalah pengakuan ikhlas kami ini dan tetapkanlah kami dalam keimanan ini,
bahawa tiada yang lebih agung dalam kehidupan kami melainkan Dikau.
41. Ya Allah! Ya Karim, wahai Tuhan yang Maha Mulia, tiada yang lebih mulia daripada-Mu,
maka muliakan kami yang beriman kepada kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka yang tidak
beriman kepada kemuliaan-Mu.
42. Ya Allah! Ya Raqib, wahai Tuhan yang Maha mengawas, pengawasan-Mu mencakupi setiap
pelusuk alam ini, tiada satu pun yang terluput daripada pemerhatian-Mu, maka berikanlah
pengawasan-Mu kepada kami, perhatikanlah anak-anak kami, ahli keluarga kami, harta benda
kami semasa ketiadaan kami.
43. Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankandoa, perkenanlah segala
permintaan kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam keadaan
kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala keperluan kami, jauhkan kami
daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.
44. Ya Allah! Ya Wasi, wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu
juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.
45. Ya Allah! Ya Hakim, wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijak daripadaMu, kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-Mu dan segala hukum penetapan-Mu, maka dengan
keimanan kami terhadap kebijaksanaan_mu ini, berikanlah kebaikan daripadanya jadikanlah
kami di kalangan mereka yang sentiasa menyanjungi ciptaandari hukum-hukum-Mu, termasuk
juga hukum syariat-Mu, janganlah Dikau jadikan hati dan pemikiran kami meremehkan hokumhukum-Mu.
46. Ya Allah! Ya Waduud, Dikaulah Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-Mu adalah hakiki,
cinta-Mu adalah sejati, maka cintailah kami, teruskan menyintai kami dan jadikanlah kami di
kalangan hamba-Mu yang menyintai-Mu, menyintai Nabi utusan-Mu, menyintai kitab-Mu,
6

meyintai agama-Mu dan menyintai segala orang yang Dikau cintai. Jadikanlah harti kami benci
kepada segala yang Dikau benci.
47. Ya Allah! Ya Majiid, Dikaulah yang Maha Pemurah, murahkanlah kurniaan-Mu kepada
kami, murahkan rezeki-Mu kepada kami.
48. Ya Allah! Ya Baaith, Tuhan yang Membangkitkan, kami beriman bahawasanya Dikau akan
bangkitkan kami sesudah mati nanti, bangkitkanlah kami dalam kebaikan dan bersama orangorang yang baik, bangkitkanlah kami untuk mendapatkan kebaikan, kemuliaan dan keindahan
syurga-Mu. Janganlah Dikau bangkitkan kami dalam keadaan dosa yang tidak terampun,
ingatkanlah kami kepada hari pembangkitan-Mu, janganlah Dikau lalaikan kami daripadanya.
,
Ya Allah! Ya Tuhan kami, dengan menggunakan sebahagian daripada nama-nama-Mu yang
baik ini, kabulkanlah permintaan kami. Dikau telah menjanjikan akan mengkabulkan
permintaan mereka yang berdoa dengan menggunakan nama-nama-Mu. Kabulkanlah
permintaan kami ya Allah, janganlah Dikau sia-siakan doa kami ini.
Kami beriman kepada-Mu, beriman kepada nama-nama-Mu, dan beriman kepada sifat-sifatMu yang agung. Tiada Tuhan melainkan hanya Dikau, tiada yang berkuasa melainkan
hanya Dikau.
Wa solallaahu alaa nabiyyikal karim wa alaa aalihi wasohbihi ajmain, wal hamdulillahi
rabbil alamin.
https://shafiqolbu.wordpress.com/asmaa-ul-husna/berdoa-dengan-al-asmaa-ul-husna/
2015

23-02-

BERDOA DENGAN ASMA'UL HUSNA


Bismillahirrahmannirahim,
1. Yaa Allaahu anta robbunaa laa ilaaha illaa anta
Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau
2. Yaa Rahmaanu narjuu rohmatak
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, kami mengharap kasih sayang-Mu.
3. Yaa Rahiimu irhamnaa
Ya Tuhan yang Maha Penyayang, kasih dan sayangilah kami.
4. Yaa Qudduusu Qaddis Fithratanaa
Ya Tuhan yang Maha Suci, sucikanlah fitrah kejadian kami

5. Yaa salaamu sallima min aafaatid dunyaa wa'adzaabil aakhirah


Ya Tuhan Pemberi selamat, selamatkanlah kami dari fitnah bencana dunia dan siksa di akherat.
6. Yaa mukminu aaminaa wa-aamin ahlanaa wabaladanaa
Ya Tuhan yang memberi keamanan, berikanlah kami keamanan, keluarga kami dan negeri kami.
7. Ya Muhaiminu haimin auraatinaa wa-ajsaadanaa
Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, lindungilah cacat dan jasad kami.
8. Yaa Aziizu Azziznaa bil'ilmi walkaroomah
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan kemuliaan.
9. Yaa Jabbaaru hab lanaa min jabaruutika
Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, berikanlah kepada kami dari keperkasaan-Mu.
10. Yaa Khooliqu hassin kholqonaa wahassin khuluqonaa
Ya Tuhan Yang Maha Menciptakan/Menjadikan, baguskanlah kejadian kami dan baguskanlah
akhlak kami.
11. Yaa Baari'u abri'naa minasy syirki walmaradhi walfitnati
Ya Tuhan yang Maha Membebaskan, bebaskan kami dari syirik, penyakit, dan fitnah.
12. Yaa Mushawwiruu shawirnaa ilaa ahsanil kholqi walhaali
Ya Tuhan yang Maha Membentuk, bentuklah kami menjadi sebaik-baiknya makhluk dan sebaikbaik keadaan.
13. Ya Ghoffaaru ighfir lanaa dzunuubanaa
Ya Tuhan Yang Maha Pengampun , ampunilah dosa-dosa kami.
14. Ya Wahhaabu Hab lanaa dzurriyatan thayyibah
Ya Tuhan Yang Maha Memberi, berikanlah kepada kami anak keturunan yang baik
15. Ya Rozzaaqu urzuqnaa halaalan thoyyiban waasi'aa
Ya Tuhan Yang Maha Memberi rezeki, berikanlah rezki yang halal, bergizi dan berkah
16. Yaa Fattaahu iftah lanaa abwaabal khoiri
Ya Tuhan yang Maha Membuka, bukakanlah buat kami segala pintu kebaikan.
17. Yaa aliimu a'limnaa maa laa na'lam
Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, beritahukanlah kepada kami apa yang kami tidak
mengetahuinya.
18. Yaa Qoobidhu idzaa jaa'a ajalunaa faqbidh ruuhanaa fii husnil khotimah
Ya Tuhan Yang Maha Mencabut, jika telah sampai ajal kami, cabutlah ruh kami dalam keadaan
khusnul khotimah.

19. Yaa baasithu ubsuth yadaaka alainaa bil athiyyah


Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, luaskan kekuasaan-Mu kepada kami dengan penuh pemberian.
20. Ya roofi'u irfa darojaatinaa.
Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat, angkatlah derajat kami.
21. Ya Mu'izzu aatinaa izzataka.
Ya Tuhan Yang Maha Memberi kemuliaan, limpahkanlah kemuliaan-Mu kepada kami.
22. Yaa samii'u isma syakwatanaa
Ya Tuhan Yang Maha Mendengar. dengarkanlah pengaduan kami.
23. Yaa bashiiru abshir hasanaatinaa
Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah dan terimalah semua amal kebaikan kami.
24. Yaa haliimu bilhilmi zayyinnaa
Ya Tuhan Yang Maha Penyantun, hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun.
25. Yaa lathiifu ulthuf binaa
Ya Tuhan Yang Maha Lembut , bersikaplah lembut kepada kami.
26. Yaa azhiimu ahyinaa hayaatal uzhomaa
Ya Tuhan Yang Maha Agung, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang
agung.
27. Yaa ghofuuru ighfir lanaa waisrofanaa
Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami dan kelalaian kami.
28. Ya syakuruu a'innaa 'alaa syukrika
Ya Tuhan Yang Maha Menerima syukur, berikanlah kami kemampuan untuk selalu bersyukur
kepada-Mu.
29. Ya aliyyu uluwwaka nastaghiitsu
Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, kami mengharap ketinggian dari Mu (saat kembali kepada Mu)
30. Yaa hafiizhuu ihfazhnaa min fitnatid dunya wasuuihaa
Ya Allah Yang Maha memelihara, peliharalah kami dari fitnah dunia dan kejahatannya
31. Yaa muqiitu a'thinaa quwwataka laa haula walaa quwaata illabika
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memberi kekuatan, berikanlah kami kekuatan, tidak ada daya dan
kekuatan kecuali dari Engkau
32. Yaa Hasiibu haasibnaa hisaaban yasiiroo
Ya Tuhan Yang Maha Menghisab, hisablah kami nanti dengan hisaban yang ringan dan mudah
33. Yaa jaliilu ahyinaa hayaatal ajillaal.
9

Ya Tuhan Yang Maha Luhur, hidupkanlah kami seperti orang-orang yang mempunyai keluhuran
34. Ya kariimu akrimnaa bittaqwaa
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ketaqwaan
35. Ya roqiibu ahyinna tahta riqoobatik
Ya Tuhan Yang Maha Mengamati geark-gerik, hidupkanlah kami selalu dalam pengamatan-Mu
36. Ya mujiibu ajib da'watanaa waqdhi hawaaijanaa
Ya Tuhan Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah do'a kami (dalam kebaikan, terbaik sesuai
pilihan Mu)
37. Yaa waasi'u urzuqnaa rizqon waasi'aa wawassi shuduuronaa
Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, berikanlah kami rizki yang luas dan luaskanlah dada kami.
38. Yaa hakiimu ahyinaa hayaatal hukamaai
Ya Tuhan Yang Maha Bijaksana, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang
bijaksana.
39. Yaa waduudu wuddaka ista'tsarnaa wa alhimma mawaddatan warohmah
Ya Tuhan Yang Maha Mencintai, hanya cintamu kami mementingkan, dan ilhamkanlah kepada
kami rasa cinta dan kasih sayang.
40. Ya majiidu a'thinaa majdaka
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu
41. Yaa baa'itsu ib'atsnaa ma'asysyuhadaai washshoolihiin
Ya Tuhan Yang maha Membangkitkan, bangkitkanlah kami bersama orang-orang yang syahid
dan orang yang shaleh.
42. Yaa Syaahiidu isyhad bi annaa muslimuun
Ya Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang
menyerahkan diri kepada-Mu (Muslimin)
43. Yaa Haqqu dullanaa haqqon wa'thi kulla dzii haqqin haqqoo
Ya Allah Tuhan Yang Maha Haq, tunjukilah kami kepada yang haq dan berikanlah hak pada
setiap orang yang mempunyai haq
44. Yaa wakiilu alaika tawakkalnaa
Ya Tuhan Yang Maha Memelihara penyerahan, kepada-Mu kami serahkan urusan kami
45. Yaa Qowiyyu biquwwatika fanshurnaa
Ya Tuhan Yang Maha Kuat, dengan kekuatan-Mu tolonglah kami.
46. Yaa matiinu umtun imaananaa watsabbit aqdaamanaa
Ya Tuhan Yang Maha Kokoh, kokohkanlah iman kami dan mantapkan pendirian kami.
10

47. Yaa Waliyyu ahyinaa hayaatal auliyaa


Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, hidupkanlah kami seperti hamba-hamba-Mu yang mendapat
perlindungan (para wali)
48. Yaa haniidu urzuqnaa isyatan hamiidah
Ya Tuhan Yang Maha Terpuji, limpahkan kepada kami kehidupan yang terpuji.
49. Yaa muhshii ahshinaamin zumrotil muwahhidiin
Ya Tuhan Yang Maha Menghitung, hitunglah kami termasuk orang-orang yang meng-Esakan
Engkau
50. Yaa mubdi'u bismika ibtada'naa
Ya Tuhan Yang Maha Memulai, dengan nama-Mu kami memulai.
51. Yaa muhyii laka nuhyii fahayyina bissalaam
Ya Tuhan Yang Maha Menghidupkan, karena Engkau kami hidup, hidupkanlah kami dengan
penuh keselamatan
52. Yaa mumiitu amitna alaa diinil Islaam
Ya Tuhan Yang Maha Mematikan, matikanlah kami tetap dalam keadaan Islam
53. Yaa Hayyu ahyi wanammi sa'yanaa wasyarikatana waziro'atana..
Ya Tuhan Yang Maha Hidup , hidupkanlah dan kembangkanlah usaha kami, perusahaan kami
dan tanaman kami
54. Ya Qoyyuumu aqimnaa bil istiqoomah
Ya Tuhan Yang Maha Tegak, tegakkanlah kami dengan konsisten
55. Yaa maajidu aatinaa majdaka
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu
56. Yaa waahidu wahhid tafarruqonaa wajma'syamlanaa
Ya Tuhan Yang Maha Esa/Menyatukan, persatukanlah perpecahan kami dan kumpulkanlah
keberantakan kami.
57. Yaa shomadu ilaika shomadnaa
Ya Tuhan yang tergantung kepada-Nya segala sesuatu, hanya kepada-Mu kami bergantung.
58. Yaa qodiiru biqudrotika anjib min zhahrina zhurriyyatan thoyyibah
Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, dengan kekuasaan-Mu, karuniakanlah kami anak keturunan yang
baik dan sholeh/hah.
59. Ya mukoddimu qoddim hawaaijanaa fiddun-ya wal aakhiroh
Ya Tuhan Yang Maha Mendahulukan, dahulukan keperluan kami di dunia dan di akherat.

11

60. Yaa muakhkhiru akhkhirhayaatana bishusnil khootimah.


Ya Tuhan Yang Maha Mengakhirkan, akhirkanlah hidup kami dengan husnul khotimah.
61. Yaa awwalu adkhilnal jannta ma'al awwalin
Ya Tuhan Yang Maha Pertama, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang
pertama masuk syurga
62. Yaa aakhiru ij'al aakhiro 'umrinaa khoirohu.
Ya Tuhan Yang Maha Akhir, jadikanlah kebaikan pada akhir umur kami.
63. Ya zhoohiru azhhiril haqqo 'alainaa warzuqnattibaa'ah
Ya Tuhan Yang Maha Nyata, tampakkanlah kepada kebenaran , berikan kami kesanggupan untuk
mengikutinya.
64. Yaa baathinu abthin 'uyuubanaa wastur 'aurootinaa.
Ya Tuhan Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikanlah cacat kami dan tutuplah rahasia kami.
65. Yaa waali anta waali amrinaa faasri' nushrotaka lanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menguasai, Engkau adalah Penguasa urusan kami, maka segerakanlah
pertolongan-Mu kepada kami.
66. Yaa barru ashib barroka alainaa waahyinaa ma'al barorotil kiroom.
Ya Tuhan Yang Maha Dermawan, limpahkan kedermawanan-Mu kepada kami dan hidupkanlah
kami bersama orang-orang yang dermawan lagi mulia.
67. Yaa tawwaabu taqobbal taubatanaa wataqobbal ma'dzi-rotanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menerima taubat, terimalah taubat kami dan uzur kami
68. Yaa afuwwu fa'fu annaa khothooyaanaa
Ya Tuhan Yang Maha Memaafkan , maafkanlah semua kesalahan kami
69. Ya rouufu anzil alainaa ro'fataka
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, turunkanlah kepada kami kasih/kelembutan-Mu
70. Yaa Maalikal mulki aati mulkaka man tasyaa-u minnaa
Ya Tuhan Yang Memiliki Kerajaan/Kekuasaan, berikan kerajaan/kekuasaan-Mu kepada siapa
yang Engkau kehendaki dari kami.
71. Yaa Muntaqimu laa tantaqim 'alaina bidzunuubinaa
Ya Tuhan Yang Maha Menyiksa, janganlah kami disiksa lantaran dosa-dosa kami.
72. Yaa dzal jalaali wal ikroom akrimnaa bil ijlaali wattaqwaa
Ya Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, muliakanlah kami dengan keagungan
dan ketaqwaan.
73. Yaa Muqsithu tsabbit lanaa qisthon wazil 'anna zhulman
12

Ya Tuhan Yang Maha Mengadili, tetapkanlah kepada kami keadilan dan hilangkan dari kami
kezaliman.
74. Yaa Jaami'u ijma'naa ma'ash shoolihiin.
Ya Tuhan Yang Maha Mengumpulkan, kumpulkanlah kami bersama orang-orang yang sholeh.
75. Yaa Ghoniyyu aghninaa bihalaalika 'an haroomik
Ya Tuhan Yang Maha Kaya, berikanlah kepada kami rezeki yang halal dan jauh dari keharaman.
76. Yaa Maani'u imna' daairotas suu-i taduuru 'alainaa.
Ya Tuhan Yang Maha Menolak, tolaklah putaran kejahatan yang mengancam kami.
77. Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru 'alainaa
Ya Tuhan Yang Maha Memberi Bahaya, jangan timpakan kepada kami bahaya-Mu dan bahaya
orang yang akan membahayakan kami.
78. Yaa Naafi'u infa' lanaa maa 'allamtanaa wamaa rozaqtanaa
Ya Tuhan Yang Maha Membri Manfaat, berikan kemanfaatan atas apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami dan kemanfaatan rizki yang Engkau berikan kepada kami.
79. Yaa Nuuru nawwir quluubanaa bihidaayatika
Ya Tuhan Yang Maha Bercahaya, sinarilah kami dengan petunjukmu.
80. Yaa Haadii ihdinash shirothol mustaqim.
Ya Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
81. Yaa Badii'u ibda' lanaa hayatan badii'ah
Ya Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan, ciptakanlah kepada kami kehidupan yang indah.
82. Yaa Baaqii abqi ni'matakal latii an'amta 'alainaa.
Ya Tuhan Yang Maha Kekal, kekalkanlah nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.
83. Yaa Waaritsu ij'alnaa min waratsati jannatin na'iim.
Ya Tuhan Yang Maha Pewaris, jadikanlah kami orang yang akan mewarisi syurga kenikmatan.
84. Yaa Rasyiidu alhimna rusydaka waahyinaa raasyidiin.
Ya Tuhan Yang Maha Cendekiawan, limpahkanlah kecendekiawaan-Mu dan hidupkanlah kami
sebagai orang-orang cendekia.
85. Yaa Shabuuru ij'alnaa shaabiriina
Ya Tuhan Yang Maha Penyabar, jadikanlah kami orang-orang yang selalu bersabar.
Aamiin ya Robbal alaamin ..
https://idid.facebook.com/media/set/?set=a.349301475136551.78133.153300751403292&type=3
23-02-2015
13

14

Anda mungkin juga menyukai