Anda di halaman 1dari 11

SUMBER ISLAM

Kata-kata sumber dalam hukum Islam merupakan terjemahan dari kata mashadir yang
bererti wadah ditemukannya dan ditimbanya norma hukum. Sumber hukum Islam yang
utama adalah Al Quran dan sunnah. Selain menggunakan kata sumber,ia juga digunakan kata
dalil yang bererti keterangan yang dijadikan bukti atau alasan suatu kebenaran. Selain itu,
ijtihad, ijma, dan qiyas juga merupakan sumber hukum kerana ia juga sebagai alat bantu
untuk menyampaikan hukum-hukum yang terkandung dalam Al Quran dan sunah Rasulullah
SAW.
Secara umumnya hukum adalah peraturan tentang tingkah laku manusia yang dilakukan
sekelompok masyarakat; disusun oleh orang-orang yang diberi kepercayaan oleh masyarakat
itu; berlaku mengikat, untuk seluruh anggotanya. Bila definisi ini dikaitkan dengan Islam
atau syara maka hukum Islam berarti: peraturan bedasarkan wahyu Allah SWT dan sunah
Rasulullah SAW tentang tingkah laku manusia yang dikenali hukum (mukallaf) yang diakui
dan diyakini mengikat semua yang beragama Islam. Maksud kata peraturan disini adalah
peraturan yang dirumuskan secara perinci dan mempunyai kekuatan yang mengikat dan 1
dunia mahupun di akhirat.
Sumber-sumber islam terbahagi kepada 4 iaitu:

i)-Al-quran
ii)-Al-sunnah
iii)-Al-ijma
iv)-Al-qiyas

1 sitinuralfiah.wordpress.com/bahan-ajar-2/sumber-sumber-hukum-islam/

AL-QURAN
Makna Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh
Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Perihal diturunkan Al-Quran
mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Ia mengandungi berbagai-bagai
pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam
dan keselamatan sejagat. Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk
iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan
iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu
bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di
dalam Quran itu sendiri. Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf
dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
(Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa
Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula
dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

NAMA-NAMA ALQURAN:

Al-Kitaab ()bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang
(hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)

Al-Furqaan ( )bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:

Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk
menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

Adz-Dzikr ( )bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

At-Tanzil ( )bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah
diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)

SIFAT-SIFAT ALQURAN:

An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai


nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di
dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang
menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya.
Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan
kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya)
Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan
Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang


kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w)
Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum)
Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak
mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang
kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran)
Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)

Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia


menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat


kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca,
mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.2 Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,
serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

2.binaalquran.wordpress.com/2010/09/27/sifat-sifat-alquran/

AL-SUNNAH
Sunnah bererti cara atau kebiasaan, dan dengan itu, sunnah nabi bererti cara
nabi, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah
adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku,
baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan
berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang
diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan,
peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.*
Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa asSibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui
persetujuan para sahabat Rasul. *
Menurut Syiah pula, perkataan 'Sunnah' bererti perbuatan, ucapan dan kebenaran Nabi
Muhammad dan dua belas Imam yang dipercayai oleh puak Syiah sebagai dipilih Allah bagi
menggantikan rasul dan memimpin manusia dalam semua cara hidup.

KEDUDUKAN AL-SUNNAH
Dengan itu, Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan
dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan
dianggap sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut
mazhab al-Quran Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis
sebagai sumber untuk Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong
gerakan-gerakan liberal dalam Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus
dipatuhi dalam upacara amal dan penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang
Islam.3

SUNNAH DAN HADIS


Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan
antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan
Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.4
Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matn) dan rentetan
penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari
segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan

apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan
falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.
Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan
sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang
berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu
betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah
(Ilm ar-Rijal) Nabi M

SUNNAH DAN FIQH


Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para
pakar undang-undang klasik serta juga al-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat.
Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang susah
diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya. Sejarah merumitkan penterjemahan lagi kerana
andaian-andaian yang berbeza terhadap Sunnah menguasai Islam pada zaman-zaman yang
lalu.

SUNNAH DAN BIDAH


Ketika Ibnu Taimiyyah mendefinisikan bidah, beliau berkata: Bidah itu adalah apa-apa
yang menyalahi Al-Kitab, As-Sunnah dan Ijma Salafush Shalih, baik masaah-masalah aqidah
maupun masalah-masalah ibadah, seperti perkataan-perkataan orang-orang Khawarij,
Rafidhah, Qadariyyah, dan Jahmiyyah serta orang-orang yang beribadah sambil menari-nari
dan bernyanyi di masjid-masjid. Jadi, terkadang As-Sunnah dimaksudkan kepada lawan dari
bidah. Bila dikatakan si fulan mengikuti Sunnah artinya si fulan beramal menurut apa-apa
yang datang dari Rasulullah S.A.W dan para Sahabatnya. Dan bila dikatakan si fulan berbuat
bidah ertinya si fulan beramal menyalahi apa-apa yang dilaksanakan Rasulullah S.A.W dan
para Sahabatnya R.A. As-Sunnah yang dimaksud dalam pembahasan itu adalah erti Sunnah
menurut pengertian ulama usul, kerana pengertian inilah yang digunakan dalam pembahasan
dalil-dalil pokok dan kedudukannya dalam pembinaan dan pembuatan hukum syara.
Kendatipun demikian dalam analisis sejarah akan diketengahkan pula pengertian secara
umum sebagaimana yang digunakan oleh ahli hadits.

3 http://nurahmad007.wordpress.com/2012/08/28/kedudukan-as-sunnah-terhadap-al-quran/
4.www.hadis-salafussoleh.blogspot.com.

AL-IJMA
Menurut bahasa, Ijma adalah kata benda verbal (mashdar) dari kata yang
mempunyai dua makna, memutuskan dan menyepakati sesuatu. Contoh pertama: ajmaa
fulan ala kadza (si A memutuskan begini). Contoh kedua: ajmaa al-qaum ala kadza (orangorang sepakat bulat tentang begini). Makna kedua dan pertama sering digabung, di mana bila
ada kesepakatan bulat tentang sesuatu, maka juga ada keputusan tentang soal itu.
Menurut istilah, al-Ghazali mengatakan bahwa pengertian Ijma adalah kesepakatan umat
Muhammad saw, khususnya atau suatu persoalan keagamaan. Menurut jumhur ulama ushul,
Ijma adalah kesepakatan para mujtahid umat Muhammad saw. setelah wafatnya di satu
kurung waktu, atas hukum agama di dalam suatu kejadian (warqiah).
Ijma atau kosensus, sumber hukum syariat ketiga setelah al-Quran dan al-Sunnah,
didefinisikan sebagai persetujuan para ahli hukum Islam pada masa tertentu tentang masalah
hukum. Al-Syafiiy menolak Ijma para ulama. Pengertian Ijma menurut al-Syafiiy adalah
termasuk persetujuan seluruh masyarakat. Sementara al-Ghazali menyusun sebuah modus
vivendi yang mengikat kebulatan masyarakat mengenai dasar-dasar yang meninggalkan
masalah detail bagi persetujuan ulama, sedang mazhab Syiah tidak menerima Ijma kecuali
berasal dari keluarga nabi. Ijma menurut mereka adalah konsensus yang mewujudkan
pandangan imam yang sempurna dan tidak semata-mata persetujuan ulama tentang suatu
opini.
Mayoritas ahli ushul al-fiqh setelah al-Syafiiy memberikan pengertian Ijma sebagai
kesepakatan ulama atau mujtahid mengenai suatu hukum Islam. Misalnya al-Syiraziy (w. 476
H.), mengartikan Ijma sebagai kesepakatan ulama mengenai hukum suatu peristiwa. Sedang
menurut al-Amidiy (w. 631 H.) Ijma adalah kesepakatan semua anggota ahl al-hill wa
al-aqd dari umat Muhammad dalam satu priode tertentu mengenai suatu hukum peristiwa
tertentu. Ijma ialah kebulatan pendapat semua mujtahidin umat Islam atas sesuatu pendapat
(hukum) yang disepakati oleh mereka, baik dalam suatu pertemuan atau berpisah-pisah, maka
hukum tersebut mengikat (wajib ditaati) dan dalam hal ini Ijma merupakan dalil qathiy,
akan tetapi kalau hukum tersebut haya keluar dari kebanyakan mujtahidin maka hanya
dianggap sebagai dalil Dzanniy dan lagi perseorangan boleh mengikuti sedang bagi orangorang tingkatan mujtahidin boleh berpendapat lain, selama oleh para penguasa tidak
diwajibkan untuk melaksanakannya. Ijma harus mempunyai dasar yaitu al-Quran dan alSunnah.5

KESEPAKATAN PARA ULAMA


Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad
(mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini
bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para
mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum

tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah
ijmak.
Dalam kitab Mirah al-Usul disebut mestilah mendapat persetujuan seluruh para
mujtahidin. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma.
Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam
hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

RUKUN-RUKUN IJMAK
Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama usul fiqh adalah seperti berikut:1. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid
itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya
tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak
akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.
2. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia
Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu
tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.
3. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu
peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu
unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan,
sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
4. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan
lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju
atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu
saja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang
dilakukan para mujtahid.
5. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid.
Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka
keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum
dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

JENIS-JENIS IJMAK
Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan
masa terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:
1. Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.

2. Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar,
Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal ini
hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah
Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan
lagi.
3. Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah
Umar bin Khattab.
4. Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijmak
ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab Maliki,
tetapi Mazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.
5. Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah. Mazhab
Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum Islam.

PERKARA BERLAKUNYA IJMA


Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang
tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang
berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem
pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal
yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam AlQuran dan Hadis.

AL-QIAS
Qiyas, Qias atau Kias ( )makna (bahasa) adalah ukuran; persamaan; perbandingan
kadar; persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain; iktibar atau ambil
pengajaran.
Qiyas makna (syarak) adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang
baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan
Sunnah.
Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau
perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum
suatu perkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu
yang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain
sehingga dihukumi sama.6

RUKUN DAN SYARAT QIAS

Berdasarkan defenisi bahwa qiyas ialah mempersamakan hukum suatu peristiwa


yang tidak ada nashnya dengan hukum suatu peristiwa yang ada nashnya
karena illat serupa, maka rukun qiyas ada empat macam, yaitu:

1. al-Ashl (Masalah utama).


Ashl adalah masalah yang telah ditetapkan hukumnya dalam al-Quran ataupun Sunnah. Ia
disebut pula dengan maqis alaih (tempat mengqiyaskan) dan maha al-hukm ijal-musyabbah

bihm yaitu wadah yang padanya terdapat hukum untuk disamakan dengan wadah yang lain.
Syarat-syarat ashl ialah:
- Hukum ashl adalah hukum yang telah tetap dan tidak mengandung kemungkinan
dinasakhkan
- Hukum itu ditetapkan berdasarkan syara
- Ashl itu bukan merupakan furu dari ashl lainnya
- Dalil yang menetapkan illat pada ashl itu adalah dalil khusus, tidak bersifat umum
- Ashl itu tidak berubah setelah dilakukan qiyas
- Hukum ashl itu tidak keluar dari kaidah-kaidah qiyas.

2. Furu (Masalah cabang)


Fara yang berarti cabang, yaitu suatu peristiwa yang belum ditetapkan hukumnya karena
tidak ada nash yang dapat dijadikan sebagai dasarnya. Fara disebut juga maqis (yang diukur)
atau musyabbah (yang diserupakan) atau mahmul (yang dibandingkan).
Syarat-syarat furu ialah:
- Tidak bersifat khusus, dalam artian tidak bisa dikembangkan kepada furu
- Hukum al-ashl tidak keluar dari ketentuan-ketentuan qiyas
- Tudak ada nash yang menjelaskan hukum furu yang ditentukan hukumnya
- Hukum al-ashl itu lebih dahulu disyariatkan daripada furu
3. Hukum ashl (Hukum masalah utama)
Illat iaitu suatu sebab yang menjadikan adanya hukum sesuatu. Dengan persamaan inilah
baru dapat diqiyaskan masalah kedua (furu) kepada masalah yang pertama (ashl) karena
adanya suatu sebab yang dapat dikompromikan antara asal dengan furu.
Syarat-syarat hukum al-Ashl ialah:
- Illatnya sama pada illat yang ada pada ashl, baik pada zatnya maupun pada jenisnya
- Hukum ashl tidak berubah setelah dilakukan qiyas
- Hukum furu tidak mendahului hukum ashl
- Tidak ada nash atau ijam yang menjelaskan hukum furu itu.
4. Illat
Illat secara bahasa berarti sesuatu yang boleh mengubah keadaan, misalnya penyakit
disebut illat keranaa sifatnya mengubah keadaan seseorang yang terkena penyakit. Menurut
istilah, sebagaimana dikemukakan Abdul Wahhab Khallaf, illat adalah suatu sifat pada ashl
yang mempunyai landasan adanya hukum .
Adapun cara untuk mengetahui illat adalah melalui dalil-dalil al-Quran atau Sunnah, baik

yang tegas maupun yang tidak tegas, mengetahui illat melalui ijma, dan melalui jalan ijtihad.
Syarat-syarat illat ialahh:
- illat harus berupa sifat yang jelas dan tampak
- illat harus kuat
- harus ada korelasi (hubungan yang sesuai) antara hukum dengan sifat yang menjadi illat
- sifat-sifat yang menjadi illat yang kemudian melahirkan qiyas harus berjangkauan luas,
tidak terbatas hanya pada satu hukum tertentu
- tidak dinyatakan batal oleh suatu dalil

BAHAGIAN QIAS
Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
1. Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
2. Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)

JENIS-JENIS QIAS
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
1. Qiyas Aula (Utama)
2. Qiyas Musawi (Ketara)
3. Qiyas Adna (Rendah)

5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijma
6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Qiyas

Anda mungkin juga menyukai