Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah
kurniaNYA, laman web Sekolah Kebangsaan Beseri dapat dibangunkan.
Hasrat untuk mengadakan laman web sekolah ini menuntut tanggungjawab dan komitmen yang tinggi
daripada setiap warga pendidik secara langsung atau tidak langsung. Berkat usaha inilah, maka laman
web Sekolah Kebangsaan Beseri menjadi realiti.
Untuk ini, saya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beseri ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua yang memberi kerjasama padu dalam membangunkan laman web ini.
Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah di
sanjung tinggi. Tidak dapat dinafikan, prasarana sekolah berada di dalam keadaan kekurangan tetapi
saya percaya dan yakin semangat kerjasama berpasukan yang kental pada setiap warga pendidik SKB
akhirnya akan berjaya mengatasi segala permasalahan dan rintangan.
Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi
pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang
lebih mudah.Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di SK Beseri dan sebarang
maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam laman web ini.

Disamping itu, saya

mengharapkan semoga ianya dapat mencetuskan minat warga SKB terutamanya murid-murid amnya,
yang mempunyai ketrampilan IT yang tinggi.
Akhir kata, saya mengharapkan semoga laman web sekolah ini dapat memberikan manfaat
sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem
pentadbiran dan pendidikan di sekolah ini. Sekaligus, diharapkan semoga semua warga SKB dan
ibubapa mengambil kesempatan untuk mengakses maklumat terkini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya, Laman Web SMK TAT BENG dapat direalisasi melalui projek
1BestariNet.
Dalam menerajui dunia tanpa sempadan penghasilan laman web ini menjadi penggerak utama
bukan sahaja kepada warga sekolah, malahan kepada seluruh rakyat di negara ini. Persaingan
dunia Teknologi Maklumat kini menghendaki kita bergerak pantas dan menyediakan diri dalam
menghadapi cabaran alaf baru. Oleh itu, institusi sekolah menjadi pemangkin utama dalam
menyediakan anak didik dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran yang menjadi tunjang untuk
mereka meneruskan perjuangan dalam memartabatkan negara ke persada dunia. Hal ini sejajar
dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet
dalam kalangan masyarakat. Penghasilan laman web ini merupakan titian untuk memperluas
teknologi dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan serta melengkapkan pelajar dengan
kemahiran sewajarnya sebagai generasi masa hadapan.
Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan merupakan agenda penting dalam
merancang masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, seharusnya dunia pendidikan ini dirancang
agar mampu memberi manfaat yang besar terhadap para pelajar, terutama melalui penyebaran
maklumat yang teratur dan berkesan. Sesungguhnya, penghasilan laman web ini menyediakan
alternatif yang mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru-guru, terutama melalui aplikasi Virtual
Learning Environment (Frog VLE), yang bertaraf dunia. Kehadiran laman web ini wajar
dimanfaatkan oleh warga sekolah dan penghasilannya merupakan sumbangan progresif ke arah
pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta
pengurusan pentadbiran sekolah yang cemerlang.
Saya amat berbangga dan berterima kasih atas usaha-usaha yang dilaksanakan dalam
merealisasikan laman web ini. Oleh itu, besarlah harapan saya agar warga sekolah sentiasa peka
dan berusaha memaksimumkan penggunan laman web yang julung kali dihasilkan ini, terutama
dalam menyalurkan usaha untuk menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu
pendidikan bertaraf dunia. Budaya perkongsian maklumat ini diharap berupaya memberi impak yang
besar dalam usaha menjana pendidikan berkualiti dan mencorak masa depan institusi sekolah serta
negara.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapat
kita melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2014 dengan ikhlas dan iltizam demi
memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKTP mesti bekerja kuat secara
luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita
hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan
memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu NPKI dan NKRA.
Mulai tahun 2011, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah rendah
(KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada
kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.
Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja
berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu
mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan
Pendidikan Terbilang".
Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan laman rasmi ini
dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah
untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru
serta warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan laman rasmi
ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.
Selamat Maju Jaya.
Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran


berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.
Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh
menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN


Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional.
Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui
hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya
menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.
Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat
dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat
dan telah ditapis.

Anda mungkin juga menyukai