Ok, saya memang tak suka emcee majlis saya. Noktah. Erm.. mungkin perkataan 'tak suka' tu
terlalu kuat kot momentumnya. Ok, saya rasa emcee majlis saya boleh buat lebih baik daripada
apa yang dia jalankan pada majlis kami tempoh hari (atau mungkin kah standard saya terlalu
tinggi?), tapi tak apa la. Perkara dalam pakej dan diluar kawalan kami, jadi tak apa.
Setakat ni, penceritaan majlis saya sudah selesai ke makan beradap {Post} dan upacara
memotong kek selepas ucapan daripada pengantin {Post}. Maka, post kali ini, saya nak kongsi
skrip majlis kami bulan lepas. Dah ada beberapa email bertanyakan tentang skrip majlis kami, jadi
memudahkan kerja, saya post terus skripnya disini ya.
Original skrip ni, saya ambil daripada skrip lama majlis abang saya dulu {Post} kemudian saya
ubah ikut majlis saya. Saya kurangkan penggunaan pantun berbanding dulu pasal saya tengok,
emcee tak dapat nak selarikan skrip dengan pergerakan pengantin disebabkan pantun yang
panjang.
Jadi pada sesiapa yang berkenan nak guna skrip yang sama, dipersilakan. Antara perkara perlu
tahu tentang skrip ini:
1. Saya dah edit skrip ini mengikut penggunaan umum. Jika majlis dibuat untuk belah perempuan,
nama pengantin perempuan dan ibu bapanya didahulukan. Jika bertandang, sebaliknya.
2. Kalau diantara slot majlis ada persembahan silat, tarian atau gamelan, masukkan mengikut
keperluan majlis.
3. Skrip ini tiada slot menepung tawar kerana majlis saya tiada upacara itu.
-----------------------------------------------------------------
---------------
ALUAN JURUACARA
---------------
Pengumuman Juruacara:
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH KERANA DENGAN IZINNYA, KITA DAPAT
BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA HARI INI.
SAYA BAGI PIHAK TUAN RUMAH, KELUARGA (Nama ibu dan ayah pengantin) DENGAN BERBESAR
HATI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
-----------
BACAAN DOA
-----------
Pengumuman Juruacara:
DIIRINGI PALUAN KOMPANG, PASANGAN PENGANTIN YANG SEGAK LAGI BERGAYA, YANG CANTIK
LAGI MENAWAN, PASANGAN RAJA SEHARI; (Nama penuh pengantin perempuan) DENGAN
PASANGANNYA (nama penuh pengantin lelaki)
Pengumuman Juruacara:
MAHA SUCI ALLAH, PERKENANKANLAH PUTRA PUTRI KAMI UNTUK MENGIKUT SUNNAH RASUL,
MEMBENTUK KELUARGA MUSLIM YANG BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AS SUNNAH.
-------------------------
TIADA MAJLIS TEPUNG TAWAR
-------------------------
----------------------
UCAPAN WAKIL KELUARGA
----------------------
Pengumuman Juruacara:
Pengumuman Juruacara:
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA (NAMA WAKIL) YANG MERUPAKAN (HUBUNGAN DENGAN
KELUARGA PENGANTIN) DI ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI.
--------------
MAKAN BERDAMAI
--------------
Pengumuman Juruacara:
----------------
BIODATA PASANGAN
----------------
Pengumuman Juruacara:
(Nama penuh pengantin), BERASAL DARIPADA (nama negeri), MERUPAKAN ANAK (ke berapa
daripada berapa) ORANG ADIK BERADIK. MERUPAKAN GRADUAN (pendidikan tertinggi jika ada)
DAN KINI, BELIAU BERTUGAS SEBAGAI (jawatan) DI (Nama tempat kerja), ( Tempat/ Negeri).
KEDUA-DUANYA MERUPAKAN (cerita ringkas bibit perkenalan; kenalan siber ke, kenalan atas
kenalan ke, rakan sekolah, rakan universiti)
SETELAH MENGENAL HATI BUDI MASING-MASING DAN MENDAPAT RESTU KELUARGA, MAJLIS
(Merisik atau bertunang jika ada, beserta tarikh) DAN PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI,
JANJI SEPAKAT YANG TELAH DIBUAT TELAH DITUNAIKAN DI DALAM MAJLIS YANG PENUH
BERBAHAGIA INI.
* Tamat bacaan biodata mempelai, juruacara bebas mengacara majlis. Tapi perlu buat
pengumuman dari semasa ke semasa berkenaan:
-------------
SEKALUNG BUDI
-------------
Pengumuman Juruacara:
* Pengantin berucap
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PASANGAN MEMPELAI KITA DI ATAS UCAPAN ITU
TADI.
-------------------
MAJLIS MEMOTONG KEK
-------------------
Pengumuman Juruacara:
---------
BERSURAI
---------
Pengumuman Juruacara:
MAJLIS BAGI PIHAK TUAN RUMAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAKAMKAN SEKALUNG
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU DI ATAS KESUDIAN MERAIKAN KEDUA MEMPELAI.
SEMOGA MAJLIS DIBERKATI ALLAH S.W.T DAN TERSEMAT DI INGATAN SEPANJANG HAYAT.
----------------------------------------------------------
Kalau mereka yang selalu baca post-post saya terdahulu, mesti perasan yang saya tak ada kongsi
tentang layout majlis berbanding abang saya dulu {Post}Sebenarnya, dalam kertas kerja yang
sama, saya ada sediakan skrip ini beserta aturcara majlis, siap dengan siapa yang bertugas. Jadi
dah tak perlu layout bagai. Lagipun layout tu sesuai untukproject manager majlis sahaja untuk
memudahkan sekali imbas tentang tugasan yang ada. Memandangkan saya la project
manager majlis sendiri, jadi saya tulis dalam skrip, memudahkan semua penanggah tahu dan peka
dengan perjalanan majlis (walaupun ada tunggang langgang tapi tak apa).
Kertas kerja ini bukan asal daripada saya. Saya dapat daripada blogger lain yang juga terjumpa
kertas kerja ini daripada Google. Skrip majlis kami diolah semula oleh seorang rakan baik, Jamali.
Dia selalu jadi emcee untuk majlis-majlis, jadi pengalaman dia yang menyusunkan majlis kami
untuk lebih teratur.