Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PRIHATIN

AWAL PERSEKOLAHAN NEGERI KEDAH.

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahajalah kami
panjatkan kesyukuran atas segala rahmat yang Engkau kurniakan dan mengizinkan kami
untuk merealisasikan Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Awal Persekolahan Negeri
Kedah Darul Aman.

Ya Allah berkatilah perhimpunan kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur


Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan
sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa
kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda,
untuk terus menjana kecemerlangan di masa hadapan.

Ya Allah, sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau


jadikanlah apa kiranya segala apa yang disumbangkan ini, sebagai ibadah yang Engkau
redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanan ini, sebagai amal soleh yang Engkau
berkati. Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu atas segala
apa yang telah disumbangkan ini.

1
Ya Allah, Jadikanlah penerima-penerima bantuan pada hari ini sebagai hambamu yang
bersyukur. Kurniakanlah kepada mereka semangat yang jitu untuk sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun bagi meningkatkan potensi dan prestasi mereka serta mempunyai
peribadi yang luhur dalam kehidupan.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬


‫معصوما‬
ِ‫َرَّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخَر ِة َحَس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬
‫َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai