Anda di halaman 1dari 4

SEDEKAH MENINGKATKAN KUALITI UMMAH

Bismillahi 'l-Rahmani 'l-Rahim.


Assalamu'alaikum warahmatu 'l-Llahi wa barakatuh.
Alhamdulillahi rabba 'l-'alamin, wassolatu wassalamu 'ala asyrafi 'l-anbiya'i wa 'l-mursalin, wa
a'ala ali baytihi wa ashabihi ajma'in.
Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia,
seterusnya hadirin umat Muhammad semua.
Maksudnya : dan infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepadamu
sebelum saat kematianmu....
Ayat di atas memberikan peringatan kepada umat Islam bahawa rezeki yang dikurniakan Allah
s.w.t kepada kita wajar diinfakkan sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Persoalannya, mengapa Allah SWT memerintahkan umat Islam memberikan sedekah? Apa
kepentingan sedekah kepada umat? Bagi merungkai persoalan tersebut, maka saya berdiri di
hadapan tuan-tuan dan puan-puan pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan sebuah
syarahan bermauduk : Sedekah Meningkatkan Kualiti Umat.
Muslimin warga budiman;
Secara konsepnya sedekah boleh ditakrifkan sebagai pendermaan atau perbelanjaan sesuatu,
sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material dengan ikhlas tanpa mengharapkan
sebarang balasan. Sementara meningkatkan kualiti bermaksud menambahkan atau
memperkasakan darjah kecemerlangan dan mutu, sementara ummah yang dimaksudkan di sini
ialah masyarakat atau komuniti Muslim di mana-mana sahaja tempat dilaksanakan sedekah itu.
Lantas secara tuntasnya Sedekah Meningkatkan Kualiti Umat boleh saya konsepkan sebagai
pemberian sesuatu, sama ada material mahupun bukan material yang dilakukan secara ikhlas
oleh umat Islam dalam sesebuah komuniti akan menambahkan darjah kecemerlangan dan mutu
masyarakat Muslim di sesebuah tempat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :
Maksudnya : dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) pada jalan Allah.
Hadirin yang dirahmati Allah;
Minda bicara saya yang pertama : sedekah meningkatkan keimanan. Sedekah adalah antara
wadah meningkatkan keimanan dalam jiwa raga umat Islam. Pastinya dengan menghulurkan
sedekah, pahala akan bertambah, amalan pula akan dipandang oleh Allah, dan akhirnya, iman
meningkat sebagai natijah. Orang yang sentiasa bersedekah secara tulus dan ikhlas sentiasa ingin
melaksanakannya tanpa mengharapkan balasan dan imbalan, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk
sesama insan. Firman Allah swt :
(al-Baqarah : 264)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu rosakkan (pahala) sedekah kamu
dengan mengungkit-ngungkitnya serta menyakitkan hati (penerimanya) seperti orang yang
menginfakkan hartanya kerana riya.
Dengan imanlah, sahabat Rasulullah, Abul Rahman bin Auf telah menyumbangkan banyak harta,
waima 700 ekor unta yang penuh dengan barang keperluan diatasnya untuk keperluan penduduk
Madinah semata-mata kerana Allah. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa sedekah akan dapat
meningkatlkan iman dan seterusnya melahirkan ummah yang berkualiti.
Muslimin yang dimuliakan, muslimat yang diraikan;
Kualiti akhlak ummah juga dapat dilahirkan melalui sedekah, selari dengan buah bicara saya
yang kedua, sedekah memupuk akhlak mahmudah. Melalui sedekah, jiwa dan harta dapat
disucikan. Jiwa yang suci akan mendapat keberkatan, lantas memangkin nilai-nilai murni seperti
penyayang, bertanggungjwab, dan prihatin dalam jiwa setiap individu. Allah berfirman dalam
surah al-Taubah, ayat 3:
Maksudnya : Ambillah sebahagian daripada harta mereka (sebagai) sedekah, (supaya) dengannya
engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang
buruk).
Jika kita telusuri sirah sahabat, pasti kita akan saksikan betapa sahabat seperti Abu Bakar alSiddiq, meng-infak-kan seluruh harta bendanya demi mengharap kasih sayang dan maghfirah
Allah! Lihatlah akhlak para sahabat, Allah menyucikan jiwa mereka kerana amal sedekah yang
tidak pernah pudar kerana-Nya. Bukankah ini bukti bahawa dengan bersedekah, sikap dan
peribadi unggul dapat dibentuk, insan syumul jelas dipupuk.
Warga dewan penerus wawasan,
Beralih pula kepada rentas bicara saya yang ketiga : sedekah memberkatkan rezeki. Hadirin yang
dihormati, pernahkah terdetik di dalam hati : kalau asyik bersedekah, duit setinggi bukitpun pasti
habis ditarah! Jika demikian yang terfikir dalam jiwa, insaflah kita bahawa Allah ialah alRazzaq, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki! Mahukah kita ditimbuni harta tetapi hidup seperti di
dalam neraka? Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 245 :
Maksudnya : Sesiapa yang meminjamkan (yakni membelanjakannya pada jalan) Allah dengan
pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya.
Sesungguhnya, rezeki yang berkat akan membawa manfaat. Syed Mukhtar al-Bukhari sebagai
contoh, banyak bersedekah kepada umat: menjaga anak yatim dan golongan fuqara. Melalui
Yayasan al-Bukhari yang didirikannya, masyarakat dibantu, umat dibangunkan. Hasilnya? Syed
Muhammad al-Bukhari dikurniakan rezeki melimpah ruah sehingga menjadi salah seorang 10
orang terkaya di Malaysia. Jelas membuktikan bahawa rezeki yang disedekahkan akan mendapat
keberkatan Allah, lantas menyuburkan hati, membuka pintu rahmat, rezeki pula bertamahtambah.

Umat Muhammad pewaris dunia,


Rezeki yang kita sedekahkan sesungguhnya satu wadah membangunkan umat. Dengan
bersedekah, masyarakat semakin gagah. Maka, buah fikir saya yang keempat: Sedekah
membangunkan masyarakat. Bersedekah boleh meringankan beban orang lain. Bersedekah juga
boleh mengukuhkan hubungan sesama hamba, serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan
dalam kalangan masyarakat. Allah berfirman :
Maksudnya : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik (alBaqarah : ayat 271).
Bersedekah sama ada dengan harta mahupun tenaga meningkatkan ukhwah sesama kita. Mangsa
gempa bumi di Padang dan Haiti tidak kebulur atas semangat sedekah daripada sukarelawan
seluruh dunia. Pakaian, makanan, rumah dibina semula. Yang sakit, cedera dan menderita jiwa
dibantu oleh pakar-pakar dari seluruh dunia. Terbuktilah bahawa bersedekah mampu
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu bagi membangunkan masyarakat yang sejahtera.
Hadirin warga dewan yang budiman;
Mandala fikir saya yang kelima : Sedekah memantapkan ekonomi. Firman Allah :
(al-Baqarah, ayat 261).
Maksudnya : Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir
biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.
Melalui sedekah yang berterusan, wang tidak hanya disimpan. Aliran tunai dalam negara akan
bergerak aktif, peniaga dan pelanggan akan mendapat impak positif. Lantas, golongan peniaga
mendapat laba, sedekah dan zakat mengalir kepada asnaf-asnafnya. Pembiayaan atau pinjaman
tanpa faedah juga adalah salah satu bentuk pertolongan atau sedekah kepada golongan yang
memerlukan. Melalui aktiviti ini, ekonomi negara dapat ditingkatkan, sama ada dalam bidang
perniagaan mahupun pendidikan. Kesimpulannya, bersedekah menjana ekonomi umat yang
kukuh, sekali gus menjadikan negara kekal teguh.
Sidang saksi bervisi;
Sedekah juga dapat menolak bala, memanjangkan umur serta memurahkan rezeki. Hal ini selari
dengan hujah saya yang keenam, sedekah bertambah, sejahteralah ummah. Apabila ummah
sejahtera, maka kehidupan yang berkualiti akan dapat dizahirkan. Penyakit terhindar, sosial
segar, pemikiran bugar. Sabda Nabi s.a.w mafhumnya :
Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah (Hadis
riwayat Baihaqi).
Jika kita renung sejarah silam, hal ini terbukti pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz. Sedekah
dan zakat melimpah ruah, menyebabkan masyarakat sejahtera : tiada penyakit berjangkit, tiada

peminta sedekah. Bukanklah ini membuktikan hasil daripada sedekah yang dihulur, negara dan
masayarakat sejahtera, makmur.
Muslimin muslimat, ummah pilihan;
Saya ingin membawa hadirin sekalian berfikir sejenak : apa yang akan terjadi sekiranya umat
kita ini mengamalkan sikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing?
Sudah pasti yang kaya menghina yang miskin, yang miskin membenci yang kaya. Namun,
alhamdulillah... dengan keindahan dan keadilan Islam, syariat tentang sedekah diturunkan. Maka
ayuhlah kita memahami falsafah di sebalik tuntutan sedekah ini. Bukanlah sedekah itu hanya
menghulurkan seringgit kepada tabung masjid pada setiap hari Jumaat, tetapi kita sedekahkan
tenaga, pemikiran, dan kewangan demi membangunkan kesihatan, pendidikan, sosial, dan
kerohanian umat. Sekurang-kurangnya, senyumlah, kerana senyum itu pun sedekah!
Sekian,

Anda mungkin juga menyukai