Anda di halaman 1dari 11

ASAS AQIDAH ISLAMIAH

DEFINISI BEBERAPA TERMINOLOGI AQIDAH

1. Aqidah

Kata aqidah telah melalui tiga tahap iaitu :

1. Perkembangan makna iaitu :


 Tekad yang bulat (al-‘Azm al-Muakkad)
 Mengumpulkan (al-Jam’u)
 Niat (an-Niyah)
 Menguatkan perjanjian (at-Tautsiq Lil ‘Uqud)
 Sesuatu dianuti dan diyakini oleh manusia, baik itu benar atau batil (Maa
Yadiimu al-Insan Sawa’un Kaana Haqqan au Bathilan)

2. Perbuatan hati. Disini aqidah mula diertikan sebagai perbuatan hati


seorang hamba. Makna ini lebih khusus dari makna sebelumnya.

3. Aqidah yang memasuki masa kematangan iaitu ia telah menjadi sebagai


disiplin ilmu. Disinilah aqidah mula didefinisikan sebagai:

“Ilmu tentang hukum-hukum syariat dalam bidang aqidah yang diambil


dari dalil-dalil yaqiniah (mutlak) dan menolak syubhat dan dalil-dalil
khilafiyah yang cacat”.

2. Tauhid

Perkataan Tauhid juga telah melalui tahap-tahap perkembangan makna.


Pada pengertian bahasa, perkataan Tauhid berasal dari kata kerja Wahhada
– Yuwahhidu – Tauhiidan. Tauhid adalah akar bagi kata kerja Wahhada yang
beerti menjadikannya satu. Makna ini kemudian berkembang dan digunakan
untuk menunjukkan individu yang berguna yang berbeza dengan individu-
individu yang lain. Perkataan ‘Al-Wahhid’ bermaksud individu yang memiliki
pengkhususan sendiri yang membezakan antara satu sama lain.

Pada tahap makna sebagai perbuatan hati, Perkataan Tauhid


didefinisikan sebagai ‘mengesakan Allah sebagai Tuhan (Rububiyah),
Sembahan (Uluhiyah), dengan segala Nama, Sifat, dan Perbuatannya’
3. Usuluddin

Perkataan Usuluddin adalah kata majmuk yang terbentuk dari dua perkataan
iaitu ‘Ushul’ dan ‘Ad-Din’. Orang Arab misalnya mengatakan:

Kata Ushul dalam ungkapan tadi bererti dasar-dasar umum ilmu aqidah.
Oleh itu maknanya adalah seperti berikut:

“Diantara dasar tauhid adalah bahwa tauhid Rububiyah mengharuskan


tauhid uluhiyah, sedang uluhiyah mengandung tauhid rububiyah”

4. Sunnah

Perkataan Sunnah dalam bahasa Arab bererti: cara (thariqah) dan jalan
hidup (sirah). Misalnya sabda Rasulullah saw:
“Kamu pasti akan mengikuti sunnah-sunnah umat sebelum kamu”

Sunnah mepunyai beberapa definisi yang berbeza. Sunnah menurut


ulama hadis adalah: “Perkataan atau perbuatan atau persetujuan atau sifat
yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw.”

Ulama ushul fiqh mendifinisikan Sunnah sebagai: “Sesuatu perbuatan bila


dilaksanakan maka pelakunya akan mendapat pahala dan bila ditinggalkan
tidak mendapat dosa.”

Ulama aqidah Islam Mendifinisikan Sunnah sebagai: “Salah satu sumber


penerimaan aqidah Islam yang benar dan salah satu metode dasar
menetapkan muatan-muatanya.”

5. al-Fiqhul al-Akbar

Fiqh dalam bahasa Arab bererti pemahaman. Kata ini kemudian


digabungkan dengan kata akbar untuk membeza dari kata al- fiqh al-ashgar
yang biasa digunakan untuk menunjukkan ilmu yang halal dan yang haram
serta pelbagai masalah furu’ dalam Islam.

6. Ahlul Hadits

Hadith adalah ucapan Rasulullah saw. Ahlul Hadits adalah orang-orang


yang dinisbatkan kepada orang yang menjadikan hadits Rasulullah saw
sebagai salah satu sumber penerimaan Aqidah Islam yang benar.
SUMBER-SUMBER AQIDAH ISLAMIAH

AL-QURAN

Maksud al-Kitab adalah Al-Qur’an sebagaimana Allha saw menyebutnya


iaitu :

“Alif. Laam. Miim. Kitab (Al-Qur’an)ini tidak ada keraguan padanya;


petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Baqarah: 1-2)

“Kitab (Al-Qur’an) ini kami turunkan kepadamu...” (Ibrahim: 1)

Al-Qur’an merupakan tali Allah yang kukuh, cahaya-Nya yang terang


berkilauan, yang diturunkan kepada hati Nabi Muhammad saw, dengan
menggunakan bahasa Arab yang jelas. Ia adalah mukjizat, baik pada lafaz dan
makna mahupun pada sturktur dan gaya bahasanya. Dengan mukjizat itu;lah
Allah swt menentang orang-orang Arab untuk membuat sesuatu yang serupa
dengan sebuah surat dari kandungannya. Ia adalah kalam Allah swt dengan
huruf dan bunyinya, ia bukan makhluk; daripadanya Allah swt memulai kalam-
Nya dan kepada-Nya ia mengembalikan sifat-Nya atau dengan kata lain ia
adalah tulisan hingga akhir zaman.

Dengan hikmah-Nya, Allah swt menjadikan Al-Qur’an ini mudah difahami.


Firman –Nya :

“Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-Qur’an untuk pelajaran,


maka adakah orang yang (mau) mengambil pelajaran?” (al-Qamar: 17)
Tiada kerumitan lafaz dan makna yang membuatstruktur dan
ungkapannya tidak difahami. Tiada kecelaruan dalam gaya bahasanya, dan tiada
pula keanehan dalam ungkapan-ungkapannya. Firman-Nya :

“Andaikan (Al-Qur’an) itu datang dari selain Allah, nescaya mereka


menemukan padanya perbezaan yang banyak”. (an-Nisaa,: 82)

Inilah yang membuatkan kita mampu memahami dan merenungi makna-


makna dan tujuannya menjadi mudah dan dapat dilakukan oleh semua manusia.
Itulah sebabnya Allah swt menyuruh kita sentiasa merenunginya :

“Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Qur’an, ataukan hati


mereka terkunci?” (Muhammad: 24)

Allah mencela, bahkan mewajibkan seksaan bagi mereka yang tidak


memahaminya kerana mereka sama saja atau bahkan lebih sesat dari binatang
ternak. Firman-Nya :

“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami


(ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi”. (al-A’raaf: 179)

Al-Qur’an merupakan wahyu Allah swt yang paling utama, semua


kandungannya adalah benar dan jujur semata-mata. Firman-Nya:

“Dan siapakah yang lebih benar perkataan (nya) daripada Allah ?” (an-
Nisaa’: 122)

“Dan siapakah yang lebih benar perkataan (nya) daripada Allah ?” (an-
Nisaa’: 87)

Allah swt telah berjanji untuk menjaga kemurniaan dan keabsahan Al-
Qur’an sepanjang masa. Firman-Nya :

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan


sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (al-Hijr: 9)
AL-SUNNAH

Sunnah adalah wahyu kedua sebagaimana Rasulullah saw menyebutnya


begitu dalam sabdanya : “Sungguh aku telah diberi Al-Qur’an dan sesuatu yang
seperti itu.” Maksud dari kalimat “dan sesuatu yang seperti itu” adalah Sunnah.
Kata ‘hikmah’ dalam ayat berikut juga diertikan dengan Sunnah:

“Dan agar dia mengajarkan al-Kitab dan hikmah kepada mereka.”(al-


Jumu’ah: 2)

Imam Syafi’i mengatakan semua hikmah dalam Al-Qur’an bererti Sunnah.


Pendapat ini juga dinyatakan oleh banyak ulama. Jadi Sunnah berada pada
peringkat kedua setelah Al-Qur’an. Sunnah merupakan wahyu yang
penjelasannya bersifat ‘independen’ dan mempunyai kedudukan yang sama
dengan Al-Qur’an dari segi kewajipan melaksanakan muatan ajarannya. Ayat-
ayat berikut menjelaskan perkara tersebut :

“Dan taatlah pada Allah dan Rasul-Nya.”(al-Anfaal: 1)


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki Mukmin dan tidak (pula) patut bagi
perempuan Mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya talah menetapkan satu
ketetapan akan ada pilihan lain bagi mereka.” (al-Ahzab: 36)

“Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa
yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (al-Hasyr: 7)

Sunnah adalah penjelasan dan tafsir yang dapat menyingkap rahsia,


muatan dan hukum yang terdapat dalam Al-Qur’an. Ia mentafsirkan ayat-ayat
yang masih bersifat umum dan menjelaskan ayat-ayat yang masih bersifat
samar. Rasulullah saw telah menjelaskan semua yang diwahyukan kepada
beliau hingga tiba saatnya Allah menyempurnakan agama ini. Allah berfirman:

“Pada hari ini Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama
bagimu.” (al-Maaidah: 3)

Oleh itu, hilangnya satu bahagian dari Sunnah Rasul sama buruknya
dengan hilangnya satu bahagian dari Al-Qur’an. Umat Islam telah berusaha
untuk menjaga dan memelihara Sunnah Rasulullah saw. Segala usaha ini dapat
diringkaskan seperti berikut :
1. Bahwa Rasulullah saw memerintahkan para sahabatnya untuk
menyampaikan Sunnah beliau. Sabdanya :

“Allah akan membuat berseri-seri wajah seseorang yang mendengarkan


ucapanku lalu ia menyampaikannya sebagaimana yang ia dengar. Maka
boleh jadi di antara yang disampaikan kepada mereka itu ada yang lebih
mengerti daripada yang mendengarkan (langsung diriku).”

2. Kesungguhan para sahabat dalam menyampaikan Sunnah Rasulullah


saw. Mereka juga dikenali sebagai seorang yang tekun dan teliti mencari
jejak Sunnah Rasul mereka.

3. Ketelitian para sahabat yang sangat tinggi dalam menerima Sunnah,


bahkan sebahagian daripada mereka mensyaratkan ada dua orang saksi
dalam menerima Sunnah.

4. Kesungguhan para ulama Islam sepanjang sejarah dalam mengumpulkan


Sunnah dan ketelitian mereka menerimanya.

5. Pengetahuan yang mendalam tentang ihwal para perawi dan sikap kritis
yang sangat tinggi dalam menerima riwayat-riwayat mereka.

6. Penyusunan ilmu “al-Jarh wat Ta’dil” (kriteria penerimaan dan penolakan


hadis berdasarkan perawinya).

7. Pengumpulan dan penyusunan ‘illat-‘illat (cacat-cacat) hadis dengan


pembahasan lengkap.

8. Penyusunan kitab-kitab untuk membedakan hadis maqbul (yang dapat


diterima) dengan hadis mardud (ditolak).

9. Penyusunan kaedah-kaedah yang menjelaskan kriteria penerimaan atau


penolakan suatu hadis dari berbagai segi.

10. Penyusunan biografi para perawi hadis dengan pembahasan lengkap


tentang berbagai hal yang berkait dengan kesamaran atau persamaan
dalam nama dan kun-yah (nama yang dinisbatkan kepada salah satu dari
kedua orang tua atau kepada anak), mana yang didahulukan dan mana
yang dibelakangkan.
Sunnah kemudian dibahagi kepada dua jenis yang dilihat dari segi kesahihannya
iaitu:

1. Sunnah Mutawatir. Iaitu Sunnah yang diriwayatkan oleh sekelompok


perawi dengan jumlah yang ramai dan dianggap mustahil dapat
melakukan penipuan secara bersama. Dengan definisi ini kesahihanya
bersifat mutlak. Jika Sunnah itu hanya mengandungi satu makna, maka
kesahihanya hanya berlaku pada makna tunggal tersebut. Sunnah
Mutwatirah kemudian dibahagi kepada dua iaitu :

 Mutawatir dengan lafaz. Iaitu bila ia diriwayatkan oleh


sekelompok orang dengan lafaz yang sama. Perbezaan kecil
dalam lafaz tidak merubah kategori ini.

 Mutawatir dengan makna. Iaitu bila ia diriwayatkan oleh


sekelompok orang dengan lafaz berbezadari beberapa lafaz
hadis.

2. al-Aahaad. Iaitu bila jumlah perawinya tidak sebanyak jumlah perawi


Sunnah Mutawatirah. Sunnah ini terbahagi kepada empat bahagian
iaitu:

 Masyur. Iaitu bila perawinya ada 3 orang,


 Mustafidh. Iaitu bila perawinya lebih dari 3 orang. Jika ia hanya
membuat satu makna, kesahihanya itu berlaku untuk makna
tunggal tersebut.
 ‘Aziz’. Iaitu bila ia diriwayatkan oleh 2 orang. Jenis ini juga
menyatakan kesahihan riwayat secara ilmu dan yakin (mutlak)
bagi sebahagian besar ulama.
 Khabarul Wahid. Iaitu bila perawinya hanya satu orang. Bila
perawi tunggal itu berada pada seluruh rangkaian sanadnya,
maka ia disebut ‘al-Fard al-Muthlaq’ (tunggal mutlak).

Mazhab ulama Salaf berlandaskan pada sejumlah dalil naqli (wahyu)dan


aqli (akal). Dalil naqli merupakan ayat-ayat yang memerintahkan kita mengikuti
Sunnah Rasul bersifat mutlak dan umum. Misalnya ayat-ayat berikut :

“Dan taatilah pada Allah dan Rasul supaya kamu diberi rahmat”. (Ali
Imran: 132)

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga


mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselihkan”
(an-Nisaa’: 65)

Dalil aqli pula menyatakan bila ada sesuatu yang dibolehkan bagi satu
dari dua hal yang serupa, maka ia juga harus dibolehkan bagi yang lain. Al-
Qur’an dan Sunnah adalah dua hal yang serupa iaitu kedua-duanya adalah
wahyu. Maka bila salah satunya dapat dijadikan hujjah dalam satu masalah,
yang lain pun harus dijadikan hujjah. Di sini, Al-Qur’an adalah hujjah dalam ilmu
Aqidah dan Tauhid, maka Sunnah – dengan segala jenisnya – juga dijadikan
hujjah dalm ilmu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai