Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS HARI KELUARGA PEJABAT KPKK W.P.

LABUAN





,




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi
merafakkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu kerana
telah mengizinkan kami untuk beraa dan menghadiri Hari
Keluarga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini.
Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam
Sesungguhnya pada hari ini, kami berkumpul kerana-Mu
Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,
bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat dan pandangan, buah fikiran,
tenaga
agar dapat meningkatkan prestasi jabatan dan pejabat
kami Ya Allah
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah
hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat, jabatan dan negara.

Azmir/Labuan 2011

Azmir/Labuan 2011

Anda mungkin juga menyukai