Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Karim , Ya Wadud
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit
lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis Sambutan Hari Raya
dan Majlis Perpisahan sempena Pertukaran Pegawai pada hari ini. Kami
mohon agar majlis ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari mu.

Ya Allah, restuilah perjuangan kami, tingkatkan iman dan takwa kami


serta tanamkanlah di dalam hati kami sifat jujur dan ikhlas dalam
menjalankan tugas kami. Jadikan kami Ya Allah dari golongan mereka
yang senantiasa mematuhi segala arahan dan perintahmu serta
kukuhkanlah perpaduan diantara kami.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai