Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU, RAYA GAWAI 2023

SK SUNGAI MAONG HILIR

NO. CUE ANNOUNCE


1. Ketibaan VIP, para Mengumumkan ketibaan para tetamu jemputan.
jemputan dan ibu Mohon semua para jemputan mengisi ruang yang disediakan dan bersedia kerana
bapa majlis akan bermula sebentar lagi.

2. Solutasi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

(1) Yang Berusaha Encik Abang Su’uadi bin Abang Haji Yak,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sg. Maong Hilir;

(2) Yang Dihormati Encik Wan Khalid bin Wan Yahya,


YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sg. Maong Hilir;

(3) Yang Dihormati Puan Masni binti Hj. Morri,


Ketua Kaum Kampung Sungai Maong;

(4) Yang Dihormati Tuan Haji Sulaiman bin Awi,


Penghulu Kampung Segedup;

(5) Yang Dihormati Tuan Imam Arip bin Abu Talib,


Imam Kampung Sungai Maong;

(6) Yang Berusaha barisan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Sg. Maong Hilir,

Yang Dihormati,
Rakan - rakan Guru, para ibu bapa dan anak murid yang dikasihi sekalian.

3. Alu-aluan MC/ Intro Berbaju kurung anggun jelita,


Bersongkok bersampin segak bergaya,
Sambutan Hari Guru, Gawai dan Raya,
Bersama kita meraikannya.

Pada pagi yang indah ini, dapatlah kita berkumpul bersama-sama bagi meraikan majlis
Sambutan Hari Guru, Raya Gawai Tahun 2023. “GURU INSANI PEMANGKIN
MASYARAKAT MADANI”. Itulah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ia
merupakan tanda penghargaan kepada jasa guru atas sumbangan besar yang
diberikan dalam mendidik anak bangsa negara kita.

Pada tahun ini, kita akan menyambut Hari Guru peringkat sekolah bersama-sama
dengan majlis Ramah-tamah Aidilfitri dan Pra-Gawai yang akan disambut pada 1 Jun
nanti.

4. Nyanyian: Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


(i) Negaraku,
(ii) Ibu Pertiwiku, Sebagai pembuka tirai majlis, hadirin hadirat dipersilakan berdiri bagi sama-sama
(iii) Sekolah menyanyikan lagu kebangsaan negara kita, Negaraku diikuti dengan nyanyian lagu
kebesaran negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Majlis mempersilakan.

***selepas tamat nyanyian***

Terima kasih diucapkan. Hadirin dijemput duduk.


NO. CUE ANNOUNCE
5. Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Bagi memberkati majils kita pada hari ini, marilah kita bersama- sama menadah
tangan mengaminkan bacaaan doa yang akan dilafazkan oleh Tuan Haji Morshidi bin
Hj. Mokhtar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******************************
Amin Amin Ya Rabbal A’lamin.

Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji
Morshidi bin Hj. Mokhtar atas bacaan doa itu tadi.
6. Ucapan alu-aluan Hadirin hadirat sekalian,
YDP PIBG Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan Encik Wan Khalid bin Wan Yahya, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sg. Maong Hilir untuk menyampaikan kata alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***selepas tamat ucapan YDP***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

7. Amanat dan Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat
perasmian oleh Guru daripada Guru Besar kita yang dikasihi. Dengan ini, majlis mempersilakan Encik Abang
Besar Su’uadi bin Abang Hj. Yak, Guru Besar merangkap Penasihat PIBG Sekolah Kebangsaan
Sg. Maong Hilir Yang untuk menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan Majlis
Sambutan Hari Guru, Raya Gawai 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***selepas tamat ucapan ***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

8. Bacaan Teks Seterusnya ialah Bacaan Teks Perutusan Menteri Pendidikan Hari Guru 2023. Dengan
Perutusan Hari Guru ini majlis mempersilakan Encik Rozi bin Adenan untuk menyampaikan perutusan.
2023 Majlis mempersilakan.
(Menteri Pendidikan)
***selepas bacaan perutusan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.


9. Bacaan Teks Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Teks Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan
Perutusan Hari Guru Malaysia. Dengan ini majlis mempersilakan Puan Dyg Ruziah binti Awg Sallam untuk
2023 menyampaikan perutusan. Majlis mempersilakan.
(Ketua Pengarah
Pendidikan) ***selepas bacaan perutusan***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan teks perutusan itu tadi.

10. Bacaan Ikrar Guru Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu bacaan ikrar Hari Guru.
Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas
pentas/ bergerak ke hadapan bagi menlafazkan Ikrar Guru yang akan diketuai oleh
Puan Nurul Aimi binti Rusli. Dengan ini dipersilakan semua guru untuk berdiri dan
turut sama melafazkan ikrar tersebut.

*** selepas bacaan ikrar Hari Guru ***

Terima kasih kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sg. Maong Hilir yang
telah sama-sama membacakan ikrar tersebut.
11. Nyanyian: Hadiran yang dihormati sekalian,
Seterusnya adalah persembahan nyanyian oleh guru-guru SK sg. Maong Hilir. Lagu-
lagu yang akan dinyanyikan nanti adalah:
1. Lagu “Kami Guru Malaysia”
2. Lagu “Pendidik Bumi Kenyalang”

Majlis mempersilakan.
*** habis nyanyian***

Begitulah tadi persembahan yang hebat dari guru- guru kita.

* Mohon guru-guru jangan beredar dahulu.

12. Memotong kek Seterusnya ialah pemotongan kek oleh guru-guru SK Sg. Maong Hilir yang akan
diketuai oleh Guru Besar SK Sg. Maong Hilir. Dengan ini, majlis mempersilakan.

***** Cikgu Potong kek****

Terima kasih kepada semua warga pendidik SK Sg. Maong Hilir yang telah sama-sama
memeriahkan acara pemotongan kek itu tadi.

13. Penyampaian hadiah Hadirin hadirat yang dimuliakan


guru
Seterusnya, majlis ingin menjemput

Yang Berusaha
Encik Rozi bin Adenan, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Puan Dyg Ruziah binti Abg Salam, Penolong Kanan HEM,

Bagi mengiringi

Yang Berusaha
Encik Abang Su’uaidi bin Haji Yak, Guru Besar K Sg. Maong Hilir

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada warga pendidik SK Sg. Maong


Hilir.

Untuk itu, majlis mempersilakan.

***selesai penyampaian hadiah***

Dengan ini dipersilakan Puan Sophia anak Metom untuk menerima cenderamata bagi
mewakili guru-guru SK Sg. Maong Hilir.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih.

13. *** Hadirin yang dihormati sekalian,

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Sekarang dipersilakan Encik Rozi bin Adenan untuk mengiringi Encik Abg Su’uaidi bin
Hj. Yak, Guru Besar SK Sg Maong Hilir menyampaikan cenderamata kepada guru-guru
SK Sg maong Hilir yang telah bersama-sama mengharungi detik suka dan duka di sini.
Dengan ini dipersilakan Puan Sophia anak Metom untuk menerima cenderamata bagi
mewakili guru-guru SK Sg. Maong Hilir.
14. Simbolik Hadirin yang dihormati sekalian,

Dijemput semua para hadirin untuk bergerak ke Kawasan tanah lapang di sebelah
kantin untuk menyaksikan simbolik majlis Sambutan Hari Guru SK Sg Maong Hilir yang
disempurnkan oleh Tuan Guru Besar dan YDP diiringi oleh barisan penolong dan
semua warga sekolah.

Demikianlah tadi simbolik majlis Hari Guru bagi tahun ini.

15. Jamuan Acara seterusnya, dijemput semua warga sekolah untuk menikmati hidangan.
Dipesilakan.
Kita dahului dengan, para guru dan tetamu VIP untuk mengambil makanan terlebih
dahulu.

16. Persembahan murid Hadirin sekalian,


(1) Sebagai halwa mata dan telinga kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid-murid SK Sg. Maong Hilir.
Untuk persembahan yang menyusul selepas ini ialah persembahan khas muri-murid
SK Sg. Maog Hilir sempena hari guru iaitu deklamasi sajak, "Aku dan Kamu", nyanyian
lagu bahasa Arab yang brtajuk syoikona yang brmaksud guru kami serta lagu Terima
kasih Cikgu.

Dipersilakan...

Terima kasih adik Karina Binti Karmi serta murid-murid tahun 5 di atas persembahan
khusus untuk guru- guru SK Sg. Maong Hilir sebentar tadi

17. Persembahan murid Tuan-tuan/puan-puan dan hadirin yg dikasihi.


(2)
Acara kt diteruskan lagi dengan persembahan tarian" Joget Senandung Aidilfitri"
daripada murid kelas Tahun 4. Majlis mempersilakan

***habis persembahan murid***

Terima kasih diucapkan kpd murid2 Tahun 4 yg tlh mempersembahkan tarian "joget
senandung aidilfitri
18. Persembahan murid Hadirin yg dihormati
(3)
Majlis kt akan diserikan lagi dengan persembahan lagu duet yg bertajuk _____
daripada Adik Amberson dan Jordan dari kelas tahun 6. Dipersilakan

***habis persembahan murid***

Majlis merakamkan jutaan semua guru

19. Persembahan murid Seterusnya majis dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh murid2 dari Tahun 2
hingga tahun 5. Mereka akan menanyikan sebuah lagu raya yang bertajuk Pejam Celik.
Yang telah dipimpin oleh Ustaxah Atikah Sheila, guru KAFA SK Sg. Maong Hilir. Dengan
ini, majlis mempersilakan.

***habis persembahan murid***

Demikianlah tadi persembahanyang menarik daripada murid-murid SK Sg. Maong Hilir.

23 Penutup Demikianlah tadi selesai sudah majlis sambutan hari guru, raya dan gawai. Seterusnya
saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang
berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai