Anda di halaman 1dari 2

,

Kami rafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Mesyuarat Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Kuala Selangor pada kali ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya
pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu. Kami berkumpul untuk mengisi
hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat,
hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas yang Engkau redhai, bukakanlah
pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan
dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti
dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu. Ya ALlah,
terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami
kepadaMu.


Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan pelbagai
masalah. Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau redhai.

Anda mungkin juga menyukai