Anda di halaman 1dari 4

3. Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletakkan dalam nasi ulam.

4. Boleh juga ditambah dengan ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi ulam
yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.

5. Satukan semua bahan dan sedia untuk dihidang.

p/s : Boleh juga ditambah dengan kelapa parut yang sudah digoreng keemasan. Makan dengan sayur
keladi baru ada ummmp….

NASI ULAM KEDAH


Resepi : Aniza Saidin ( Aniza little kitchen)

Bahan A
4 cawan nasi sejuk

Bahan B
Ditumbuk halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam gelugur
6 biji cilipadi
1 sudu teh garam

Bahan C
6 biji cilipadi - diracik halus
4 biji bawang merah - dimayang halus
2 keping ikan tenggiri masam - di bakar dan dikopek isinya
(Boleh gantikan dengan ikan talang masin, udang kering atau ikan kembung bakar)
1/4 cawan kelapa goreng - ditumbuk halus

Bahan D
Dimayang halus seperti membuat bunga rampai
Daun kadok, pegaga , selom, daun kunyit, daun cekur, kesom, daun limau purut, daun
gajus atau janggus, Ulam raja, daun Kari, bunga kantan, daun asam gelugur, daun
sekentut, tenggek burung, bebuaih, daun beluntas, pucuk putat, pucuk samak, sabung
nyawa, bunga kunyit, pudina, selasih, kemangi , cemumaq dan lain-lain lagi
Balutkan daun yang kecil dengan daun yang besar untuk memudahkan proses menghiris
daun

Campurkan Bahan B dan Bahan C, gaul hingga sebati


Masukkan Bahan A dan Bahan D, gaul rata dan hidangkan bersama asam pedas keladi

Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh....

Resepi Asam Pedas Keladi

Batang keladi
Sedikit cili kering (boleh diganti dengan serbuk cili tambah serbuk kari)
Asam keping
Bawang merah (di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)
Daun kesom
Beras yang digoreng sehingga sedikit kekuningan serta wangi dan ditumbuk (sedikit sahaja
fungsinya untuk memekatkan kuah dan kuah akan wangi dari beras goreng)
Isi ikan yang di rebus dan tumbuk halus (biasanya ikan kembung putih atau nama lain
pelaling kadang-kadang saya tak masukkan pun)
Air

Cara-cara :
1. Siang keladi dengan membuang kuli bahagaian luar jangan dikupas pulak tapi siat je
dari bahagian bawah tarik ke atas.
2. Rebus keladi dan tos
3. Didihkan air masukkan bawang merah, asam keping, isi ikan rebus dan serbuk beras
didihkan perlahan-lahan.
4. Masukkan keladi, lada hitam dan daum kesum biar mendidih sekejap dan tutup api.

Anda mungkin juga menyukai